LM ; 39

2.2K 224 23
                                    

- my heart misses you a lot -

️95 votes to unlock nextchap ⚠️

Sudah dua bulan Hailee dikurung di dalam bilik ,  tapi tiada langsung khabar tentang suaminya . Haikal datang cuma lawat dia saja dan hanya berbual kosong . Lelaki itu langsung tidak buka mulut cerita tentang suaminya .

Hailee penat begini , dia tidak mahu Haikal yang datang . Dia mahu Bryan , suaminya . Apa yang suaminya suruh dia dah buat . Makan , mandi dan kemas bilik . Semuanya sudah , tetapi suaminya tetap tidak datang .

Sampaikan dia rasa , dia diperbodohkan .

" Hoi ! Kau termenung apa "

Seperti biasa Haikal datang waktu tengah hari. Teguran Haikal tadi dia biarkan . Fikirannya melayang , memikirkan suaminya seperti membohonginya selama ini .

" Bila Bryan nak datang dekat aku , Haikal ? "

Terdiam Haikal mendengar soalan itu . Dia tahu , Hailee sangat merindukan Bryan . Apa yang Hailee soalkan tadi , dia sendiri tiada jawapannya .

Dia hanya mendengar saja arahan yang diberikan oleh Bryan .

" Lepas ni , kau tak payah lah datang sini lagi . Aku boleh jaga diri "

" Er aku cuma ikut arahan Bryan je . Kalau dia suruh datang aku datang la "

" Kau cakap dengan dia aku dah tak nak kau datang "

Haikal mengeluh . Nampaknya , Hailee sudah mula penat menunggu Bryan datang kepadanya . Dia memandang Hailee yang berdiri merenung ke luar tingkap .

" Kau tak sayang Bryan ke ? "

" Aku sayang dia , Haikal . Tapi masalahnya , dia bagi harapan palsu dekat aku . Dia kata , dia akan datang dekat aku tapi dah dua bulan batang hidung dia langsung aku tak nampak . Aku penat "

Sungguh pun Hailee penat mahu menunggu suaminya lama-lama . Apa yang dirancang oleh suaminya ?

" Bryan tak cakap apa-apa ke dekat kau ? "

Haikal menggeleng . Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar . Dia mengeluh melihat keadaan Hailee yang begitu .

Hailee menekup mulutnya , dia dapat rasakan yang ada sesuatu yang ingin keluar dari mulutnya . Terus dia bergegas ke bilik air .

Hailee memuntahkan segala makanan yang di makan pagi tadi . Kepalanya terasa berpusing . Haikal memerhati pelik .

" Kau mengandung ke , Hailee ? "

Hailee terdiam . Dia tak tahu mahu beri jawapan apa kerana dia sendiri tidak tahu dia mengandung ataupun tidak . Tekaknya terasa perit .

" Jom , aku bawa kau pergi klinik "

Hailee mengangguk lemah . Baru saja dia mahu keluar dari bilik air , dia muntah sekali lagi . Haikal datang ke arahnya tapi Hailee mengangkat tangan , tidak benarkan Haikal masuk ke bilik air bersamanya .

" Kau keluar dulu , bagi aku bersiap "

" Okay , aku minta izin Datin Haisya bawa kau keluar "

[SU] LOVELY MAFIAWhere stories live. Discover now