Tibalah waktunya untuk Adib pulang ke Malaysia. Rindu sungguh dia akan Hazirah. Tapi dia khuatir jika Uwais menyimpan perasaan cinta akan Hazirah. Siapa jer yang tak tertarik dengan kelembutan tutur kata yang dimiliki Hazirah. Ya, dia tahu banyak risiko yang dia akan dapat. Tapi ape yang dia nak, hanya keselamatan Hazirah terjaga.
Iphone 7 plusnya dikeluarkan dari kocek seluar. Nombor Uwais ditekan. Macam mana dia dapat nombor Uwais? Sebelum berangkat ke lapangan terbang, dia meminta nombor Uwais dari nendanya.
Panggilan bersambung.
"Assalamualaikum Syed Uwais",sapa Adib. Tetapi suara Uwais masih lagi tidak kedengaran."Ehem-ehem". Bunyi deheman seseorang menyentakkan Adib. Ni suara perempuan! Siapa yang angkat pula ni? Takkan isteri Uwais kot.
Tiba-tiba Adib terdengar suara Uwais di corong telefon miliknya.
"Hazirah, siapa yang call tu?". Adib terpampang! Jadi, yang angkat call dia hazirah? Diorang duduk satu rumah ke? Tak mungkin. Pelbagai perkara negatif menyinggah dalam fikiran Adib. Apakah hubungan Uwais dengan Hazirah?Telefon yang dipegang Hazirah, dirampas lembut oleh Uwais.
"Waalaikumusalam bro! Kau apa khabar? Lama kau hilangkan diri",kata Uwais. Adib yang termenung tersentak dengan suara sahabatnya itu.
"A..aku, alhamdulillah aku okay. Uwais, aku dah nak sampai Malaysia. Kau ingatkan perjanjian kita dulu? Jadi aku nak hak aku balik. Aku nak pinangkan Hazirah untuk jadi isteri yang sah untuk aku. Aku rasa kau tahu kan Hazirah dekat mana sekarang?". Uwais meneguk air liur. Dia masih tak bersedia untuk berjauhan dengan Hazirah. Tapi apakan daya, janjinya itu memakan diri sendiri.
Uwais hanya terdiam. Mungkin dah ditakdirkan Hazirah hanya untuk Adib dari dulu sampai sekarang. Dia sudah bersedia untuk menerima apa sahaja yang terjadi nanti.
Hazirah yang asyik menonton televisyen memandang wajah Uwais yang muram. Selepas sahaja panggilan telefon tadi tamat, Uwais asyik termenung. Dia ingin menegur Uwais, tapi dia tahu ini bukan masa yang sesuai.
Keesokkan harinya, Hazirah mengemas segala pakaiannya lalu di masukkan ke dalam laguage. Hari ini adalah hari terakhir dia berada di kampung memandangkan minggu depan dia dan Uwais harus mendaftar ke UITM Shah Alam. Hopefully, dia dapat jumpa Tokwan lagi.
"Tokwan, kami balik dulu eyh! Jangan lupa jaga kesihatan Tokwan, jangan nakal-nakal",pesan Uwais kepada Tokwan. Tokwan mengetap gigi.
"Kamu ingat Tokwan budak-budak lagi ka?",kata Tolwan sambil menarik telinga milik Uwais.
"Ampun-ampun Tokwan! Aduiii",adu Uwais sambil menggosok telinganya yang merah itu.
Hazirah yang memandang kemesraan Tokwan dan Uwais hanya tergelak kecil.
"Kitaorang pergi dulu Tokwan. Nanti ada masa, kita jumpa lagi". Hazirah menyalam tangan tua itu dengan sopan. Mesti dia akan rindukan Tokwan. Uwais yang sedang leka memasukkan barang-barangnya dan Hazirah terkejut bila disergah oleh Maya.
"Gaaaa!".
"Eeee kau ni kenapa Maya?! Terkejut aku. Kalau pengsan kat sini macam mana?",bebel Uwais. Maya hanya tergelak melihat muka cuak Uwais.
Dia meletakkan jari runcingnya di bibir Uwais. Uwais terkejut dengan tindakan Maya yang di luar kawalan lalu tangan Maya ditepis.
"Kau jangan berani sentuh aku! Aku tak suka",kata Uwais lantang. Hazirah dan Tokwan yang asyik berbual di hadapan pintu rumah terkejut mendengar suara Uwais.
Tokwan mendekati mereka begitu juga Hazirah.
"Uwais, kenapa kamu marah Maya macam tu?",tegur Tokwan manakala Hazirah hanya mendiamkan diri. Dia pun tak tahu apa yang terjadi.
"Hazirah jom balik!",kata Uwais sambil menarik tangan Hazirah yang berlapik itu. Soalan Tokwan dibiarkan berlalu di bawa angin. Hazirah akur. Takkan nak melawan pula. Lagipun mood Uwais kurang baik.
Maya hanya menangis teresak-esak. Ini kali pertama dia dimarahi sebegitu oleh Uwais. Mujur ada Tokwan yang menenangkannya.
