Dalang

440 44 0
                                    

  Jungkook sampai di rumah Lisa selepas dapat panggilan dari Jimin. Dia memarkingkan kereta bersebelahan dengan kereta Jimin.

    Jungkook terus meluru masuk ke dalam kerana pintu tidak berkunci.

   Pandangannya beralih ke arah Jimin di sofa.

   "Jimin", panggil Jungkook " Lisa mana?"

   "Bilik. Dia jatuh tadi. Tapi nasib tak teruk pon. Rose keluar nanti, kau masuk la", balas Jimin

   Selang beberapa minit, Rose keluar dengan tuala kecil ditangannya.

    "Jungkook.. Bila kau--"

    "Boleh aku jumpa Lisa?", pinta Jungkook

    "Lisa taknak jumpa kau sekarang ni", balas Rose serba salah

    "Please Rose. Sekejap je", rayu Jungkook

    Rose melepaskan keluhan kecil. Dia mengangguk perlahan.

    "Thank you", Jungkook terus ke bilik Lisa.


   "Lisa..", Jungkook memanggil Lisa yang baring membelakanginya
  
   "Pergi jungkook. Saya tak nak jumpa awak buat masa ni", ujar Lisa

    Jungkook melepaskan keluhan. "Lis please. Saya tak tau macam mana benda ni boleh tersebar"

   "Saya kena hina Jungkook. Saya kena kata. Awak fikir saya ni takde perasaan ke?", Lisa menangis.

    Jungkook diam. Dia tidak sangka semua ni boleh terjadi. Kalau boleh dia tak nak semua ni berlaku. Dia tak nak Lisa kecil hati.

   Lisa bangun ke posisi duduk. Matanya merah kerana terlalu lama menangis. Dia pandang Jungkook yang duduk di hujung katilnya.

   "Balik la Jungkook. Kalau awak sayang saya, please go", ujar Lisa

   Jungkook menghampiri Lisa. Dia peluk Lisa tetapi Lisa menepis.

   "Just go", Lisa menarik selimut dan menyelubung dirinya.

   Jimin pegang bahu Jungkook.

   "Balik la dulu. Chaeng boleh jaga Lisa. Kan?", Jimin pandang Rose. Rose mengangguk setuju.

    "Rose kalau ada apa apa, call aku okay?", pesan Jungkook

    "Ye aku tau", balas Rose faham

  

     Jungkook balik ke kondo miliknya. Dia terus meluru ke bilik dan membuka komputer ribanya.

    Dia terus membuka Instagram. Dimana semua gosip tentang dia dan Lisa bermula. Dia terus mencari orang pertama yang menyebarkan semua itu.

   Marah? Terlalu marah kerana ramai dah mula mengata dan menganiaya Lisa.

   Jungkook terdiam. Dia dah tau siapa punca disebalik semua ini.

   Keesokkan harinya, Jungkook datang ke pejabat seperti biasa. Tetapi pagi yang tidak tenang. Wartawan mula mengerumuni dia.

   "CEO Jeon betul ke berita yang telah tersebar berkenaaan encik dengan Lisa iaitu merangkap PA CEO Jeon?"

   "Betul ke Lisa tu gold digger?"

    Berbagai soalan yang mereka ajukan pada Jungkook. Jungkook rasa rimas. Wartawan tidak akan berdiam jika mereka tidak dapat jawapan.

   Dia mengambil keputusan untuk membalas soalan mereka.

   "Memang saya ade hubungan dengan Lisa. Secretary saya sendiri. Bagi saya tak ada masalah kot kalau kami ada hubungan lebih dari majikan dan pekerja. We love each other after all. So what? And one more think, she's not a gold digger", balas Jungkook tanpa rasa takut dengan hal sebenar.

    "CEO Jeon rasa, siapa yang sebarkan semua ni?", tanya seorang wartawan wanita.

    "Saya tau siapa yang buat berita palsu ni. Jangan risau, saya tau apa saya perlu buat. Excuse me", ujar Jungkook lalu meminta diri dari menjawab soalan soalan mereka lagi.

    Tiga orang pengawal keselamatan terus menghalau wartawan wartawan itu dari Syarikat Golden Flix.

    Jungkook masuk ke dalam lif. Dia menyandarkan tubuh pada dinding lif. Walaupun hari masih pagi, tapi dia dah rasa kepenatan itu.

    Kebetulan, Sehun pon ada di dalam lif itu. Jungkook dapat lihat Sehun senyum sinis dari biasan cermin lif.

   "Sehun", panggil Jungkook

   "Ye CEO?", Sehun toleh dengan senyuman sinis.

    "Jumpa saya dekat office lepas ni", balas Jungkook tegas lalu keluar dari lif

   
Bersambung ...
   
   

She's The One [°liskook°] COMPLETEDWhere stories live. Discover now