Gurau

478 46 0
                                    


    Rose mengemas barang Lisa sementara Jimin dan Namjoon tolong kemas barang Jungkook.

    Rose mengangkat beg Lisa turun dari tangga. Langkahnya perlahan sebab takut terjatuh. Malu tu. Tangan seseorang menggapai beg itu dengan mudah. Rose toleh kebelakang.

   Namjoon tersenyum kepada Rose.

   "Eh saya boleh angkat", ujar Rose ingin mengambil beg itu dari tangan Namjoon

   "Takpe saya-", pemegang beg itu tercabut. Beg tu menggelongsor turun.

   "Namjoon!!", Rose berlari mendapatkan beg Lisa. Maka, terbuka lah beg itu dan semua pakaian Lisa terkeluar.

   Namjoon menggaru kepalanya yang tidak gatal.

   "Sorry Rose. Tapi.. Tu normal lah bagi orang yang kenal saya", Namjoon tersengih malu.

   Rose menggeleng perlahan. Pakaian Lisa dimasukkan semula ke dalam beg. Dihempapnya baju baju tu bagi muat.

   Dia mengangkat beg itu. Namjoon ingin menolong tapi dia sekadar tengok je.

   "Maaf saya tak boleh tolong. Takut terbelah dua beg tu", balas Namjoon selamba.

   Jimin turun dengan beg miliknya dan Jungkook.

   "Asal kau angkat? Tarik je la", ujar Jimin yang tak tau apa yang berlaku.

   Rose mengerlir ke arah Namjoon. Namjoon menunjukkan pemegang beg di tangannya.

   "Aku... Ter... Rosakkan", ujar Namjoon sambil menggaru kepala.

   "What the..."

   "Cepat lah. Flight kita lagi 1 jam je tinggal", ujar Rose lalu mencampak beg Lisa ke dalam bonet kereta.

   Namjoon menghidupkan enjin kereta sementara Jimin dan Rose meletakkan beg pakaian mereka.

   "Let's go!", ujar Rose excited dari tempat duduk pemandu di belakang.

  

     Jungkook merangkul pinggang Lisa keluar dari bilik wad. Lisa melepaskan tangan Jungkook dari pinggang nya.

    "Wae?", Jungkook pelik

    "Saya boleh jalan la. Saya dah sihat pon", balas Lisa.

     Jungkook menggenggam tangan Lisa.

    "Atleast biar orang tahu yang awak saya punya", ujar Jungkook nakal

    "Siapa kata saya awak punya? Kita official ke?", soal Lisa pula. Tangan Jungkook dilepaskan. Dia menyilangkan tangan pada dada.

    Jungkook terkedu. Takkan Lisa lupa apa yang dah jadi?

    "Yes of course we are. Saya propose awak-", Lisa letak jari telunjuk pada bibir Jungkook.

   "Saya ingat. Tak payah ulang lagi", Lisa mengenyit mata lalu meninggalkan Jungkook yang kaku disitu.

   'Playing with me huh?', bisik Jungkook sendiri

   Dia mengejar Lisa dari belakang. Bahu Lisa dipeluknya. Kepala Lisa saja disembabkan pada dadanya.

   "Yah! Susahla saya nak jalan", marah Lisa. Tangannya cepat memeluk pinggang Jungkook kerana takut jatuh.

  "Tak dengar", ejek Jungkook.

    Lisa mencebik.





     Dengkuran Rose kuat kedengaran. Lisa disebelahnya hanya membiarkan sahaja. Kesian. Selimut yang diberi oleh pramugari tadi diselimutkan pada Rose. Kepala Rose terlentok ke bahu Jimin.

   Jimin mengerlir ke arah Rose. Lisa ketawa kecil.

    "Takde tempat lain ke dia nak jadikan bantal?", ujar Jimin kepada Lisa

   "Dulu kau pon selalu jadi bantal dia kan? Gemuk", ejek Lisa.

    "Eh aku tak gemuk eh. Aku comel je", balas Jimin

    Lisa ketawa kecil. Matanya beralih ke arah Jungkook yang terlentok lentok. Lisa mencucuk tangan Jungkook perlahan. Jungkook senyum kepadanya.

   "Kenapa awak tak tidur?", soal Lisa bila nampak Jungkook seperti menahan ngantuk.

   "Protecting my soulmate", balas Jungkook lalu menggenggam tangan Lisa.

   "From what?", tanya Lisa lagi

   "Anything", balas Jungkook.

    Lisa menyandarkan tubuhnya. Tangan Jungkook dilepaskan. Selimut ditarik sehingga paras dada.

   "Kenapa?"

    Lisa tiba tiba berkelakuan pelik. Jungkook lagi lah pelik tengok Lisa.

    "Handsome kan pilot tadi?", Lisa separuh berbisik. Dia teringat masa dia terserempak dengan seorang pilot yang membawa kapal terbang ke Korea.

   Muka Jungkook berubah menjadi serius. Dia pusing dari menghadap Lisa.

   Lisa ketawa. Dicuitnya bahu Jungkook tapi Jungkook tidak endahkannya.

   "Ala.. Kookie merajuk la. Jealous cakap la", ejek Lisa
 
   Tangannya mula mencucuk pipi Jungkook. Dia dapat rasakan Jungkook senyum

   "Taknak kawan tak apa. Saya boleh je mintak pilot tadi temankan", Lisa tidak putus asa.

   Jungkook menoleh memandangnya. Dia diam. Muka Lisa ditatap lama sehinggalah matanya terasa berat.

   Lisa menepuk belakang badan Jungkook seperti menidurkan budak.

   "Kookie mengantuk eh? Tidur tidur", balas Lisa separuh berbisik.

   Jungkook tertidur.

Bersambung....

Short? Sorry guys...
    

She's The One [°liskook°] COMPLETEDWhere stories live. Discover now