EL 5

87 11 0
                                    



Reyna hanya menikmati makanan dengan senyap. Aryan dihadapannya dibiarkan tanpa sebarang kata. Dari tadi hanya bunyi sudu dan garfu yang berdeting. Reyna sudah malas ingin bertekak. Salah Aryan atau tak dia malas ambik kesah. Baginya lelaki itu tetap takkan mengaku salahnya.

"Rey. Saya pernah janji dengan awak yang saya takkan pernah ada yang lain kan? Do you still trust me?" Suara Aryan mula memecahkan kesunyian. Aryan sudah meletakkan sudunya didalam pinggan. Dia hanya memandang Reyna. Dalam masa ini, dia perlu berlembut dengan gadis itu.

Dia tahu Reyna bukan terlalu ego cuma biasalah perempuan. Memang betul salah dia kerana tak berterus terang tapi dia cuma tak mahu keruhkan keadaan. Dia taknak Reyna fikir yang dia akan lebihkan orang lain. Sebelum ni pun, terlalu kerap dia abaikan gadis itu tapi Reyna sangat memahaminya.

"Do you think that I would believe in you after what you did to me?" Suara Reyna hanya bersahaja. Spaghetti didalam pinggan disuap kedalam mulut.

"But you have to trust on me. Saya tak pernah ada orang dan takkan pernah ada. Semua ni hanya salah faham. Dah banyak kali saya cakap yang saya akan jelaskan semuanya." Ujar Aryan bersungguh sungguh.

"Yelah. Sepuluh kali saya dengar nak jelaskan, nak jelaskan. Sampai sekarang sama je takde penjelasan pun." Mata Reyna sudah menjuling keatas. Menyampah pulak.

Aryan hanya tersengih sambil keningnya digaru."Nak jelaskan la ni. Awak makan sampai habis dulu. Nanti tak pasal pasal spaghetti tu atas kepala saya. Awak bukan boleh pakai sangat."

Reyna menolak pinggan sedikit setelah spaghetti nya sudah licin didalam pinggan. Yeah Reyna diet kau hancur ! Konon nak diet. Semalam melantak nasi goreng Amara 2 pinggan. Tengah malam sambil tengok movie dah makan macam macam. Macam takde chance nak diet je. Cing cing !

"Hey baby !" Aryan dan Reyna mendongak kepala melihat siapa gerangan yang bersuara itu. Mata Reyna sudah membulat. What ! Perempuan ni lagi !

Perempuan genit itu sudah memeluk tengkuk Aryan. Jatuh rahang Reyna seketika. Dipandang Aryan minta penjelasan. Situasi apakah ini? Tapi Aryan hanya bersahaja malah dibalas pelukan itu. Reyna sudah mula naik angin tapi disabarkan diri memandangkan dia masih dalam restoran.

"How are you? I miss you so much baby." Marissa membuat suara manja. Ambik kau Aryan. Nasib kau lah kalau bergaduh lagi. Sape suruh kau tuduh aku haritu. "Who is she? Sepupu yang you cakapkan tu ke? Oh seriously she so cute!" Marissa sudah mula menggedik. Reyna dari tadi dah panas. Aryan sudah syak rancangan bodoh Marissa. Baru hendak membuka mulut. Reyna terlebih dahulu bersuara.

"Hah! Sepupu? Seriously Aryan? And who are you?" Reyna sudah mula menaikkan tone suara. Yah Reyna mula membahang. Dipandang wajah dua mahkluk dihadapannya silih berganti.

Aryan yang baru hendak membuka mulut disekat oleh Marissa. "Let me introduce myself. I'm Marissa. Aryan's fiance !" Ujar Marissa seraya itu menghulur tangan ingin berjabat dengan Reyna. Mati lah kau Aryan ! Gelak Marissa dalam hati

"What?!" Reyna dan Aryan sama sama menjerit terkejut. Reyna sudah berdiri dan Aryan sudah terjatuh rahang memandang Marissa.

Dasar sepupu gila ! Sangkaannya Marissa akan memperkenalkan diri sebagai sepupu tapi ia meleset sama sekali. Boleh pulak perempuan ni buat hal. Bukan nak tolong aku settlekan masalah. Makin bertambah masalah aku.

Dada sudah berdegup kencang. Reyna makin ingin meletup. "Ni yang awak cakap nak jelaskan? Well done Aryan. Well done. Baguslah. Selama ni aku kena tipu hidup hidup. You know what Aryan Dave, I hate you !" Reyna sudah berdiri. Beg disebelah dicapai. Bersedia untuk meninggalkam tempat gila itu. "And to you girl. Congrats on your weds." Dipandang tajam wajah Marissa sebelum dia mula melangkah untuk beredar.

"Wait !" Marissa menghalang Reyna dari beredar. "Bro ! Kau memang fail ke bab pujuk perempuan? Aku test sikit dah tercengang. Memang nak aku jugak ke jelaskan?" Kepala Aryan sudah ditolak kuat. Kenapa la ada sepupu tak romantik macam ni.