"Maya, Tokwan tak tahu apa yang Maya buat dekat Uwais sampai dia marah macam tu. Tapi Tokwan nak pesan, dalam islam batas pergaulan harus di jaga",pesan Tokwan. Maya hanya mendengar teguran tersebut dan cuba menghadamnya.
Manakala suasana di dalam kereta hanya dihiasi dengan bunyi radio. Uwais fokus dengan pemanduannya. Hazirah hanya memandang wajah Uwais dari sisi.
Uwais yang perasan Hazirah memerhatikannya berdehem. Jantungnya usah dikata, laju nak mati.
"Tak puas lagi ke pandang wajah saya yang hensem ni Hazirah Umairah",kata Uwais. Muka Hazirah sudah merona merah. Apa kau buat ni Hazirah?! Malunya.
Tak dinafikan lagi, Uwais sangat kacak dengan mengenakan t-shirt putih dan seluar jeans hitam sama sepertinya yang memakai baju t-shirt putih dan dipadankan dengan skirt labuh bewarna hitam. Sekali pandang nampak macam suami isteri.
Hazirah memalingkan wajahnya ke arah skrin telefon. Uwais menahan tawa. Comel sungguh melihat wajah Hazirah blushing.
Pemanduan yang mengambil masa beberapa jam akhirnya tamat. Uwais menghantar Hazirah pulang ke rumah.
"Uwais, terima kasih bawa Hazirah jalan-jalan dekat kawasan kampung. Nanti ada masa kita borak lagi eyh. Daddy dah lama nak spend time dengan Uwais",kata daddy. Uwais hanya tersenyum.
"Insyaallah daddy. Uwais pergi dulu". Sejurus menyalam tangan Dato Rushdan, Uwais meluncurkan kereta Porche miliknya keluar dari perkarangan rumah Hazirah.
Tiba-tiba deringan telefon miliknya menyentakkan Uwais dari pemanduannya. Punat hijau ditekan.
"Assalamualaikum Uwais, tolong ambil aku dekat airport. Aku baru sampai ni",kata Adib melalui corong telefon.
"Waalaikumusalam. Ok, lagi 10 minit aku sampai".
Uwais mula mencari bayangan Adib. Tiba-tiba matanya terarah kepada seorang lelaki berhoodie hitam yang mengekori Adib dari belakang.
"Eyh kenapa lelaki tu asyik ikut Adib. Aku rasa macam ada benda yang tak kena",omel Uwais sendirian. Tanpa membuang masa, Uwais terus bergerak ke arah Adib.
"Woii bro! Lama tak jumpa kau. Makin segak kau eyh",sapa Uwais terlebih dahulu. Tak dinafikan lagi Adib semakin kacak. Penampilannya yang kemas menarik perhatian gadis-gadis yang berada di situ.
"Eyhh kau pun ape kurangnya weyh! Makin hensem aah". Mereka singgah di cafe berdekatan. Banyak perihal yang di bualkan mereka.
"Adib, aku nak tanya kau. Ke mana kau menghilang lepas jer dari pembedahan tu?",tanya Uwais. Yer lah, hampir dua tahun juga Adib menghilang tanpa khabar. Apa yang dia buat?
"Kalau kau nak tahu. Ni semua disebabkan nenda aku suruh ambil alih syarikat dia kat sana. Aku tak tahu apa muslihat nenda. Lepas saja pembedahan aku berjalan lancar, nenda suruh aku tukar nombor telefon baru. Kau tak rasa ke ada something weird kat situ? Satu lagi, si Eirine sepupu aku tu. Kau kenal kan?". Uwais hanya mengangguk.
Manakan dia lupa gadis cantik itu. Gadis yang asalnya sopan santun, lembut percakapannya. Dia terkejut dengan cerita Adib tentang gadis itu. Seriuslah? Gedik? Pergi kelab malam dengan jantan?
"Kau biar betul Adib? Takkanlah sepupu kau yang lembut tu boleh buat benda maksiat macam tu?",kata Uwais lagi.
"Aku sorang je tahu. Nenda terlampau manjakan sangat si Eirine. Semua kehendak Eirine dia tunaikan".
Sedang asyik mereka berbual, ada sepasang mata yang memerhatikan mereka dengan riak wajah terkejut.
"Adib dah balik? Kenapa Uwais tak bagitahu aku? Ya allah rindunya aku dekat Adib",desis hati Hazirah.
Farisya dan Irsyad mengajak Hazirah untuk lepak ke cafe. Entah apa yang diorang nak cakap pun tak tahu. Katanya mereka mendaftar di universiti yang sama.
Tiba-tiba Uwais bangun dari tempat yang di dudukinya dan menuju ke tandas. Hazirah dapat memerhatikan segenap inci wajah satu-satunya lelaki yang dirinduinya.
Adib yang sedang menikmati cake red velvet kegemarannya itu, perasan akan ade seseorang yang memerhatikannya. Hazirah?!
Mata mereka bertembung?!
YOU ARE READING
She's Mine!
RomanceTidak semua kisah terlahir dengan sebuah keindahan. Segala pahit getir sebuah perhubungan tidak akan lari dari halangan dan cabaran yang menanti. Masih adakah hati yang terluka? Atau pengakhiran kisah mereka berakhir dengan kemusnahan? Adakah masih...