Seminggu kemudian
Jihyun membantu ommanya didapur untuk menyiapkan makanan tengahari.
"Jihyun, nanti letak pinggan lebih okay?" Tanpa banyak bicara, Jihyun meletakkan pinggan lebihan ke atas meja.
TINGTONG!
Puan Park terus menuju ke pintu begitu juga Encik Park. Jihyun membiarkan sahaja dan menyediakan kutleri untuk lauk.
"Ha, boleh boleh. Tapi jomla makan tengahari dulu ngan kami." Kedengaran suara Encik Park dan Puan Park yang bersembang dengan seseorang.
Jihyun menoleh ke arah pintu dapur.
"Mwo? Kau buat apa kat sini?!" soal Jihyun dengan kuat.
"Ish, apa cakap macamtu dekat bakal suami Jihyun.." tegur Encik Park lalu menjemput Jungkook untuk duduk di meja makan.
"Maafla Jungkook, Jihyun ni perangai macamni pulak." ujar Puan Park.
Jungkook tersenyum.
"Gwenchana."
"Gwenchana kepala kau la." Rungut Jihyun perlahan.
"Jihyun, bebel apatu, hidang nasi ni meh."
Jihyun akur lalu meletakkan nasi untuk Puan Park dan Encik Park dan Jungkook.
Kalau tak fikirkan dia tu tetamu, memang takla nak letakkan nasi untuk dia.
Jihyun menuju ke dapur.
"Jihyun nak pergi mana tu?" soal Encik Park.
"Kemas dapur."
"Mari sini makan dulu." Panggil Encik Park.
"Tapi Jihyun—"
"Jihyun..." Panggil Puan Park.
Bukan apa, kerusi tu ada 4. Puan Park dan Encik Park bersebelahan jadi dia terpaksa duduk di sebelah Jungkook jugak. ergh!
Jihyun akur lalu meletakkan nasi ke dalam pinggan nya dan menarik kerusi sedikit menjauhi Jungkook dan melabuhkan punggungnya.
"Jungkook, makanla lauk ni. Jihyun yang masak." Tegur Puan Park.
"Omma." Jihyun menggulingkan biji matanya.
Jungkook menggangguk lalu mengaut lauk itu ke dalam pinggannya.
"Ha, Jihyun. Sekejap lagi Jungkook nak bawak kamu pergi cari baju kahwin. Lepas makan ni, pergi bersiap." Arah Puan Park.
"Nae..." Jihyun mengeluh lagi.
Apalah malang sangat nasib.
-------
Jihyun turun ke tingkat bawah setelah bersiap dan bersalaman dengan omma dan appanya sebelum keluar.
Setelah menyarung kasut, Jihyun menuju ke arah kereta Jungkook. Pintu sebelah pemandu dibuka lalu dia masuk ke dalam.
"Nak cari kat mana?" soal Jungkook.
"Ikut kau la." Jihyun mengeluarkan telefonnya dan membuat hal sendiri
--------
Setelah kereta berhenti di hadapan gedung pakaian pengantin, Jihyun terus membuka pintu dan melangkah keluar.
Pintu gedung itu dibuka lalu Jihyun menghampiri pekerja disitu.
"Aegi-ssi, saya nak tengok catalog untuk dress pengantin, boleh?" Pinta Jihyun.
Pekerja itu tersenyum dan mendapatkan catalog buat Jihyun lalu dihulurkan kepadanya.
Jungkook memasuki gedung itu dan menghampiri Jihyun.
Suasana kekok ketika itu.
Jihyun memanggil seorang pekerja lelaki disitu.
"Tolong namja ni cari suit untuk pengantin." Arah Jihyun.
"Encik boleh ikut saya. ye." Jungkook menggangguk lalu mengikuti pekerja itu.
------
Jihyun mencuba dress pengantin yang dipilihnya.
"Cik, dah siap ke?" soal pekerja itu."Nae, waeyo?" balas Jihyun.
"Nak tunjuk dekat bakal pengantin."
"Er, kalau tak payah boleh ke?"
"Selalunya kami memang buat macamni."
"Kalau nak buat surprise tak boleh ke?"
Pekerja itu tergelak kecil, lalu menggeleng.
"Nae.." Jihyun mengeluh.
Salah seorang pekerja disitu membuka langsir tersebut setelah memastikan Jihyun sudah bersiap.
Jihyun mendongak dan melihat Jungkook yang sedang membetulkan kotnya.
"Ok tak?" soal Jihyun dengan nada dingin.
"Cantik sangat-sangat." Puji Jungkook.
"Ha ok. Aegi-ssi boleh tutup balik langsir? Nak tukar baju." Pinta Jihyun lalu melangkah meninggalkan kawasan itu dan menuju ke fitting room.
Jungkook tersenyum nipis ke arah pekerja pekerja disitu.
YOU ARE READING
[Completed] Please Love Me Again | JJK
RomanceOne day, second chance gonna be okay, you will fall in love eventually again. And everything gonna be just fine. Completed√