SM 7

108 8 0
                                    

"Penguguman kepada semua pelajar kelas 5 Emerald dan 5 Metalic, sila berkumpul di dewan GOLD SKY sekarang juga kerana taklimat perkhemahan akan diberikan. Sekian terima kasih."

"Seperti yang telah dimaklumkan, saya adalah ketua guru yang terlibat dalam aktiviti perkhemahan ini. Manakala, Cikgu Hazimah, Cikgu Azhar dan Cikgu Ibtisam akan mengaturkan segala perancangan kita di Dark Light Resort nanti dan bla bla bla..", kata Cikgu Huzaimi.

"Dalam perkhemahan ini, kita akan agihkan kepada kumpulan masing-masing. Senarai nama akan saya bacakan. Sebelum itu saya ingin memberitahu bahawa setiap kumpulan akan mempunyai 8 peserta."

"Kumpulan yang pertama... bla bla bla. Manakala kumpulan yang kedua Adib, Hazirah,Faris,Farisha,Nadia,Irsyad,Natasya dan Naqib."

"Yeay kita satu kumpulan!.",sorak Hazirah,Farisha,Nadia dan Natasya serentak tapi bukan bagi Adib dan Faris. Mereka saling membalas pandangan maut.
Adib P.O.V

"Cis! Faris satu kumpulan dengan aku! Tak boleh jadi ni. Aku dah buat plan yang gempak dah untuk Hazirah. Berkemungkinan boleh rosak rancangan aku kalau Faris gila tu ada. Aahh serabutnya."

Aku terlihat Faris sedang tersenyum sinis ke arahku sambil berjalan di belakang Hazirah.

"Aku kena halang diorang!.", kata Adib lalu berlari anak ke arah Hazirah.

End P.O.V

Setelah senarai kumpulan telah diagihkan, semua peserta bergegas naik ke dalam bas dan duduk di tempat masing-masing.

Ketika Hazirah ingin masuk ke dalam bas, tiba-tiba Adib datang menghampirinya sambil memberikan senyuman yang manis. Hazirah membalas senyuman Adib lalu mereka berjalan beriringan masuk ke dalam bas.

Akibat tempat penumpang yang sudah padat, Adib menawarkan Hazirah untuk duduk di sebelahnya. Hazirah akur lalu tempat disebelah Adib diduduki dan terus mengeluarkan airpodnya untuk mendengar lagu "Yang Terindah-Dakmie" iaitu salah satu lagu kegemarannya.

Adib memerhatikan setiap inci wajah gadis yang comel di hadapannya dengan mengharapkan cintanya tidak bertepuk sebelah tangan.

"Best sangat ke lagu yang dia dengar?!,sampaikan aku yang hensem pun dia tak pandang!."

Adib berdehem menyebabkan Hazirah agak sedikit terkejut.

"Hahahaha. Asal cuak sangat muka awak?",gelak Adib sambil memegang perutnya ketika melihat wajah cuak yang agak comel dihadapannya itu.

"Ish awak ni!." Hazirah mencebik tanda protes.

"Awak, jangan lah merajuk, kalau tak saya cium awak!."

"Gatal!!." Hazirah menyambung aktivitinya yang tergendala tadi tanpa menghiraukan Adib. Buat sakit hati aje.

"Awak...."
Hazirah mengeluh.

"Ye ada ape?."

"Saya nak dengar lagu kegemaran awak boleh?"

"Eh sure boleh. Nah!",kata Hazirah sambil menyerahkan salah satu Airpodnya kepada Adib.

Semenjak kau hadir
Dalam hidupku
Tiada lagi keresahan

Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga
Ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia

Hingga aku
Terasa indah...

"Ya Allah Hazirah! Saya tak sangka lagu kegemaran awak sama dengan saya."

"Awak saya ada idea.," kata Hazirah.

She's Mine!Where stories live. Discover now