Reyna memandang pelik. Apa semua ni? Sungguh dia tak faham? Bro? Who is she? Dipandang Aryan yang masih diam dikerusinya.

"Sayang. Duduk dulu. Nanti saya explain. Calm down okay." Aryan bangun dari duduk dan mengheret Reyna untuk duduk semula. Kerusi ditarik dan ditekan bahu Reyna supaya duduk. Reyna yang masih tercengang hanya mengikut tanpa bantahan.

Kerusi sebelah Reyna ditarik dan Aryan duduk disitu. Marissa yang berada dinkerusi bertentangan ditunjuk penumbuk. Gadis genit itu hanya ketawa menampakkan gigi putihnya.

"She's my cousin. Bukannya tunang saya. And sumpah saya memang taktahu yang dia nak kenakan saya. I ingat yang dia nak kenalkan diri as my cousin. Tapi dia bodoh sikit harini." Jelas Aryan. Dijeling Marissa didepannya. Gila !

Reyna masih diam. Mungkin masih mencerna semuanya.

"Pasal yang jumpa dekat mall tu biar I yang jelaskan. Actually I baru habis study dekat UK. So dah seminggu I mereput dekat rumah. Haritu I ada ajak Aryan keluar dan dia cakap boleh temankan I. Dah berapa tahun I tinggalkan Malaysia so I saje nak shopping. Because Aryan knows my type that i do not like people who break the promise. Dia tetap teman I ke mall. I taktahu yang you ada ajak dia keluar. Kalau I tahu memang I dah ajak you sekali." Jelas Marissa pula. Air Aryan didalam gelas disedut. Itulah Marissa ! Semua dia bedal.

"So awak memang sepupu dia?" Reyna bertanyai ingin kepastian sekali lagi.

"Ya I'm. No worries dear. Aryan bukan kaki perempuan macam lelaki lain. Lucky on you sebab dapat ambik hati dia." Marissa mula memuji Aryan membuatkan lelaki itu tersenyum bangga.

Reyna disebelah sudah menyiku perut Aryan. " Takpayah nak perasan sangat lah. Dah buat saya macam orang bodoh dekat sini. Boleh pulak bangga diri." Reyna menjuih bibir. Menyampah.

"Aduh sakitlah sayang. Tak sayang saya ke? Dah la merajuk dengan kita. Lepastu marah kita. Sampai hati." Aryan sudah berpeluk tubuh memandang kearah lain. Saja nak kenakan Reyna.

"Apa? Ingat i nak pujuk?" Ayat yang keluar dari mulut Reyna membuatkan Marissa menghambur ketawanya. Kesian kau bro !

"Dah lah. Drama sebabak dah habiskan? So can i go now?" Marissa sudah pamit mahu pergi. Aryan hanya mengangguk dan gadis itu melangkah pergi meninggalkan restoran.

"Saya mintak maaf." Reyna bersuara perlahan. Dia hanya menunduk. Malu rasanya saat terfikir bila dia menghamburkan kata katanya pada Aryan dahulu. Mulut kau boleh tahan jugak eh.

Aryan kalih memandang Reyna dan dia tersenyum nipis.

"It's okay sayang. Saya tak salahkan awak. Dalam hal ni pun saya salah sebab tak terus terang. Dah siap makan? Jom teman saya naik office kejap."

Aryan yang sudah berdiri untuk membayar bill dihalang oleh Reyna. Lengan lelaki itu dipegang kejap.

"Naik office? Taknak lah. Saya tunggu dalam kereta je okay."

Aryan memandang pelik.

"Kenapa? Teman pun tak boleh? Bukan lama pun. Saya nak sign document kejap je." Aryan mengerling jam ditangan.

"Sign document je? Jangan lama sangat. Saya taknak nanti ada yang cakap macam macam. Tak suka." Reyna bertanya ingin kepastian.

Dia paling malas kalau nak ke office Aryan. Dia taknak dicop perempuan gedik. Dia lebih suka kalau Aryan hanya melayannya jika tiada urusan kerja. Dia tak suka campur adukkan hal kerja dan juga peribadi. Mulut staff staff Aryan boleh tahan jugak.

Bukannya dia tak pernah dengar. Dah lali tapi malas nak bising dekat Aryan. Bukan jenis dia yang suka mengadu. Setakat gosip entah apa apa. Boo layan !

"Baik boss !" Laju Aryan menjawab dan terus menarik tangan Reyna menuju ke lif setelah selesai membayar bill. Reyna hanya mengikut langkah lelaki itu.

Dalam diam dia tersenyum bahagia. Aryan tak pernah menyorokkan dia dari dunia usahawannya. Sebelum ini tak pernah terfikir yang lelaki sedang berjalan dengannya saat ini bakal menjadi miliknya. Dulu mungkin hanya angan angan yang tak kesampaian tapi bukan sekarang.

This prt only fr Reyna and Aryan ❤️

Endless LoveWhere stories live. Discover now