¤ Prologue ¤

305 12 4
                                    

RATED 16+

Sejak aku berumur 15 tahun, aku mula-mula bercinta dengan senior sekolah menengahku.

Jeon Jungkook.

Pada mulanya aku yang tekad untuk berkenalan dengannya, tapi dia juga yang menelefon aku setiap malam sebelum tidur, menemani aku tidur, berbual sehingga tengah malam, tempat bercerita mimpi ngeri aku.

Ya, aku macam budak-budak. Tapi aku serious bercinta dengannya. Aku betul-betul sayangkan dia.

Ramai je pelajar lelaki yang tergilakan aku, tapi aku masih nak dia.

Aku juga dapat tahu dari senior perempuanku yang merupakan sekelas dengan dia yang dia juga sukakan aku, tapi aku tengok dia taknak pun ngorat aku.

Tapi selalu je dia kacau, maksud aku..dia tak try contact aku.

Disebabkan aku ni pelajar baru, jadi baru-baru ini aku sertai kelab seni, kebetulan dia turut berada dalam kelab itu. Jadi disaat nombor telefon aku ditambahkan sebagai ahli kumpulan dalam whatsapp itu dari situlah dia mendapat nombor telefonku.

Di situlah bermulanya kisah kami, berkenalan sebagai adik dan abang angkat selama sebulan dan aku putuskan untuk teruskan hubungan kami sebagai couple.

Depan public, dekat sekolah. Kami tak oernah tunjuk yang kami ni ada apa-apa hubungan. Kerana dia juga memang merupakan seorang yang hati beku.

Walaupun dia melayan aku dengan baik, tapi masih dia jarang bergelak ketawa dengan aku, kami masih seperti senior dan junior biasa yang cuma rapat.

Apabila hubungan kami mencecah 5 bulan, dia mula menunjukkan aku pada rakan-rakannya. Antara rakan-rakannya itu, ada juga yang cuba mengoratku, namun aku menolak.

Semakin dekat dengan hujung tahun, kelas kami banyak free, jadi memandangkan dia merupakan pelajar tahun akhir, jadi dia kerap memanggilku untuk berjumpa dengan dia di kelas atau rooftop ataupun rehat bersama-sama.

Sepanjang hubungan kami mencecah 8 bulan, aku pernah bergaduh dengannya sekali sahaja, disebabkan seorang kawan perempuan sekelasnya yang bernama Sehyun. Gadis itu tidaklah cantik, tapi dia merupakan classmate Jungkook, bekas teman wanita Jungkook dan kawan baik Jungkook selama 5 tahun Jungkook bersekolah disini.

Pernah suatu masa, Sehyun menyuruh agar Jungkook memilih sama ada memilih dia atau aku.

Aku membaca mesej telefon aku, aku semoat membaca text yang dihantar oleh Jungkook.

Aku runsing
Kita break eh.

Kemudian aku tengok dia delete message for everyone dan dia menaip semula.

Aku rindu kau,
Esok rehat sekali, nae?

Aku menangis.

Aku tau yang dia memilih Sehyun. Aku nampak text tersebut.

Aku membalas.

Gwenchana, oppa.
Oppa pilihla Sehyun, dia kawan baik oppa. Jihyun baru je muncul dalam hidup oppa.

Dan selepas itu,

Buat pertama kalinya, seorang Jeon Jungkook menghantar text yang begitu banyak, merayu agar aku mengabaikan text sebelumnya itu dan merayu agar aku tidak meninggalkannya dia cuma buntu. Namun dia tau, dia mengganggap aku seperit segalanya buatnya.

Dan, kami meneruskan hubungan seperti biasa, dan dia memilihku daripada Sehyun.

Selain itu, sepanjang aku bercinta dengannya, aku tidak pernah bersentuhan dengannya. Namun pada waktu akhir persekolahan, dia dan aku bakal berpisah.

[Completed] Please Love Me Again | JJKWhere stories live. Discover now