EL 21

64 8 0
                                    



"Aku dah cakap yang Reyna tu memang kaki bodek. Kau tak nak percaya. Ha sekarang padan muka kau la dah kena caras job dengan dia." Sambil mengoles gincu di bibir, perempuan berambut perang itu sempat mengutuk.

"Aku tak sangka pula perangai dia teruk macam tu. Sampai nak main caras-caras job ni."Ujar seorang lagi perempuan. Compact powder ditangan dimasukkan kedalam beg dan dia bersandar bebas di dinding .

"Hello, selama aku jadi model dalam industri ni. Dah macam macam orang aku jumpa. Setakat nak caras tu perik jari je la. Tayang situ tayang sini lepastu job makin belambak." Angkuh si perempuan rambut perang berbicara.

Dia. Daripada dulu lagi tak pernah sukakan Reyna. Semua yang Reyna lakukan membuat dia menyampah. Setiap kali ada fashion show ataupun majlis majlis yang memerlukan khidmat permodelan. Pasti Reyna yang akan dicari-cari, disebut-sebut dan diraikan. Semuanya Reyna. Bukan dia tak pernah cuba untuk sabotaj Reyna. Sudah banyak kali. Tapi tetap gagal. Nasib masih menyebelahi si Reyna itu.

"Maksud kau? Reyna pun guna orang dalam jugak lah? No wonder la sikit sikit nama dia yang naik." Seorang lagi perempuan dah mencebik.

Dulu dia juga mengidolakan Reyna. Siapa yang tak kenal dengan model itu. Disetiap majalah atau laman web modeling. Akan terpampang gambar Reyna di hadapan. Dengan pelbagai gaya yang begitu feminine. Dan sejak itu dia berazam untuk mengikuti jejak langkah Reyna. Semuanya dia lakukan demi menjadi seperti Reyna. Tapi dia tak pernah sangka, bila dia sendiri ada dalam industri ini, dia akan melihat sisi gelap idolanya itu.

"Kalau kau nak tahu, dia dah goda ramai lelaki yang berpangkat masa dia baru terlibat dengan modeling. Bukan aku je yang cakap tau, ramai yang tahu perangai tak semegah dia tu. Dan kalau kau tak percaya, kau tengok lah dengan siapa dia rapat sekarang? Anak kepada salah seorang designer yang setiap tahun masuk untuk The Fabulous Charity's Fashion Show. Kau rasa kalau bukan sebab nak job? Sebab apa lagi?."

The Fabulous Charity's Fashion Show. Setiap tahun akan ada satu majlis besar besaran dimana semua orang yang berpangkat akan berkumpul. Dari Datuk, Datin, Tan Sri, Puan Sri dan Menteri menteri yang terlibat juga turut hadir. Disitu semua akan menghadirkan diri untuk memberi sumbangan .

"Thats why makin dia naik kepala. Ikut suka dia nak datang atau tak. Cancel sesuka hati. Setiap kehendak dia mesti dituruti. Kalau dia nak tarikh diubah, pasti akan diubah." Makin bersungguh sungguh si rambut karat itu menabur fitnah. Sambil bercerita tangan turun naik sekali. Bersungguh nau kau eh !

Yang seorang lagi diam tanpa bicara, mahu percaya macam tak logik tapi kalau dilihat memang semua yang dikatakan Wani itu ada betulnya. Pernah sekali, dia terdengar perbualan Reyna dengan salah seorang pengurus untuk satu majlis pembukaan kedai barang kemas. Ianya tentang mengunduran diri Reyna dari menjadi salah satu model di majlis itu. Tak sampai seminggu, mereka semua dapat tahu yang agensi mereka undur diri dari pembukaan kedai barang kemas itu. Malah banyak kerugian yang perlu diganti.

Dan yang paling haru bila semua mulut mulut sudah bercerita yang Reyna adalah punca. Tapi dari pihak Reyna sendiri masih tiada tanda tanda yang menunjukkan dia bersalah. Malah Reyna hanya buat bodoh tentang khabar angin itu.

"Kalau kau nak tahu apa apa. Bagitahu aku, nanti aku akan siasat. Jangan nak percaya sangat dengan muka dia tu. Nanti tak pasal pasal boyfriend kau pun dicarasnya."

Srekkk ...

Tanpa semena-mena. Salah satu pintu tandas dari arah belakang dibuka. Mereka berdua laju menoleh. Mana tak toleh kalau masing masing sibuk mengutuk salah seorang model terkenal di agensi mereka. Kalau silap orang, mahu mereka yang kena buang.

Senyap. Hanya mata yang menanti susuk tubuh yang bakal keluar dari situ. Dada berdebar kencang. Dara sudah mencuit Wani. Hanya berkomunikasi menggunakan mata. Lirikan mata pada wani bermaksud 'Kau punya pasal la ni, nak mengumpat pun tengok la ada orang ke tak !' .

Endless LoveWhere stories live. Discover now