BFF

494 54 1
                                    


    Rose merehatkan diri di ruang tamu sambil menonton TV. Tak tau nak cakap dia tengok TV atau termenung. Tetapi dia masih rasa tak sedap hati.

    Bunyi hon kereta dari luar menghentikan lamunannya yang jauh melayang.

    Rose menyelak langsir. Dia tersenyum bila salji turun malam tu. Tapi senyuman nya mati bila nampak kereta Jimin.

    Telefonnya dicapai. Nama Jimin dicari lalu ditekan butang hijau pada skrin telefon.

    "Kau nak ape? Pergi le balik", ujar Rose

    "Aku boring malam ni. Jom teman aku jalan jalan", ajak Jimin dari hujung talian.

    Rose menjenguk di luar. Jimin melambai lambai ke arahnya

    "Takde mood", balas Rose selamba

    Bunyi keluhan Jimin jelas kedengaran.

    "Jangan macam ni Chaeng. Dah lama kita tak jumpa. Kau tak rindu aku ke? Tengok ah, salji turun au malam ni. Jom lah", pujuk Jimin. Masih tak putus asa

    "Tak boleh lah esok aku kerja", balas Rose tidak ingin menghelah

   "Kerja hari ahad? Wow kau dengan menipu kau tu dah lapok ah. Jom lah! Kau tak nak aku jerit! AHHHH!", Jimin menjerit tiba tiba

    Rose memicit kepalanya. Pening dengan perangai Jimin yang tak berubah sejak dulu lagi. Tak nak ikut, menjerit. Tak dapat tu, menjerit. Semua masalah dia selepas kan dengan menjerit. Menjerit secara high note.

    "Ok fine!! Aku ikut. Tunggu aku salin baju", akhirnya peperangai mereka melalui telefon berakhir dengan Rose yang menyerah kalah.

    Jimin melompat lompat di hadapan rumah Rose. Sabar je lah Rose ye?

    Rose keluar dengan hoodie biru, jeans, jaket dan topi.

    Jimin membuka pintu kereta untuk Rose. Rose hanya memandang Jimin menyampah.

    "Tadi kata nak jalan jalan kan? Jalan kaki je lah", ujar Rose dingin

    "Tapi naik kereta lagi cepat sampai", balas Jimin

    "Taknak. Kau mana ikhlas dengan aku", balas Rose selamba lalu berjalan meninggalkan jimin.

    Jimin mematikan enjin dan mengunci kereta. Terus dikejarnya Rose dari belakang.

    Dia jalan beriringan dengan Rose. Rose hanya berjalan tanpa memulakan perbualan apa apa. Kata kata Jimin petang tadi tak lah terkesan sangat pada dia

   "Chaeng kau ok tak?", soal Jimin

   Rose berhenti. Dipandangnya muka Jimin lama.

    "Aku tak ok. Aku nak balik", air mata Rose bergelinang

   Jimin mengelap air mata Rose dengan jarinya

   "Asal kau nangis? Aku buat salah ke?", dipeluknya tubuh kecil Rose.

   Rose masih lagi menangis dalam pelukan Jimin. Jimin mengusap rambut Rose.

    Mereka ditemani dengan lampu jalan di bawah mereka dan salji yang semakin lebat turun.

    Jimin memegang bahu Rose. Muka Rose ditatapnya walaupun Rose mengelak.

    "Kau kenapa? Kau takkan nangis macam ni kalau takde sebab. Bagitau aku. Ke aku buat kau nangis? Pasal petang tadi? Aku gurau je. Tak bermaksud  apa apa pon", ujar Jimin lagi.

    Rose menggeleng laju. "Bukan sebab tu lah"

    "Dah tu?", berkerut dahi Jimin

    Rose menunduk sambil menutup mukanya.

    "Aku rindu omma dengan appa aku", Rose mula menangis tersedu sedan.

    Jimin terdiam. Dia dapat rasakan apa yang Rose rasa bila ibunya meninggal 2 tahun lepas. Tapi kehidupan Rose lagi perit darinya. Rose menghadapi semua nya dari kecil tetapi dia, dah mampu hidup sendiri walaupun ibunya dah pergi.

    "Dah lama aku tak jenguk diaorang. Jahat nya aku", Rose mula mengutuk dirinya.

    Jimin memeluk Rose erat. Pipinya dilekatkan dengan pipi Rose. Rose ketawa kecil bila Jimin buat macam tu sama macam beberapa tahun lepas semasa mereka kanak kanak.

    Dahulu, setiap kali Rose sedih, dia selalu pendam. Tapi setiap kali tu lah, Jimin ade menenangkan dia. Dan Jimin akan peluk Rose dan melekatkan pipi mereka berdua. Dia tahu Rose geli kalau buat macam tu

    "Kau baik. Kau tak pernah buat jahat. Omma dengan appa kau mesti faham keadaan kau kat sini", ujar Jimin cuba menenangkan Rose.

    Tangan Rose mula mengeratkan pelukan mereka.

    "Tapi aku jahat dengan kau", ujar Rose perlahan

   "Kau jahat dengan aku sebab aku selalu kacau kau! Ejek kau, buat kau marah. Semua aku", balas Jimin.

    Rose ketawa.

   "Tapi yang kacau aku ni lah, yang selalu ambil berat pasal aku dari dulu sampai sekarang", Rose mencubit pipi Jimin.

    Jimin membalas dengan cubit pipi Rose.

    "Tu nama nya aku sayang kau! Aku rindu moments kita dulu. Jom ", ajak Jimin

    "Pergi mane?"

     "Main tanah ke, baling ais krim ke, tarik kerusi orang ke. Kau taknak?", soal Jimin mengingatkan perkara yang mereka akan buat. Lagi lagi kalau Lisa tiada bersama Rose, Jimin ade je.

    Rose ketawa. Entah mahu setuju atau tak dengan cadangan Jimin.

    "Nak tak?", soal Jimin lagi.

    Boleh je. Tapi sekarang salji dah turun. Main tanah? Makan aiskrim? Eish kau ni", Rose merengus geram

    "Dah tu kau nak buat ape? Aigoo", Jimin memandang langit.

    "Makan aiskrim. Siapa sampai kedai aiskrim dulu dia menang", Rose berlari meninggalkan Jimin yang kaku disitu.

    "Kalau kalah?!!!!!", jerit Jimin yang jauh dari Rose.

     Rose toleh."Yang kalah kene dukung yang menang!!"

    Jimin mempercepatkan langkahnya menjadi larian.




     Rose tercungap cungap di hadapan pintu kedai aiskrim. Baru je dia nak tolak pintu, Jimin mendahuluinya.

   "Aku menang! Padan muka kau", Jimin menjelir lidah.

   Rose mengeluh.

 
  Bersambung....

     

She's The One [°liskook°] COMPLETEDWhere stories live. Discover now