- Don't let idiots ruin your day -
Afrina mencari Bryan di pejabat lelaki itu . Dia tak boleh biarkan perempuan itu dengan Bryan berkekal lama . Bryan miliknya seorang .Tiada siapa dapat berganding dengan lelaki itu selain dia ! Dia saja yang layak .
"You !"
Bryan tidak mengangkat wajah sebaliknya merengus marah . Dia tahu siapa yang datang dan dia tidak salahkan Farid sebab dia tahu Afrina sejenis yang suka terjah walaupun ada orang menghalang .
"Keluar "
Sepatah arahan yang dikeluarkan dari mulut Bryan , sewaktu begini minta-mintalah jangan kacau dia . Memang habis rosak mood .
"Alaa..."
"Keluar "
"Tapi you , I nak bercakap dengan you ! I tak nak you kahwin dengan perempuan tu . I tak sukalah ! You sepatutnya dengan I "
Bryan tidak peduli . Dia memasukkan earphone wireless ke dalam telinga . Dia penat mahu melayan .
Tiba-tiba saja ada panggilan masuk dari telefon milik Bryan . Dengan cepat dia menjawab kerana panggilan itu dari Farid .
Farid tidak menggunakan interkom kerana dia takut yang Afrina akan tahu apa yang dia ingin beritahu bos-nya .
"Ada apa ?"
"Bos , Hailee nak jumpa bos . Boleh dia masuk ?"
"Yes , suruh dia masuk . Bagitahu dia dalam ni ada tetamu , minta dia bersabar "
Panggilan dimatikan . Dia sambung mendengar lagu berlakon seperti tiada siapa di dalam biliknya .
"Cik boleh masuk . Tapi Bryan pesan suruh awak bersabar sebab ada tetamu yang erm - - entahlah dekat dalam "
Hailee mengangguk dan memberikan senyuman ikhlasnya . Dia menunduk sebelum berlalu pergi masuk ke dalam bilik Bryan .
"Erm - - boleh saya tahu ada siapa dekat dalam ?"
"Cik Afrina . Dia baru saja masuk ke dalam bilik bos "
Hailee mengukir senyuman sinis . Yes , time to acting . Lets start ! Sebelum dia masuk ke dalam , dia membetulkan dahulu rambutnya dan juga kain skirt .
"Sayang !
Hailee menerjah masuk tanpa melihat gadis yang berada dalam bilik Bryan walaupun dia tahu , tapi dia hanya berpura-pura .
Bryan mengangkat wajah dan dia faham dengan gelaran 'sayang' yang Hailee panggilnya sebentar tadi . Inilah masa yang sesuai untuk membuktikan yang mereka bahagia .
"Kenapa you datang tak beritahu I . Kalau tak I boleh suruh Ray hantar you "
Bryan meletakkan pen lalu mencabut earphone-nya . Dia bangun dan duduk disebelah Hailee . Tangannya diletakkan diatas bahu gadis itu . Manakala Afrina memandang jijik melihat mereka bermesra di atas sofa .
Sakit hati bila kehadirannya langsung tidak dilayan malah anggapnya seperti tidak wujud .
"You ni...kan I dah cakap tadi I nak datang office you . Tengok...lupalah tu "
"I lupa baby , you tahukan I ada banyak kerja nak dibuat ?"
Hailee mengangguk kemudian dihantar isyarat mata kepada Bryan . Bryan menangkat bahu kemudian menerukan lakonan mereka .
"Awak ni , Afrina ye ?"
Afrina menjeling langsung tidak menjawab soalan daripada gadis sebelah Bryan . Hailee menahan geram , ini sebab berlakon saja , kalau tidak dia tak akan langsung tegur gadis ini .
YOU ARE READING
[SU] LOVELY MAFIA
Romance• i will always , honestly , truly , completely , love you • [ACTION + ROMANCE]🤘🏻🥀 Bryan Steve seorang lelaki kacukan spanish dan juga seorang mafia. Lelaki itu bukan calang-calang orang. Semua orang sanggup melutut dekat dirinya, asalkan mereka...