LM ; 24

3.7K 206 1
                                    

- One person , one thousand memories -

⚠️*disebabkn lama tk upd , vote pun mengurang ye ? K tak apalah . Lepasni author rajinkn diri upd every week*

Pintu bilik Bryan dipandang sekilas . Malas mahu memantau keadaan lelaki itu . Tak dengar cakap orang kan , ha , rasakan .

Sejak kejadian pagi tadi sehinggalah kini , dia masih lagi tidak menjenguk Bryan . Bercakap dengan lelaki itu lagilah tidak . Biar lelaki itu uruskan diri sendiri .

"Kak , mana bos ? Dari tengah hari dia tak keluar-keluar dari bilik tu . Entah dah makan ke tak ubat "

Perbualan Airin dan Ray terhenti saat Hailee keluar dari perut lif . Mereka fikirkan Hailee akan keluar dengan bosnya . Tetapi tidak . Gadis itu keluar bersendirian .

Hailee menjulingkan mata ke atas . Asal nampak dia je , tanya pasal Bryan . Cubalah tanya pasal benda lain .

"Entah . Pergilah tengok sendiri . Tanya aku kenapa ?"

Tersangatlah dingin suara Hailee ketika itu . Dia bukan merajuk dengan Bryan , tetapi marah dengan sikap lelaki itu . Tak pernah nak dengar kata orang . Ikut kepala dia saja .

Saat itu , tahulah mereka yang Hailee dan bosnya sedang bergaduh . Bukan sekali je mereka pernah bergaduh , tetapi banyak kali . Sehinggakan mereka muak dengan pergaduhan Hailee dan Bryan ini .

Hailee menghembus nafas perlahan . Air di dalam gelas diteguk rakus . Hatinya tidak tenang bila teringatkan kata-kata Airin tadi .

'Tak akanlah Bryan tak makan-makan dari tadi kut ? Rasanya dia dah makan ubat ke belum'

Hailee menggigit bibir kemudian kukunya . Dia risau dengan keadaan Bryan tapi dalam masa yang sama egonya tetap di atas .

Patutkah dia naik ke atas melihat keadaan Bryan ? Habis macam mana dengan rasa amarahnya dengan Bryan . Tak akan mahu dilupakan begitu saja .

"Kak , pergi jelah atas tu . Jenguk bos . Turunkan ego akak tu . Bos tengah demam , tak akan akak nak biarkan je macam tu "

Hailee tersentak . Jauh dia termenung sehingga tidak perasan kehadiran Airin . Nasihat Airin ibarat gadis itu lagi tua darinya .

"Sebelum aku tiada , siapa yang jaga Bryan time demam ? Tak akan nak harapkan aku juga . Lagipun dia lelaki pandailah dia jaga diri dia tu "

"Sebelum ni Ray jaga . Tapi sejak akak ada dekat sini , semua tugas Ray dah macam tugas akak . Apa salahnya akak pergi naik ke atas jenguk dia . Dia pun mesti tengah tunggu akak datang "

Hailee mengeluh kecil . Kata-kata Airin memang berguna baginya . Tapi kalau Bryan masih tetap berdegil juga , dia lari dari rumah ini . Tidak kira apa pun !

Lambat-lambat Hailee bergerak ke arah dapur gas untuk membuat sedikit bubur untuk teman lelakinya . Marah macam mana pun , kesihatan lelaki itu mesti dipantau .

Tok ! Tok !

Pintu diketuk perlahan . Empat kali ketukan masih lagi tidak terbuka pintu . Dia terus mengambil keputusan membuka pintu tersebut .

[SU] LOVELY MAFIAWhere stories live. Discover now