¤6¤

116 9 0
                                    

Selesai sahaja majlis perkahwinan, Encik Park dan Puan Park memaklumkan kepada Jihyun bahawa dia akan berpindah bersama Jungkook ke rumah baru mereka.

Jihyun nampak yang omma dan appanya gembira Jihyun berkahwin dengan Jungkook kerana dia mampu menanggung Jihyun dalam segala perkara.

Tapi, tidak Jihyun. Semestinya dia tidak gembira.

Jihyun's POV

Malam itu,

Aku mengemas barang-barangku dengan cara memberontak. Aku melipat baju aku lalu memasukkan ke dalam beg. Tapi tak banyak.

Tiba-tiba seseorang mengetuk pintu bilikku yang sedia terbuka.

Aku menoleh.

"Kau nak apa?" soal aku apabila melihat wajah yang aku taknak jumpa langsung kalau boleh..

"Omma suruh saya naik tengok awak." Jungkook masuk ke dalam bilikku.

Suka suka hati diaaa je.

Aku diam, malas nak bergaduh ngan dia ni. Karang omma dengar aku jugak kena.

"Banyak lagi ke barang nak packing?"

"Tak, tinggal pakaian je."

(pakaian jungkook)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(pakaian jungkook)

Aku toleh tengok dia sedang membelek barangku yang berada di atas katil.

"Jangan sentuh barang aku sesuka hati boleh tak." Tegur aku dengan nada kasar.

Dia meletakkan barang tersebut semula.

"Kenapa tak bawak banyak pakaian?" soal Jungkook lalu bersila dihadapanku.

"Kita bukan kekal lama pun, nanti pisah jugak." balasku selamba.

Tiba-tiba dia berdiri dan mengambil semua pakaian aku dan diletakkan di atas beg aku.

"Kau kenapa keluarkan semua?!" jerit aku. Ha ni nak marah ni.

Dia diam sambil tangannya melipat pakaian aku seperti seluar dan baju.

Memangla semua baju tu aku pakai lagi, tapi ish aku bukannya lama pun ngan dia. Aku akan pastikan dia ceraikan aku jugak.

"Ish!" Aku bangun dan mengambil pakaian itu semua semula untuk menyimpan ke dalam almari namun dia memegang tangan aku membuatkan aku menarik tanganku semula.

Pakaian-pakaian aku terlepas dan jatuh semula.

Dia mengutip pakaian pakaian itu dan melipatnya.

"Jihyun-aa."

Aku menoleh apabila terdengar suara omma.

"Eh apa biarkan Jungkook yang lupat baju baju tu?"

Aku merengus.

"Dia yang beria nak bawak semua baju Jihyun." Aku bercakap dengan nada menyampah.

"Kook okay ke tu?" soal omma.

"Okay je, kook saja nak tolong dia kemas. Tak sabar nak bawak dia pergi rumah baru." balas Jungkook sambil tersenyum.

Omma tersenyum melihatnya membuatkan aku lagi menyampah pada Jungkook.

Muka je baik tapi gila. Buat sakit hati je.

"Jihyun omma nak cakap something ngan kamu ni. Meh ikut omma."

Aku ikut sahaja langkah omma.

Kami duduk di ruang tamu.

"Kenapa omma?" soal aku.

"Pasal kamu dengan Jungkook la."

Aku menghela nafas berat.

"Omma tau kamu tak suka perkahwinan ni.."

"Dahtu Jihyun boleh cerai ke?" soal aku teruja.

"Jihyun! Apa cakap macamtu? Kamu ingat kahwin ni benda main-main ke?" Marah omma.

"Dahtu? Semua orang tak fikir pun perasaan Jihyun! Semua anggap Jihyun ni barang mainan yang boleh dimiliki sesiapa! Sama je!" Aku meninggikan suara aku pada omma.

Author's POV

"Omma, kami nak gerak dah ni. Jihyun, kkaja." Panggil Jungkook yang cuba meleraikan pertengkaran itu.

Ya, dia dengar semuanya.

Jihyun merengus lalu bangun dan beredar keluar rumah.

Jungkook menuju ke arah Puan Park dan bersalaman dengan wanita itu..

"Jaga Jihyun baik-baik. Lepasni kami dah tak boleh jaga dia dah." Pesan wanita itu lagi. Jungkook menggangguk.

---------

    Di dalam kereta, Jungkook yang selesai mengangkat barang-barang Jihyun memasuki kereta itu.

Jihyun yang sedang bermain phone itu diapndangnya sebelum mengeluh.

Dia menghidupkan enjin dan keretanya dipandu menuju ke rumah baru mereka.

"Awak tak patut tinggikan suara dekat omma. Nanti bila dah tenang, awak mintak maaf dekat omma, nae?"

"Diamlah, aku taulah. Kau tau tak kau punca aku dengan omma aku bergaduh! So kau diam." Marah Jihyun.

Jungkook mengeluh.

---------

[Completed] Please Love Me Again | JJKWhere stories live. Discover now