LM ; 40

2.6K 212 36
                                    

- i just cant wait to hug you -

⚠️95 votes to unlock nextchap ⚠️

Wajah Hailee ditutup menggunakan bantal . Tangan didepakan di atas katil . Dia tak boleh , dia nak sangat makanan yang dia mengidam sekarang ini . Hailee mencebik ingin menangis . Tak senang duduk dia .

Dengan siapa dia perlu minta makanan yang dia mengidam sekarang ?

Lelaki yang bernama Haikal sudah lama tidak datang menjenguknya . Dia kira sudah 2 minggu . Kalau lelaki itu datang , bolehlah dia pesan makanan yang dia mengidam pada lelaki itu .

Tapi masalahnya lelaki itu langsung tak datang . Ini semua salah dirinya sendiri . Siapa suruh dia halang lelaki itu datang ke biliknya 2 minggu lepas .

Jadi Haikal mengikut kata-katanya . Dan maybe Bryan juga sudah tidak mengarahkan Haikal datang menjenguknya .

Yelah , Bryan kan nak dapat isteri baru sekarang . Mana nak hiraukan dia lagi . Hailee senyum sinis .

' Suka hati you lah Bryan . I pun penat dengan you macam ni '

Hailee merenung kipas di ceiling lama . Perlahan dia mengeluh . Susah lah begini kena kurung . Payah dia ingin makanan yang dia mengidam kalau dikurung begini .

Ketika ini , dia berharap sangat Cik Timah datang ke biliknya . Boleh lah dia pesan makanan yanh dia idamkan . Tapi melihat jam yang baru pukul 3 petang , dia tidak rasa Cik Timah akan datang .

Makanan tengah hari telahpun dihantar oleh Cik Timah pukul 1 tengah hari tadi . Dia perlu tunggu jam 5 petang pula untuk tunggu minuman petang yang dihantar oleh Cik Timah .

Makanan tengah hari yang Cik Timah hantar langsung dia tidak usik . Dia tak mahu makan nasi ayam . Dia mahu makan benda lain .

" Puan Hailee..."

Terkejut Hailee Cik Timah memanggil dirinya secara tiba-tiba . Matanya melirik memandang Cik Timah yang sudah berada di dalam biliknya . Berkerut dahi Hailee melihat wanita berumur itu masuk ke dalam biliknya waktu begini . Ini kali pertama .

" Ada apa Cik Timah masuk bilik saya ni ? "

Dalam hati Hailee sudah mengucapkan kata syukur . Dapatlah dia makan makanan yang dia idamkan memandangkan Cik Timah sudah berada didepan matanya bolehlah dia suruh Cik Timah buatkan makanan untuk dia .

" Cik Timah tahu Puan mengandung , jadi Cik Timah datang ke sini sebab mana tahu Puan Hailee nak makan apa-apa ke . Maklumlah ibu mengandung ni selalu mengidam macam-macam "

Hailee mencapai tangan wanita tua itu . Dia rasa terharu dengan layanan yang diberikan oleh Cik Timah . Ibarat wanita tua itu ibu kandungnya .

" Terima kasih Cik Timah sebab faham keadaan saya "

" Sama-sama . Puan mengidam nak makan apa ? "

Hailee menggigit bibir mendengar soalan itu . Perutnya dipandang dan kemudian di usap .

" Saya mengidam nak makan nasi kerabu dengan puding oreo . Cik Timah boleh buat ? "

Agak terkejut sebenarnya Cik Timah bila Hailee ingin makan nasi kerabu . Selama ini , mana pernah gadis itu makan makanan tersebut .

" Boleh . Puan tunggu sekejap ye "

" Saya minta maaf sebab susahkan Cik Timah "

Hailee tertunduk air matanya ingin menitik ditahan . Dia rasa bersalah . Dia sendiri tidak tahu mengapa tiba-tiba mengidam nak makan nasi kerabu . Mungkin bayi di dalam perut ini .

[SU] LOVELY MAFIAWhere stories live. Discover now