Rose pergi ke cafe pada awal pagi seperti biasa. Dia masuk melalui pintu belakang. Rakan sekerjanya sedang mengemas dapur dan menyediakan bahan. Dia hairan"Unnie", panggil Doyeon.
"Wae?"
"Bos panggil", ujar Doyeon perlahan.
Rose cepat cepat menyarung apron lalu menuju ke kaunter. Jin iaitu owner cafe a.k.a bos Rose memandangnya.
"Rose ah. Harini cafe tutup. Yang lain dah tau. Awak je belum", ujar Jin.
" Tutup? Sebab?"
"Kawan saya dia nak tempah kek strawberri 3 layer dan 3000 cupcake coklat dan 3000 cupcake cheese", terang Jin.
Mata Rose terbeliak. Bukan tidak pernah ada pelanggan membuat tempahan, ada je. Tapi kali ini banyak! Beban berat lah bebannya dan rakan yang lain. Pekerja memang ramai, tapi yang pandai wat semua ni 3 orang je.
Yang lain tu, mesti ditugaskan mengemas ataupun menjadi pembantu.
"Kawan bos nak bila?", soal Rose setelah sekian lama terkedu
"Lusa"
"Mwo?!"
"Boleh?", soal Jin.
Rose mengangguk perlahan.
"Jangan risau. Isteri dan adik ipar saya akan tolong awak dengan yang lain", ujar Jin.
Rose berasa lega. Dia tidak pernah jumpa dengan isteri bosnya. Tapi rakan sekerjanya yang lain pernah melihat nya. Kata dorang, isteri Jin ni sporting. Laki bini perangai sama nya.
"Tapi Bos.. Bahan.."
"Nanti isteri saya dengan adik ipar saya datang, awak dan Doyeon ikut lah pergi supermarket", ujar Jin lagi.
"Ouh OK bos!", Rose terus berlari menuju ke dapur.
"Unnie!! Bos cakap ape? ", Doyeon,Dahyun,Tzuyu dan Umji meluru ke arah Rose.
"Bos cakap kita kene buat kek strawberri 3 layer, 3000 cupcake coklat and 3000 cupcake cheese. Jangan terkejut dulu. Unnie tau banyakkan? So isteri bos dengan adik ipar dia akan tolong kita skali. So no worry", Rose senyum selamba.
"Sape tempah bebanyak tu?"
"Orang tu nak bila?"
"Kawan bos. Orang tu nak lusa. Selebihnya tak tau", ujar Rose.
"So much work", keluh Umji.
Doyeon Dahyun dan Tzuyu mengangguk.
Rose mendepakan tangannya. Mereka berempat di dalam pelukan Rose.
" Jangan lah cam ni. Belum buat dah give up. Kita boleh wat punya. Believe me ", Rose cuba menaikan semangat adik adik nya.
Mereka tersenyum.Pekerja yang lain mengambil beg mereka dan menyangkut apron semula. Mereka berlima memandang pekerja yang lain. Seperti mahu balik.
" Seungjae oppa! Korang semua nak gi mana? ", Tzuyu menyoal semua orang.
" Nak balik. Harini bos kata kitaorang cuti. Bye bye !!", semua termasuk Seungjae melambai ke arah mereka berlima.
Mereka terkedu.
"Amboi. Dorang dapat cuti free", Dahyun tidak puas hati.
Jin lalu dihadapan mereka sambil mata terarah ke telefon.
YOU ARE READING
She's The One [°liskook°] COMPLETED
Fanfic"Saya tak bodoh la macam perempuan lain!"- Lisa "Saya serius"-Jungkook "Aku nak dia.."-🔪 Highest Ranks #3 liskook #2 jirose #2 jinsoo #11 blackpink