~ Never hurt a person whose only intention was to see you smile and happy ~
⚠️85 votes to unlock nextchap
Lena
- akak nak jumpa kau dekat tempat biasa . Ada hal nak cakap . Pukul 3 sharp !Selesai menghantar mesej tersebut , dia mencampakkan telefon di atas katil . Betul ke keputusan yang dia buat ini ?
Kakinya melangkah ke dapur ingin masak makanan tengah hari untuk suaminya . Dia tidak tahu sama ada Bryan balik makan tengah hari ataupun tidak . Masak sajalah !
Selesai saja memasak , dia mendail nombor suaminya . Tapi malangnya tidak berangkat . Lima kali call , akhirnya dia mengalah .
Tak tahulah sama ada Bryan tengah meting or what . Dia harap suaminya baliklah . Penat dari semalam masak tetapi Bryan langsung tidak menjamah sedikit pun .
Tak apalah . Yang penting dia dah jalankan tanggungjawab dia .
****
"Assalamualaikum , Hailee . Ingat saya lagi tak ?"
Dia mengangkat kepala melihat gerangan yang memberi salam kepadanya . Sedikit terkejut melihat calon suami tidak jadinya duduk dihadapannya sekarang .
"Sorry , tak "
Tergesa-gesa dia bangun ingin meninggalkan cafe tersebut . Dia tidak mahu Bryan mengamuk lagi . Memang masaklah dia . Bryan pasti lagi marah bila dia tahu tentang hal ini .
"Eh-eh , awak nak pergi mana laju-laju ni?"
"Lepaslah ! Jangan sentuh "
Naik berang dia apabila Ustaz Haikal menyentuh tangannya . Sudahlah dia memakai lengan pendek saat ini . Bodoh ! Ustaz apa perangai gatal !
"Lembutnya lengan awak"
Pang !
Dia beredar setelah memberi satu tamparan kepada Ustaz Haikal . Puas hatinya ! Suka hati saja ingin menyentuh isteri orang .
"Eh kak , kau nak pergi mana ni ?"
Helena memegang kedua belah bahu kakaknya . Muka Hailee berubah pucat . Dia tahu pasti ada sesuatu yang terjadi kepada kakaknya .
"Kau okay tak ni ? Jom aku bawa kau duduk dekat food court sana"
****
"Kau kenapa ni kak ? Ceritalah dekat aku"
Segelas cawan diletakkan di atas meja untuk kakaknya . Hailee dari tadi termenung , bila dia tanya langsung tidak menjawab soalannya .
"Ustaz Haikal tadi... Tak ada apalah"
Hailee meletakkan kepala di atas meja . Beberapa minit kemudian , Helena terdengar tangisan yang keluar dari kakaknya .
"Akak kenapa ni ? Semalam Leo cerita yang Datin ada jumpa akak . Dia nak apa sebenarnya ?"
Hailee diam . Dia tidak menjawab pertanyaan adiknya sebaliknya dia membuka cerita mengenai Bryan .
![](https://img.wattpad.com/cover/149006919-288-k655789.jpg)
YOU ARE READING
[SU] LOVELY MAFIA
Любовные романы• i will always , honestly , truly , completely , love you • [ACTION + ROMANCE]🤘🏻🥀 Bryan Steve seorang lelaki kacukan spanish dan juga seorang mafia. Lelaki itu bukan calang-calang orang. Semua orang sanggup melutut dekat dirinya, asalkan mereka...