Rose melihat mangkuk aiskrim dihadapannya. Dah la besar, tinggi pulak tu. Jelly dan coklat yang menaikkan selera orang nak makan aiskrim tu. Tapi bukan untuk Rose.Rasa menyesal bila setuju makan aiskrim malam tu. Dah la sejuk ya amat. Makan pulak aiskrim lagi lah boleh demam.
Jimin yang duduk menghadapnya ketawa sinis.
"Aku tak boleh makan lah", Rose mengalah.
"Eh kau.. Kau dah kalah kan? Kau kene makan banyak banyak. Kejap lagi kau kene dukung aku. Ingat sikit", bebel Jimin lalu menyuakan sudu berisi aiskrim ke mulut Rose.
Rose menggigil bile aiskrim itu masuk ke dalam mulutnya. Kopi panas dihirupnya.
Dia menggeleng kepala laju. Dia mengambil sudu di tangan Jimin lalu dicedoknya aiskrim tu tinggi menggunung. Terus disumbat ke dalam mulut Jimin.
Jimin terbaring di atas kerusi. Sejuk wei!
"Dera aku lagi. Padan muka kau", ejek Rose.
Rose memilih jelly dan coklat pada aiskrim itu sahaja. Dia ingin mencairkan aiskrim itu dulu.
Jimin menekup mulutnya. Rasa sejuk beku ya amat.
"Perit kan?"
Jimin mengangguk setuju. Kopi milik Rose disisipnya. Rose mengetap bibir nya geram
"Haish kau ni"
Rose keluar dari kedai aiskrim itu baru lah Jimin.
Rose menundukkan badannya sedikit.
"Sape la yang kalah tadi tu?", Jimin saja membuat Rose berang."Aku!!"
Jimin ketawa jahat."Aku naik eh?", Jimin memegang bahu Rose.
"Eh cepat lah pendek! Banyak tanya pulak", ujar Rose geram.
Jimin memeluk leher Rose dari belakang. Kedua kakinya di pegang Rose.
"Eish berat lah kau ni! Macam ba..", Jimin menekup mulut Rose
"Jangan panggil aku b*b* kalau kau taknak aku tarik rambut kau", ugut Jimin
" yelah",balas Rose menyampah.
Rose berjalan perlahan lahan dengan Jimin dibelakangnya. Ramai orang memandang mereka pelik. Tak pernah perempuan angkat lelaki. So tak gentle kan? Tapi kalau dah kalah nak buat macam mane?
"Sampai mane aku nak dukung kau ni?", rungut Rose
"Dah la aku nak turun! Baru 10 langkah dah penat", ejek Jimin.
Rose mengejar Jimin yang tak abis abis mengejek nya. Rose membuat senaman pinggang. Rasa lega lepas mengangkat orang tak siuman itu.
"Kesian dia ye. Sakit? Alolo", Jimin masih lagi mengejek.
Rose terus melompat ke belakang Jimin. Jimin menjerit.
"Woi!! Kau fikir aku kuda", rungut Jimin
"Ha tau pon merungut. Tadi kemain kau kenekan aku an? Sekarang aku nak tengok kau kuat ke tak angkat aku. Aku nak kau dukung aku sampai rumah. Faham?", bisik Rose tapi penuh menyeramkan.
Jimin menelan liurnya kelat.
'Sampai rumah? Gila Chaeng ni', getus hati Jimin.
Tak pernah Jimin rasa terbeban seperti sekarang. Tak kisah kalau nak didukung tapi, sampai rumah? Ada patah kakinya kang.
Rose menunjal kepala Jimin bila Jimin lama sangat termenung.
"Jalan lah. Aku penat ni. Mengantuk tau tak?", Rose meletakkan kepalanya pada bahu Jimin.
Jimin menggeleng kepala perlahan.
Jimin tercungap cungap kepenatan. Tangannya menggoyangkan kaki Rose.
"Wei dah sampai ah", kejut Jimin
Rose memeluk leher Jimin semakin erat.
"Aku mengantuk lah! Jangan lah kau aku Lisa", Rose mengngigau.
Jimin mengeluh buat kali yang berapa entah. Tangan kanannya cuba menyelut poket jaket Rose. Kunci rumah dicapai lalu dibukanya sebelum masuk ke dalam.
Jimin menanggalkan kasut Rose. Dia mencampak nya sesuka hati anak masa depan dia je.
Dia membaringkan Rose di atas sofa. Jimin mengeliat.
"Ape kurangnya aku dengan kau? Nampak je kecil tapi berat. Nasib aku sayang kau tau", omel Jimin pada Rose yang masih lagi dibuai mimpi.
Jimin baring di atas sofa bertentangan dengan Rose. Matanya terasa berat lalu tertidur. Ingatkan nak rehat kejap tapi dah terlelap lah.
Nasib lah pintu berkunci sebelum dia terlelap. Mahunya masuk pencuri, sapa nak jawab ui? Author tak bertanggungjawab dalam kes ini. Lagikan pulak readers ye.
Jimin bangun dari tidur akibat bunyi TV. Dia perasan dirinya berselimut dan kepalanya diletakkan bantal.
Rose keluar dari biliknya. Jimin terus ke posisi duduk.
"Chaeng sorry. A..aku"
"Kau penat. Takpe aku ok je", ujar Rose
Mereka kembali diam. Rose menukar channel kepada animal planet. Dia ketawa terbahak bahak.
"Kenapa kau ketawa?", soal Jimin. Ape yang lawak nya tengok gajah?
"Kau tengok tu. Gajah tu macam kau. Comel tapi berat", Rose sambung ketawa.
Jimin membaling bantal ke muka Rose. Rose tidak henti henti ketawa.
Telefon jimin berbunyi tanda mesej masuk.
Jungkook
-: Jimin. Dia terima aku
12:30 a.mJimin tersenyum sendiri. Akhirnya kawan dia dah jumpa cinta hati sendiri. Tapi dia? Masih lagi menunggu masa untuk confess pada Rose
Bukan takut nak confess. Tapi takut ditolak. Rose yang khusyuk menonton Animal Planet ditatapnya.
Bila lah aku boleh ambil hati kau? Gumam jimin.
Bersambung g....
YOU ARE READING
She's The One [°liskook°] COMPLETED
Fanfiction"Saya tak bodoh la macam perempuan lain!"- Lisa "Saya serius"-Jungkook "Aku nak dia.."-🔪 Highest Ranks #3 liskook #2 jirose #2 jinsoo #11 blackpink