- my heart wants u , only you -
⚠️45 vote to unlock nextchap
Hailee termenung memikirkan tentang lamaran dua hari lepas . Erm , lamaran ke ? Dia jadi runsing , masih muda lagi untuk dia kahwim . Umur 21 , dia rasa kelakar lah kahwin awal .
Tak lena langsung tidur dia disebabkan kejadian dua hari lepas . Mereka adalah berbual sedikit tetapi bukan berbual pasal lamaran itu . Mereka hanya berbual kosong , seperti tiada apa yang berlaku .
Hailee menjerit kecil . Serabutnya kepala otak ! Rambutnya diserabaikan sudah serupa hantu kak limah . Dia masih keliru sama ada mahu tolak lamaran tersebut ataupun terima .
Pintu dibiliknya tiba-tiba saja terbuka . Dia terkejut lalu rambutnya yang serabai dibetul-betulkan sedikit .
"Tak nak turun makan malam ?"
Bryan masuk ke dalam biliknya dan duduk diatas katil sama sepertinya .
"Turunlah dulu nanti aku datang"
Terus saja lelaki itu bangun meninggalkan dirinya . Hailee mengeluh . Apa yang dia patut buat sekarang ?
"Bryan..."
Sungguh lembut suara dia memanggil lelaki bertatu itu . Hailee menepuk dahinya sendiri . Dah kenapa dengan aku ni !
"Kau masih tunggu jawapan dari aku ke ?"
"Tak juga . Aku tak kisah kalau kau nak tolak lamaran tu . If kau tolak pun , kau tetap kena tinggal dengan aku . Ingat kontrak masih tak dibatalkan . Cuma lepas kontrak tu aku kena lepaskan kau lah"
"Duduk sini sekejap"
Bryan hanya mengikut saja . Punggungnya dilabuhkan di atas katil Hailee .
"Aku tak tahulah tu lamaran atau tak but aku terima"
Kalau dah cintakan lelaki itu , kenapa perlu tolak lamaran tersebut , betul tak ?
"Aku tahu kau akan terima "
"Tapi , masalah mummy kita tu macam mana ?"
"Tak perlulah risau . Diorang tak suka kita , sudah "
Hailee tersenyum manis . Bryan membetulkan rambut gadis itu yang sedikit serabai .
"Kau tahu tak kau ni cantik"
Tiba-tiba saja ayat itu yang keluar dari mulut Bryan . Hailee menepuk dada lelaki itu perlahan . Malunya .
Bryan mendekatkan bibirnya dengan bibir Hailee . Baru saja bibir mereka ingin bercantum , ada satu suara yang menyampuk .
"Oh my god ! Lagi sekali ke ?"
Airin menjerit tidak puas hati . Selalu dia saja yang kacau merpati dua sejoli ini . Niatnya ingin memanggil mereka turun makan , tapi lain pula yang jadi .
Terus saja Hailee menolak pipi Bryan perlahan . Tak kena time !
****
YOU ARE READING
[SU] LOVELY MAFIA
Romance• i will always , honestly , truly , completely , love you • [ACTION + ROMANCE]🤘🏻🥀 Bryan Steve seorang lelaki kacukan spanish dan juga seorang mafia. Lelaki itu bukan calang-calang orang. Semua orang sanggup melutut dekat dirinya, asalkan mereka...