Beberapa minggu kemudian,
Author's POV
Jihyun ralit menyiram pokok bunga di taman kecil di hadapan rumahnya sambik menyanyi kecil sehingga tak sedar bahawa Jungkook sudah berdiri di belakangnya.
Jungkook tersenyum melihat gelagat isterinya yang menyanyi dengan suara perlahan itu.
"Sayang!"
Jihyun masih leka dengan siramannya.
Jungkook menghampiri Jihyun lalu memeluknya.
Jihyun secara refleks memusingkan tubuhnya bersama paip air yang terpasang membuatkan baju Jungkook basah.
"Sayang! Oppa dah siap nak keluar dah...." Jungkook mencebik.
"Oppa ni! Lain kali tegurla elok-elok! Haa kan chagi dah terkejut." Jihyun menepuk Jungkook lalu dia menutup air paip dan bergegas menarik lengan Jungkook masuk ke dalam bilik.
"Chagi nak pegi mana ni ? Oppa nak keluar la." balas Jungkook dengan nada sayu.
"Meh sini, chagi tukarkan baju oppa." Tanpa banyak soal, Jihyun menolak perlahan tubuh Jungkook agar duduk di birai katil. Jihyun mencapai baju Jungkook yang bergantung dan menanggalkan butang bajunya.
"Mianhei oppa,." ucap Jihyun dan menyarung baju ke badan Jungkook. Lalu dia melutut di hadapan Jungkook dan membutangkan bajunya.
Jungkook terdiam kerana tidak menyangka Jihyun bertindak sedemikian. Jungkook tersenyum.
"Gembira hati oppa bila tau chagi dah boleh terima oppa, oppa bahagia sangat." ujar Jungkook yang kemudiannya berdiri dan mengusap kepala Jihyun.
Jihyun mencapai tangan Jungkook lalu dibawa ke pipinya.
"Terima kasih kat oppa jugak untuk semua effort oppa selamani, terima kasih sebab banyak sabar dengan perangai chagi yang menyakitkan hati." Jihyun mengusap pipi Jungkook.
"Janji jangan tinggal oppa lagi?" Jungkook mencium tangan Jihyun yang berada di pipinya.
"Janji!" Jihyun tersenyum.
Jari kelingking mereka bertaut lalu mereka tertawa bahagia.
--------
Jihyun meninjau sekeliling kawasan dalam rumahnya itu. Dia memanjat tangga ke tingkat atas dan berjalan ke arah 3 pintu bilik lain yang berkunci.
"Aku nak bilik lain."
"Semua bilik saya kunci."
Jihyun tersenyum. Dia cuba memulas tombol pintu tersebut namun masih berkunci.
"Mana kook simpan kunci eh?" Jihyun berfikir kemudian menuju ke bilik mereka.
Dia menarik setiap laci berdekatan katil."Mana eh..." Jihyun terpandangkan pintu bilik walk-in closet milik Jungkook.
Jihyun memasuki bilik tersebut.
Matanya terus terpandangkan kunci yang bergantung betul-betul berdekatan dengannya.
"Oh dia tak sorok pun.." Jihyun mencapai kunci tersebut dan menuju ke pintu bilik paling hujung.
Dia memasukkan kunci.
Tak boleh bukak.
Dia menukar kunci lain.
Dan pintu terbuka.
Jihyun memandang bilik tersebut yang mempunyai sebuah katil bersaiz king dan hiasan kosong bilik tersebut.
"Cantiknya.." Jihyun tersenyum.Bilik tersebut dihias seperti untuk kanak-kanak lelaki.
"Cantik sangat.."
Jihyun dalam hati berbunga melihat kesungguhan Jungkook. Kemudian menutup pintu bilik tersebut dan mengunci semula. Dia bergerak ke bilik yang lain.
"Waaah!"
Jihyun teruja melihat hiasan bilik besar bertemakan pink untuk kanak-kanak perempuan.
Jungkook betul-betul dah bersedia untuk ada anak nampaknya, fikir Jihyun.
Jihyun keluar dan mengunci pintu bilik tersebut dan beralih ke pintu bilik bersebelahan biliknya dan Jungkook.
Jihyun menyandarkan tubuhnya pada bingkai pintu. Senyumannya lebar dari tadi. Hatinya cukup tersentuh dengan usaha-usaha suaminya.Air matanya yang mengalir disebabkan terlalu gembira.
Nampaknya dia tak salah pilih suami.
Jihyun mengunci pintu bilik tersebut dan menuju ke biliknya semula.
------
"Boss, boleh saya tanya boss sesuatu?" soal Wonwoo yang menghampiri Jungkook.
"Nae, waeyo?"
"H-Heera kena buang ke?" soal Wonwoo.
Jungkook menggangguk.
"Waeyo?"
"Takpelah saya taknak bukak.cerita buruk dia buat lagipun—"
"Saya tau apa dia buat sebenarnya." pintas Wonwoo.
Jungkook memandang Wonwoo.
"Jinjja? Macam mana awak tahu?"
"Sejak hari yang boss hulur kunci tu, saya ada terdengar dia cakap dengan someone on call, and dia kata dia nak beli ubat. And saya dengar dia kata dia beli tu untuk tidurkan boss."
"Ouh, then kenapa awak tak halang dia?"
"Saya dah pesan banyak kali dah, cuma waktu yang dia buat tu, saya tak pandang dia. Jadi saya tak sempat nak halang isteri boss minum." Wonwoo menundukkan kepalanya.
"Gwenchana, takpelah. Apa-apapun lepas ni jangan bagi dia masuk sini dah ok? Kita taktau niat orang tu macam mana." Pesan Jungkook lalu menepuk bahu Wonwoo dan menuju ke dapur.
Wonwoo mengeluh.
Tak pasal2 diorang dah kekurangan pekerja.
--------
YOU ARE READING
[Completed] Please Love Me Again | JJK
RomanceOne day, second chance gonna be okay, you will fall in love eventually again. And everything gonna be just fine. Completed√