Special Chapter [jirose]

715 48 7
                                    

Okay guys. Ni author buat satu special chapter jirose yang direquest oleh blinks04_ .. Author buat apa yang terlintas dikepala tau! Jangan marah ha-- hihi

Rose keluar dari bilik air sambil berpaut pada dinding. Dada dia berombak laju. Dia tertolak semua barang yang dipegangnya.

Jimin masuk ke dalam bilik. Dia berlari ke arah Rose. "Chagi nak pergi mana ni?", tanya Jimin cemas

Rose balas dengan gelengan. Dia menggenggam tangan Jimin kuat.

"Eh kenapa ni?", tanya Jimin mulai risau.

"Sakit.. Sakit sangat", ujar Rose lalu menyembam muka pada dada Jimin

Jimin tidak buang masa. Dia terus mengangkat Rose bridal style menuruni tangga. Rose hanya menyembam muka pada leher Jimin

"Sabar sabar", Jimin menenangkan Rose.

Jimin pandu keretanya laju ke hospital. Rose mencengkam lengan baju Jimin. "ARGHH!! JIMIN SAKITT", jerit Rose

Jimin hampir menjerit sama tapi ditahan. Tangan kanannya menggenggam tangan kiri Rose. "Dah nak sampai dah ni! Tahan sikit je lagi"

"Cepat la!! Saya dah tak tahan dah ni-- omo! Jimin cepat!!", jerit Rose bila air ketubannya mengalir keluar

Labour Room

Rose sudah terbaring di atas katil. Jimin disisinya menggenggam tangan Rose.

"Chagi okay?", tanya Jimin perlahan

Rose jeling ke arahnya. "Okay?! Awak tanya saya okay?! Saya sakit sangat ni", Rose menggenggam tangan Jimin kuat.

"Ouh okay okay sakit! Sabar la.. Mana doktor ni?", tanya Jimin sendiri. Dia sendiri yang tidak pernah merasakan sakit itu tetap takut.

Rose tercungap cungap. "AARHHHH", jerit Rose nyaring

"ARHHHH", Jimin turut menjerit bila tangannya digenggam kuat.

Seorang doktor perempuan masuk ke dalam bilik bersalin. Cepat cepat dia meminta maaf

"Maaf saya lambat! Ada pesakit baru bersalin kat sebelah", ujar doktor itu menyatakan halnya tadi

Rose menggeleng laju. "Saya kisah ape! Saya sakit sangat ni!! ARHH JIMIINNN"

Jimin disebelah mengusap kepala Rose. Dahi Rose yang dipenuhi manik peluh dilap dengan tisu.

"Ok Puan Park. Bila saya kata Push, Push! Okay?", soal doktor itu

"Dari dalam kereta lagi dia dah nak push doktor!", balas Jimin spontan

Sempat Rose menarik baju Jimin kerana menyangkakan Jimin bergurau di saat saat cemas macam ni

Rose mendengar arahan doktor itu. Selang beberapa minit..

"Uwek!! Uwek!!", bunyi bayi yang baru dilahirkan itu membuat Jimin tersenyum bahagia.

Rose terbaring lemah. Tenaganya telah habis digunakan.

"Tahniah. Anak Tuan dan Puan Park lelaki", ucap Doktor itu

Rose tersenyum lemah. Jimin berkali kali mengucapkan terima kasih.

Selang beberapa hari...

Rose menepuk nepuk Jae Min disebelahnya. Dia hampir tertidur bila menyusukan Jae Min tadi.

Jimin masuk ke dalam. Dia baring disebelah Jae Min dan Rose. Rose terjaga. Matanya melirit ke arah Jimin

"Biar saya jaga Jae Min pula", Jimin ingin mengambil Jae Min tapi dihalang Rose

"Kita jaga sama sama", balas Rose lalu memeluk Jae Min

Mereka diam seketika. Hanya mata melihat antara satu sama lain.

"Jimin..", panggil Rose perlahan

"Ye.. Kenapa?", tanya Jimin

"Thanks. Dari dulu sampai sekarang awak care pasal saya", ucap Rose teringat akan masa lalu

"Care sebab sayang", balas Jimin lalu ketawa kecil

"Love u too", balas Rose selamba

"Tapi saya nak mintak satu benda boleh?", pinta Jimin

"Apa dia?", tanya Rose

"Panggil saya oppa", ujar Jimin

Rose geleng laju. "Taknak!"

"Kena jugak"

"Taknak"

"Kena jugak"

"Taknak"

"Kenapa taknak?", tanya Jimin lagi

" Sebab...saya taknak. Dah goodnight", Rose ketawa jahat

"Ugh fine.", balas Jimin. Merajuk

Tamat..


She's The One [°liskook°] COMPLETEDWhere stories live. Discover now