Malam itu,
Jihyun menantikan kepulangan Jungkook. Jungkook bagitau bahawa dia akan pulang pada pukul 5, namun sehingga pukul 8 masih tiada khabar beritanya.
Jihyun mundar mandir kerana berasa tak sedap hati sehinggalah dia tergerak hati untuk menelefon suaminya itu.
Jihyun mencapai telefonnya dan mendail nombor Jungkook.
"Yoboseyo? Oppa kenapa—"
"Siapa ni?"
"Eo? Saya isteri Jungkook. Ni siapa ye?"
Pelik Jihyun mendengar suara asing lelaki mengangkat panggilannya.
"Ha, puan nasib baik puan call. Telefon encik ni lock. Kami berusaha nak call sesiapa yang berkaitan dengan encik ni."
"Kenapa ni? Apa jadi? Suami saya mana?"
Tangan Jihyun mula berpeluh.
"Suami puan kemalangan petang tadi, pkul 4.30 macamtu dekat highway. Dia dah dihantar ke Hospital Incheon. Puan boleh ke sana, barang encik ni saya akan serahkan pada puan jap lagi."
Jihyun terdiam, air matanya terus mengalir.
"Puan?"
"N-n-ae?"
"Puan bersabar ye, punca kemalangan masih disiasat. Polis masih berada di tempat kejadian. Saya tunggu puan di hospital."
"N-ae.."
Panggilan dimatikan.
Jihyun menggapai dinding yang berdekatan dengannya cuba menampung tubuhnya dan akhirnya dia melurut terduduk ke lantai.
Air matanya mengalir deras. Jihyun meraung kuat.
Dengan tangan yang terketar-ketar, dia mendail nombor telefon ommanya.
"Omma—"
"Ye sayang, kamu kenapa menangis ni? Bergaduh dengan Kook ke?"
"A—aniy—aniyo....omma..Kook...kemalangan.."
"Mwo? Dia dekat mana sekarang?"
"Hospital....incheon..omma...."
"Kamu dah bagitau parents dia belum?"
"B-belum....J-Jihyun baru t-tau..."
"Okay, omma informkan dekat diorang. Sayang sabar sayang.."
"Nae..."
Panggilan dimatikan.
Jihyun mendail nombor Jimin.
"Nae, Jihyun-ssi?"
"S-sunbaenim..boleh ambik Jihyun kat rumah tak? Jihyun nak pergi hospital incheon..Kook kemalangan..."
"Mwo?! Nae nae sunbae datang sekarang!"
Panggilan dimatikan.
-------
HOSPITAL INCHEON
INTENSIVE CARE UNIT (ICU)Jihyun memasuki wad Jungkook. Dia memandang tubuh Jungkook yang terlantar di atas katil.
“Keadaan Encik Jeon sangat tidak stabil. Kami pun tak pasti macam mana keadaan dia. Jadi kami berharap agar pelawat yang nak masuk, jangan masuk terlalu ramai. Risau memburukkan keadaan pesakit. Kami cuba untuk cari jalan penyelesaian untuk pulihkan keadaan beliau.”
Pesanan Doktor Im tadi benar-benar membuatkan Jihyun tak keruan. Jihyun menitiskan air matanya dan menghampiri katil Jungkook dan melabuhkan punggung di kerusi disebelah katil tersebut.
YOU ARE READING
[Completed] Please Love Me Again | JJK
RomanceOne day, second chance gonna be okay, you will fall in love eventually again. And everything gonna be just fine. Completed√