prolog

4.4K 139 0
                                    

"hey jangan lari.. jatuh nanti kakak!" Puan Aini berpesan dengan sedikit jeritan halus. Boleh bingit telinga jadinya..

"Baik umi" laung aku kembali, sambil memperlahankan langkah ku.

Bukk!

"Aduh!! Sakit lah! Kenapa awak langgar kita! Kita nak pergi sekolah lah!" Sungguh aku marah pada budak lelaki yang datang entah dari mana ini. Suka hati kaki dia je nak langgar langgar orang.

"Eh, sorry sorry. Aku betul betul tak sengaja. Kau ade luka mana mana tak?" Soal nye seakan akan perihatin.

Aku hanya memandang ke arah wajahnya. 'aku akan ingat wajah ni sampai aku besar' azam nya tanpa dia sedar. Baru lima tahun dah pandai simpan perasaan pada orang.

"Helloooo..!" Budak lelaki tadi melambai kearah aku..

Tersentak aku dibuatnya. "Haa ye ye.. tak..tak.. tak ade luka mana mana pun. Okaylah awak kita nak pergi sekolah dulu dah lambat ni."

Terus dia berlalu dari situ meninggalkan budak lelaki yang melanggarnya tadi.

____________________

Petang itu, dia dan umi sama sama melepak di halaman rumah mereka. Abah? Abah kerja lagi.. masih belum pulang. Tiba tiba dia di sapa oleh soalan daripada umi.

"Akma sayang.. nanti Akma besar, Akma nak jadi ape?" Soal puan Aini kepada anak nya.

"Hmm, nanti bila Akma dah besar, Akma nak jadi spy. Akma nak siasat siasat. Pastu kan.. nanti bila Akma dah besar.. kalau ada orang yang buat jahat kat umi ke.. abah ke.. Akma nak cari dia pastu.. Akma nak tangkap dia, biar dia terseksa dalam kubur." Akma menjelas kan cita citanya.

Sungguh Puan Aini berasa yang dia sangat bertuah memiliki Akma. Mulia sungguh hati budak kecik ini. Walaupun kenyataannya sedikit salah.

Puan Aini ketawa kecil lalu memperbetulkan kenyataan yang dibuat oleh Akma. " Sayang umi.., kita kalau dah tangkap dia.. kita tak boleh sumbat dalam kubur," Terang Puan Aini.

"Habis tu nak sumbat mane? Dalam longkang?" Polos sahaja Akma bertanya.

"Bukan sayang.. kita sumbat dia orang dalam penjara. Nanti besar Akma jadi lah polis yang siasat siasat tu. Jangan buat kerja tak elok tau."

" Baik umi!" Akma Sedikit menjerit Keriangan sambil tangan menabik ke arah umi. Saja saja..

Setiap kali Puan Aini bertanya tentang cita cita je.. mesti itu yang dijawab oleh Akma takde pusing pusing takde lain. Memang itu jawapannya. Haih.. harap ii tercapailah cita cita si Akma tu ye..

____________________

Hai.. hope enjoy lah baca 😊

Miss Hoodie , Mr Captain (COMPLETED)Where stories live. Discover now