Author's POV
Malam itu,
Jungkook membawa Jihyun ke pusat membeli-belah kerana mereka berdua kebosanan berdua di rumah.
Setelah memarkirkan keretanya, Jungkook keluar serentak dengan Jihyun dan mereka melangkah bersama-sama ke dalam mall.
(pakaian diorang)
Jungkook mengekori sahaja langkah Jihyun yang menuju ke elevator ke tingkat atas.
Jungkook menemani Jihyun masuk ke dalam outlet yang menjual pakaian.
Jihyun membelek beberapa pakaian di situ dan dipadankan pada tubuhnya bersama senyuman.
'Cantik' desis Jungkook.
Jihyun mengeluh sebelum meletakkan semula pakaian tersebut pada penyangkutnya dan berlalu keluar dari outlet tersebut.
Jungkook hairan.
"Awak!"
"Lah kau ikut aku ke dari tadi?" soal Jihyun.
Jungkook menggangguk.
"Ha kenapa?"
"Kenapa tak beli baju tadi? Baju tu cantik la." soal Jungkook.
"Tak minat la. Kau jalan-jalan la sendiri. Aku nak jalan-jalan jap." Balas Jihyun dan beredar.
Jungkook membiarkan Jihyun berlalu lalu dia masuk semula ke dalam outlet tadi. Dan pakaian yang dibelek oleh Jihyun tadi diambil dan dibawa ke kaunter untuk dibayar.
Setelah itu Jungkook keluar bersama beg kertas outlet tersebut dan mencari kelibat Jihyun.
Kemudian dia lihat Jihyun masuk ke dalam satu lagi outlet lain lalu Jungkook berjalan pantas mengekori Jihyun.
YOU ARE READING
[Completed] Please Love Me Again | JJK
RomanceOne day, second chance gonna be okay, you will fall in love eventually again. And everything gonna be just fine. Completed√