EL 20

90 11 1
                                    



Pinggan yang berselerak di atas meja Amara ambil dan dimasukkan kedalam singki. Zanth juga membantu dengan mengelap meja didepan. Amara senyum sendiri. Dibuang semua sisa sisa makanan ke dalam bakul kecil ditepi. Tangan dibasuh dan dia terus mengikat sanggul rambutnya yang dilepas tadi. Nak buat kerja biar tak rimas.

Takkan nak goyang kaki duduk rumah orang kan? At least tolong basuh pinggan pun jadilah Amara. Zanth dah larang dari tadi tapi dia masih ada malu. Jadi dia berkeras yang dia akan basuh pinggan. Tak perempuan la kalau pemalas. Setakat basuh pinggan, petik jari siap. Yeke terus siap?

Pili air dibuka. Dia menutup lubang sinki dengan penutup supaya air melimpah. Sunlight di tepi sinki diambil dan dipenyek, cecair sabun mula tumpah dan sinki dipenuhi dengan buih sabun. Pili air ditutup. Pinggan, sudu, pisau, gelas, garfu semua dia humban masuk sinki yang sudah dilimpah dengan buih buih sabun.

Okay jom kita mula membasuh. Amara sinsing lengan baju. Tangan dicelup kedalam sinki mencari pinggan lalu dicuci dan dibersihkan. Dia ralit dalam dunia sendiri.

Zanth berjalan masuk ke dapur, Amara yang sedang membelakanginya dipandang. Macam tak percaya yang dia boleh masak untuk gadis yang menggilainya. Bukan tu je, boleh makan sekali pulak tu. Dia geleng kepala perlahan. Tak faham dengan perasaannya sendiri.

Amara yang asyik membasuh pinggan didekati. Zanth duduk bersandar pada kabinet sinki. Jauh sikit dari Amara sebab lecah sangat Amara basuh pinggan sampaikan baju Amara dibahagian perut pun basah. Tangan berpeluk tubuh. Dipandang Amara yang mengerlingnya. Dia senyum senget.

"Kau basuh pinggan ke? Aku tengok dah macam basuh dapur je ni."

Amara angkat muka pandang Zanth. Lepastu dia tengok kaki. Sengih ditayang. Mana taknya. Lantai tu dah basah dengan air sabun. Tak banyak tapi cukup untuk buat Amara tersembam menyembah lantai kalau tak hati hati.

"Sengih. Sengih. Cuba basuh tu betul betul. Kalau aku jatuh macam mana?" Zanth tegur. Sebenarnya dia nak cakap kalau Amara jatuh macam mana? Tapi dia ubah ayat di saat saat akhir.

"Kalau jatuh. Bangun la balik. Apa susah." Jawab Amara selamba.

Zanth pincing mata. Dia ni la. Menjawab je kerja.

"Menjawab."

"Bila ada jawapan kita kena jawab la. Betul tak?" Amara sorok senyum.

"Mulut tu nak aku diamkan ke macam mana? Sekali lagi kau menjawab memang tahu la aku nak diamkan."

Amara angkat muka pandang Zanth. Tak salah dengar tadi kan? Apa yang lelaki ni merepek? Mata mereka bersatu. Semua bagaikan senyap. Hanya degupan jantung masing masing yang kedengaran. Amara rasa seperti ada satu aliran yang membuatkan dia susah untuk kalih dari memandang Zanth.

Lama mereka bertatapan sehingga Amara menjerit kecil.

"Aaaaaauuu ! Aduh sakit." Segera tangan diangkat tinggi. Dahi dah berkerut. Rasa sakit dijari mencucuk.

Zanth segera merapati. "Kenapa ni? Tangan kau berdarah." Titisan darah jatuh kedalam sinki. Zanth membuka pili air dan dia menyeluk tangannya kedalam sink. Sejurus itu semua air yang bertakung dalam sink tadi hilang. Hanya ada air yang mencurah jatuh dari pili air.

Tangan Amara dibiar terkena air. Amara pejam mata. Aduh kenapa cuai sangat Amara. Kan dah kena. Amara nampak wajah Zanth yang berkerut. Dia hanya diam.

Zanth tutup pili air dan dia mengheret Amara untuk keluar ke ruang tamu. Tangannya juga dibawa ke hulu ke hilir oleh Zanth. Amara hanya ikut tanpa suara. Membuntuti langkah Zanth kesana sini mencari sesuatu. Dia sendiri tak tahu.

Endless LoveWhere stories live. Discover now