News 2

489 45 2
                                    

    Rose mengetuk pintu bilik Lisa banyak kali. Dari pagi tadi, Lisa tidak keluar dari bilik. Hanya kerana berita hubungannya dan Jungkook tersebar, dia jadi takut.

    Jangan katakan dunia luar, keluar dari bilik pon tidak. Dia hanya terperut di dalam bilik.

    Jimin menolak Rose perlahan ke tepi. Dia mendekatkan telinga pada pintu

     "Lisa dari pagi tadi kau tak keluar bilik. Kitaorang risau dekat kau ni. Keluar la", pujuk Rose.

    "Dia tulis something", ujar Jimin bila dengar bunyi pen.

    Sehelai kertas keluar dari bilik Lisa melalui lubang bawah.

   'Aku okay. Jangan ganggu aku'

    Rose melepaskan keluhan berat.

    "Jungkook ada call kau?", tanya Rose

    "Ada. Tapi aku cakap aku busy", ujar Jimin dengan sengihan paksa.

   "Sorry kalau aku susahkan kau. Tapi, kalau kau banyak kerja dekat office, pergi lah. Aku bole-"

   Jimin geleng perlahan.

   "Tak ada apa yang lagi penting dari kawan. Lagipun dah pukul 8. Siapa je nak pergi office waktu macam ni. Orang gila pon tak nak", ujar Jimin dengan tawa kecil.

    Rose hanya senyum tipis. Susah untuk dia ketawa dengan keadaan Lisa yang tertekan. Entah makan ke tidak, dia pon tak tau.

    Lisa menyandarkan tubuhnya pada dinding. Dia memeluk lutut. Matanya dah lebam kerana terlalu lama menangis.

    Skrin telefon dipandang lama. 20 missed calls dan 400 message dari Jungkook tidak dilayan Lisa. Kurang kurang pon, dia bagi bluetick.

    Rasa bersalah dah hilang dalam dirinya waktu itu.

     "Kenapa aku kena marah dekat dia? Bukan dia yang sebarkan. ARH!!", Lisa menjerit.

    Jimin dan Rose memanggil Lisa banyak kali. Tapi mereka hanya dengar tangisan Lisa sahaja.

    "Lisa please bukak!"

     "Lisa tolong dengar cakap kitaorang!"

      Jimin mencapai telefonnya dan menelefon Jungkook.

     "Jimin ah", suara Jungkook dihujung talian membuatkan Jimin sedikit lega.

    "Rumah Lisa. Now!", arah Jimin lalu mematikan panggilan

    Dia cuba membuka pintu itu tapi tidak berjaya.

   



      Satu sampul surat dicampak pada seorang lelaki.

     Dia membuka sampul itu dan melihat isi di dalamnya.

    "Seperti yang dijanjikan?", soal lelaki itu.

     Perempuan berpakaian seksi itu mengangguk dengan senyuman sinis. Dia berjalan ke arah sofa di dalam pejabat nya. Satu lagi sampul coklat berisi tembal ditunjuknya.

    "Kau nak? 3 kali ganda dari bayaran tadi", kata perempuan itu dengan lagaknya.

    Lelaki itu tersenyum sinis. Dia menghampiri perempuan itu dan ingin melihat jumlah wang yang dikatakan. Perempuan itu menghalang dengan menarik jaket lelaki itu.

   Dia terduduk disebelah perempuan yang mengupahnya itu.

   "Tapi kau kena buat satu lagi kerja kalau nak duit tu, dan...Lisa", kata perempuan itu lagi.

    Pinggang perempuan itu dirangkul lelaki itu.

    "Are you sure?", lelaki itu tersenyuman nakal.

    Perempuan itu mengangguk tanda ya. Dia menghembus asap rokok pada muka lelaki itu. Lelaki itu mendekatkan lagi dirinya dan perempuan itu.

    "My apartment. Pukul 9. Don't be late", pesan perempuan itu dengan aura menggoda.

    "Okay~"

   

  
   
     Eunha termenung sendiri. Rancangan TV itu langsung tidak menarik perhatiannya. Eunwoo mengambil tempat disebelah adik kembarnya.

    "Woi! Termenung apa tu?", Eunwoo memeluk bahu adiknya.

    "Terfikirkan sesuatu", ujar Eunha.

    Dahi Eunwoo berkerut. Terasa ingin tahu pula apa yang difikirkan Eunha.

   "Apa benda lah yang kau fikirkan tu? Jungkook? CEO kau tu?", sakat Eunwoo dengan tawanya.

    Eunha mencebik. Dia memukul kepala Eunwoo.

    "Sakit la! Ok ok kau dah move on. Sorry. Dah tu kenapa ni?", tanya Eunwoo lagi. Kali ini dia cubit pipi Eunha pula.

    "Kau taukan pasal-"

    "Jungkook dengan Lisa? Secretary dia tu? Asal dia tu macam tak boleh nilai seorang perempuan? Dah kenapa dia suka sangat dengan Lisa tu? Dia gold digger kan? Arh!!", Eunwoo menjerit bila Eunha tampar muka dia

     Cepat betul berita itu tersebar. Kalau cerita mengenai Lisa itu betul, tak apa jugak. Ni memalukan Lisa dengan cerita palsu. Eunha tak percaya rakannya itu kaki kikis. Jadi berita yang tersebar itu, dia percaya. Itu pon Jungkook dan Lisa ada hubungan. Tapi kalau Lisa seorang kaki kikis, cepat cepat dia endahkan.

    "Mulut kau jaga sikit eh. Aku tau Lisa tu baik. Dia bukan gold digger. Kau jangan nak kata dia lebih lebih. She's my friend! Kau pon tak payah nak percaya bulat bulat dekat berita tu. Belum tentu betul ke tak. Lisa kena aniaya", ujar Eunha panjang lebar. Geram rasanya ada abang yang cepat sangat percaya.

    Eunwoo terdiam. Eunha berjalan meninggalkannya.

    Dia menolak bahu Moonbin yang lalu bertentangan dengannya. Moonbin memegang bahunya.

    Pang!!

    Pintu dihempas kuat. Moonbin memandang Eunwoo yang termenung. Lepas sorang, sorang termenung.

   "Hyung. Kenapa noona marah sangat tu?", tanya Moonbin sambil membetulkan cermin matanya.

    "Kau kenapa banyak tanya ni? Nak exam kan? Pergi study", halau Eunwoo

   Moonbin mencebik dan berlalu pergi.

   "Sorang sorang nak emo", kata Moonbin

   "Aku dengar!", jerit Eunha dan Eunwoo serentak.

   Moonbin mengetap bibir dan terus berlari masuk bilik.

Bersambung...

She's The One [°liskook°] COMPLETEDWhere stories live. Discover now