¤34¤

113 9 0
                                    

7 bulan kemudian,

Jihyun membaca semula sticky note terakhir yang ditinggalkan oleh mendiang suaminya.

Oppa have to go. Jaga diri sayang ❤

-jjk🍪💕

Jihyun menangis buat sekian kalinya. Jihyun menulis sesuatu pada sehelai kertas. Rupanya, Jungkook benar-benar memaksudkan kata-kata tersebut.

Jihyun mengusap perutnya yang sudah besar dan hanya menunggu masa untuk bersalin.

"Omma kuat Junghyun, omma boleh!" Jihyun tersenyum sendiri.

Jihyun's POV

Sepanjang dia mengandung, rakan-rakannku dan BTS banyak datang memberikan semangat dan setiap bulan, ahli BTS bergilir-gilir menemaniku untuk pemeriksaan bulanan.

Mereka banyak membantu aku. Aku berterima kasih kepada mereka, kerana menggalas tanggungjawab untuk menjagaku.

Aku lihat Kayra, Eunwan, Shira, Yuna dan Jandi yang sedang tidur. Mereka putuskan untuk tidur sebilik walaupun banyak lagi bilik dirumahku.

"Korang bangun, breakfast jom." Aku mengejutkan mereka lalu mereka terpisat-pisat duduk dari baringan mereka.

Aku memerhatikan mereka samabil tersenyum. Aku meletakkan sehelai sampul surat didalam laci meja solek bilik mereka dan aku melabuhkan punggungku ke atas katil.

Seseorang memelukku dari belakang.

"Hyun-ssi, kau kuat nae?" sapa Yuna dari belakangku. Aku tersenyum.

Jandi menghampiriku.

"Tak sabar nak tunggu hero ni besar." Jandi mengusap perutku.

Kayra, Shira dan Eunwan pergi mandi di bilik air bilik tetamu yang lain.

"Aku rindu kook..." ucap Jihyun sambil mengeluh.

Jandi dan Yuna mengusap belakangku.

------

Yuna dan Jandi sedang bersiap bersama yang lain. Jadi aku menuju ke bilikku.

TINGTONG!

"Hyun-ssi! Kami dah sampai!"

Tu mesti BTS! Aku yang mengajak mereka harini lagipun mereka memang kerap melawat aku di rumah ni.

Sedang aku menuruni tangga, aku terdengar bunyi pintu ditutup, mereka pasti sudah siap. Aku tersenyum.

Namun, entah di mana silapku, aku rasa kakiku tidak lagi menjejak anak tangga dan tubuhku terdorong ke depan.

Perutku terasa senak.

Air mata aku mengalir.

Dapat aku rasakan cecair mengalir dari bahagian bawahku.

Aku dengar rakan-rakanku menjerit dan menghampiriku.

Begitu juga ahli bangtan yang lain.

"Jihyun! Kuat Jihyun! Kau kuat!"

"Jihyun tolong bertahan!"

Aku sempat melihat Taehyung yang kelam kabut mengangkatku sehingga ke dalam kereta.

"G-gomawoo korang.." Aku tersenyum dan aku rasa aku hilang kudrat untuk terus membuka mataku dan akhirnya ku biarkan tertutup.

------

[Completed] Please Love Me Again | JJKWhere stories live. Discover now