Sepanjang cuti akhir tahun, semua pelajar sibuk menghabiskan masa dengan bercuti tapi bukan bagi Ayden.Dia berumur 16 tahun. Ya tahun depan dia akan mengharungi peperiksaan besar iaitu SPM. Mama dan papanya bekerja sebagai usahawan yang berjaya. Mereka terlalu sibuk hingga tiada masa untuk Ayden.
Ayden P.O.V
"Bosan lah asyik mereput jer kat rumah. Mama dengan papa asyik busy jer.Apa kata aku call Irsyad manalah tahu dia free buleh lah aku ajak dia keluar."
Ayden mencapai iphone 8 plus miliknya yang berada di atas meja lalu nombor yang tertera nama Irsyad 🙄 ditekan.
"Assalamualaikum Yad, aku bosan lah duduk terperuk kat umah sorang-sorang. Kalau macam ni tiap hari boleh mereput aku kat umah."
"Haa waalaikumusalam sahabatku Ayden, mesti tak lain tak bukan kau nak ajak aku keluar kan? Macam lah aku tak kenal kawan aku sorang ni. Aku pun bosan juga duduk kat rumah ni."
"Bagus lah kalau macam tu, kau lah sahabat sehidup semati aku. Kau cadang nak keluar kat mana?"
"Eh asal kau tanya aku pula, kau yang ajak aku. Hishh mamat ni aku hempuk dengan batu atas kepala baru tahu. Aku ikut jer kau nak pergi mana-mana pun. Aku tak kesah."
"Hempuk lah kalau batu tu boleh tembus telefon kau. Aku cadang nak tengok wayang, kau ok tak? Sebab aku dengar-dengar ada cerita Pusaka. Aku teringin gila nak tengok."
"Aku on jer mana-mana kau nak pergi. Haah lah weyh aku pun teringin nak tengok cerita Pusaka tuh. Tengah hot kot kat Malaysia ni."
"Ok lah kau pergi bersiap nanti aku datang ambil kau dekat rumah kau."
Setelah menamatkan panggilan, Ayden bergegas ke bilik air untuk bersiap. Dia memakai hoodie yang berwarna merah, dan menyarungkan topi yang tertulis "naughty boy". Dia mengambil kunci kereta BMW nya lalu memandu untuk menuju ke rumah sahabatnya.
————————————————————-
Apabila sampai di depan rumah banglo dua tingkat milik keluarga sahabatnya, dia membuka cermin kereta lalu terpandang wajah Irsyad yang menjelingnya dengan pandangan maut. Dia meneguk air liur."Ni mesti sebab aku datang lewat, dah lah aku suruh dia bersiap awal. Habis lah aku, nasib kau lah Ayden siapa suruh pandai-pandai bagi fakehope. Terima jer lah penangan bebelan si Yad ni", kata Ayden di dalam hati.
"Asal kau lambat? Kau tau tak aku tunggu kau hampir setengah jam. Kau buat ape ha kat umah tu? Jaga bini dengan anak ke? Bersiap mengalahkan perempuan." Irsyad mencebik kerana geram dengan sikap sahabatnya itu.
"Rilek aah weyh, lagipun aku tak cakap pun dekat kau suruh tunggu aku yang kau tunggu apehal? Eh, kalau aku ada bini baik aku keluar dengan bini aku daripada keluar dengan kau."
Irsyad mengalah. Kalau berdebat dengan Ayden jangan harap lah dia akan menang. Kata-kata Adib buatkan dia diam berkutik.
End P.O.VAyra P.O.V
"Farisha corfirm ke kau nak keluar dengan aku?"
"Ye lah takkan aku main-main pula, sekarang ni kau bersiap nanti aku ambil kau kat rumah. Kita pergi jalan-jalan dan tengok wayang jer dekat mall tu. Bukan buat apa-apa pun."
YOU ARE READING
She's Mine!
RomanceTidak semua kisah terlahir dengan sebuah keindahan. Segala pahit getir sebuah perhubungan tidak akan lari dari halangan dan cabaran yang menanti. Masih adakah hati yang terluka? Atau pengakhiran kisah mereka berakhir dengan kemusnahan? Adakah masih...