LM ; 9

4.6K 163 0
                                    

- Nothing last forever but atleast we got these memories -

"Ouch ! " Bryan menjerit sakit bila Hailee membersihkan luka di bahunya .

Hailee yang berada diatas riba Bryan langsung tidak endah dengan jeritannya . Ditekan lagi kuat luka tersebut .

"Janganlah kuat-kuat ! Sakitlah bodoh . Kau memang sengaja ke ?"

Dia menolak perlahan tangan Hailee yang berada dibahu . Matanya dipejam erat menahan rasa sakit .

"Eh diam boleh tak ! Aku ni nak uruskan adik aku lagi . Dengan kau yang tak habis habis menjerit macam perempuan . Kang aku simbah air panas tahu pula nak diam " mulalah mood bebel Hailee datang .

Sudahlah sekarang dia punya penat tak hilang lagi . Dengan rawat luka Bryan , lepastu nak jenguk Helena punya kaki lagi . Penat tahu tak nak jaga dua orang manusia ni .

Dengan sorang terpekik macam hilang akal , dengan sorang lagi tak habis habis  panggil nak itu ini . Dalam rumah ni sekarang dia macam jadi doktor yang tak berbayar .

Selesai membalut luka tersebut . Dia membaringkan Bryan . Barang-barang dikemas . Matanya sudah bengkak akibat menahan rasa mengantuk .

Sudahlah sekarang dah jam 3 pagi . Habis dia jadi burung hantu sebab dua ekor manusia ni . Tak guna !

"Kau nak apa-apa tak ? Kalau nak bagitahu aku awal-awal " Dia bersuara dengan nada suara yang lemah . Matanya yang berair di gosok beberapa kali .

Semua anak buah Bryan dah dibuai mimpi . Tinggallah dia terkejar-kejar menjaga manusia ini .

Lepas je balik dari rumah mewah Jerry tadi , terus dia tergesa-gesa merawat luka Bryan . Itupun jam sudah 2:30 pagi . Yang adiknya pula memanggil dia nak macam-macam .

Hailee like 'aku hempuk juga dua ketul manusia ni karang'

Jerry pula sudah arwah dibakar didalam rumah mewah itu . Sedih ? Langsung tidak . Baginya itu sangat bagus . Berkuranglah musuh dia tahun ni .

Nasib baik Bryan baik hati bagi Helena tinggal dirumahnya sebentar . Kalau tidak , habislah dia kena hantar Helena waktu pagi macam ni .

Bryan hanya menggeleng lemah . Bahunya terasa berdenyut-denyut .

Hailee membetulkan selimut Bryan . Lampu meja sisi ditutup .

"Dah tidur . Nak apa-apa panggil je aku dekat sebelah"

Dia rasa ada faedah bila Bryan meletakkan biliknya bersebelahan dengan bilik lelaki itu . Lagi pula bilik mereka hanya pisah dengan sebuah pintu saja . Connected room . Nak apa apa? Ketuk je .

 Nak apa apa? Ketuk je

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia menguap besar . Mata dikelip-kelipkan beberapa kali untuk menyegarkan mata . Mukanya yang ditumbuk Jerry tadi dipegang .

Tiada siapa yang merawat lukanya . Tapi dia langsung tidak kisah , dia boleh rawat sendiri . Tapi bukan hari ini , mungkin selepas dia rehatkan badan dia dulu .

[SU] LOVELY MAFIAWhere stories live. Discover now