Author's POV
5 tahun berlalu....
"Omma! Appa! Kenapa main terima je lamaran tu!" Bentak Jihyun sambil mengusutkan rambutnya.
Puan Park dan Encik Park memandang Jihyun yang mundar-mandir itu.
"Lah, dia bukan ke boyfriend kamu waktu sekolah menengah dulu? Lagipun dia pernah datang rumah kan?" soal Puan Park.
"Ommaaa, tu waktu sekolah menengah omma...Kitorang dah takde pape, faham tak?" Rungutnya lagi.
"Manala omma tau..kitorang pun main agak je dia boyfriend kamu. Dah dia masuk minang tu, kami terima jela. Ingat dah bersetuju." terang Encik Park.
Jihyun melopong.
Kepalanya yang tidak gatal itu digaru.
"Ommaaaa! appaaaa! Dahtu macam mana ni, macam mana nak tolak?" soal Jihyun.
"Diorang dah bagi cincin dah." ujar Puan Park pula.
"Omma pulangkan la balik.." Rungut Jihyun sambil menghentakkan kakinya.
"Ani, kami tak boleh buat macamtu. Kena kamu sendiri la jumpa dengan tuan badan untuk pulangkan." Puan Park membalas lagi.
"Ommaaaa, Jihyun taknak kahwin dengan dia....Jebal..." Jihyun hampir sahaja mahu menangis.
"Kenapa kamu putus dengan dia?" soal Encik Park membuatkan Jihyun terdiam.
Dia tidak boleh menceritakan kepada sesiapapun melainkan kawan baiknya, Kayra.
"Ommaaaa dahtu Jihyun nak jawab apa dengan boyfriend Jihyun ni..." Keluh Jihyun.
"Ha, kamu suruh dia masuk minang kamu. Nanti kita boleh bagi alasan kata kamu dah bertunang." saran Puan Park.
Jihyun terlopong.
"Omma, Mingyu tu sebaya dengan Jihyun. Kitorang baru 22, omma." Terang Jihyun.
"Dahtu yang—"
"Omma, namja tu, umur dia 24. Dia dah ada kerja tetap. Kitorang ni baru nak habis degree tau.." Keluh Jihyun.
"Nak taknak, kamu terpaksa jugak kahwin dengan lelaki tu. Lagipun...omma dia ada kata yang diorang akan percepatkan semua benda. Mungkin dalam sebulan macamtu je."
Penerangan Encik Park membuatkan Jihyun hampir pengsan.
---------
YOU ARE READING
[Completed] Please Love Me Again | JJK
RomantikOne day, second chance gonna be okay, you will fall in love eventually again. And everything gonna be just fine. Completed√