LM ; 5

4.8K 191 3
                                    

Bryan Steve berlari selaju mungkin untuk menyelamatkan Hailee yang dalam keadaan bahaya . Tubuh kecil Hailee dipeluk erat kemudian mereka sama-sama berguling di atas jalan tar .

Mata Hailee terkatup rapat . Jantungnya dan jantung Bryan berdegup kencang . Muka orang yang ingin melanggar Hailee berubah pucat apabila melihat Bryan menyelamatkan musuhnya .

Helena menerpa kearah Bryan dan kakaknya . Baju kemeja Bryan koyak dibahagian lengan menyebabkan lengannya berdarah manakala Hailee langsung tiada sebarang kecederaan .

Bryan memegang lengannya yang berdarah . Mukanya berkerut menahan rasa pedih di lengannya yang cedera .

"Ya Allah, Bryan . Are you okey? Aku betul-betul minta maaf "

Menggigil Hailee menuturkan ayat itu . Sudah beberapa kali rasanya dia telah menyusahkan lelaki itu .

"No , its okey "

Hailee duduk disebelah Bryan , luka lelaki itu dibelek-beleknya . Dia betul-betul rasa bersyukur kerana Bryan telah membantu dirinya .

Afrina Erisha berlari ke arah Bryan . Rasa mabuk pada dirinya masih lagi terasa , dia berlari ke arah Bryan tadi pun terhuyung-hayang .

"Oh my god ! What happened to you , darling "

Bryan menjeling menyampah . Malas mahu melayan bakal tunangnya .

"Lena , ambil first aid dalam kereta akak . Cepat !"gesa Hailee .

Luka Bryan ditiupnya . Afrina memandang Hailee dengan perasaan yang marah .

"You tak payah sibuklah . Biar I je yang buat . You tu siapa nak pegang bakal tunang I . Dah , you boleh balik "

Afrina menghalau Hailee sambil menolak tubuh gadis itu perlahan . Hailee tidak membalas . Helena datang dengan kotak first aid .

"Aku minta maaf Bryan . Sebab aku , kau jadi macam ni "

"Tak payah minta maaf . Kalau kau nak bunuh diri pun janganlah dekat sini . Nanti menyusahkan orang "

Bryan menepis kasar tangan Hailee yang ingin merawat lukanya . Dia bangun dengan riak wajahnya yang dingin .

Hailee memandang Bryan dengan tanda tanya . Orang nak bersihkan luka dia pun , marah ke ? Padanlah kau jadi mafia .

"Dah tak payah nak bersihkan luka aku . Kau ni menyusahkan tahu tak "

Entah kenapa kata-kata Bryan membuatkan hatinya tersentap .

Betul ke aku ni menyusah kan dia ?

Afrina tersenyum sinis memandang gadis di sebelahnya . Padan muka kau perempuan !

Helena memandang Bryan menyampah . Muka saja kacak tapi kesian , sombong nak mampus !

"Kalau kau tak nak aku rawat kau tak apa . Tapi nanti balik bersihkan luka tu . Nanti kuman merebak , lambat pula sembuh nanti " ujarnya lembut .

Rasanya tak perlu kut dia menengking Bryan , sebab benda ni berlaku kerananya . Dan dia tahu itu salahnya .

Bryan menjeling . Hailee menarik tapak tangan Bryan , dia meletak satu plaster di genggaman lelaki itu .

"Sorry menyusahkan kau "

Lelaki itu diam . Disebabkan malas mahu melayan , dia terus mengambil langkah menuju ke keretanya untuk pulang ke rumah . Afrina mengikuri Bryan , nanti kena tinggal pula .

"Kau tak payah ikut aku perempuan !" Tengking Rayyan apabila menyedari Afrina yang mabuk mengikuri dirinya . Terhinjut bahu Afrina.

Dia sebenarnya malas mahu melayan perangai Afrina sewaktu dalam kereta nanti . Sudahlah Afrina masih lagi mabuk . Karang macam-macam hal pula berlaku .

[SU] LOVELY MAFIAWhere stories live. Discover now