SM 26

119 5 0
                                    

"Abang! Tengok apa sayang dapat ni!",jerit Hazirah lantang. Adib yang sedang memasak terkejut dengan jeritan isteri kesayangannya. Kepalanya digelengkan. Sejak berkahwin, Adib dah tahu semua perangai Hazirah. Asyik suka berkepit dengannya,suka bermanja, cengeng, kuat merajuk. Banyak lagi lah.

"Ye sayang, terkejut abang dengan suara monster tadi",usik Adib. Hazirah hanya menjeling suaminya tajam. Nasib sayang!

Hazirah menghulurkan kad jemputan yang dihantar kepada Adib. Adib hanya menyambut huluran tersebut.

What?! Adib memandang Hazirah bagai tidak percaya. Hazirah hanya menaikkan keningnya.

"Sayang... betullah ni Faris dah nak kawin? Jadi, selama ni tanggapan abang salah?",tanya Adib sambil menggigit kuku. Rasa bersalah menyelubungi dirinya ketika ini. Hazirah menyilangkan tangannya sambil menaikkan kening. Geram betul dengan sifat cemburu suaminya yang satu ni.

"Sayang dah bagitahu tapi abang tak dengar. Takkan lah Faris nak dekat sayang lagi. Hari tu, sayang ada ternampak dia dengan bakal isteri dia masuk butik pengantin. Time tu, sayang pergi lah tegur diorang. Abang nak tahu tak, bakal isteri Faris ayu sahaja bertudung. Sejuk hati sayang tengok",jelas Hazirah. Adib yang diselubungi rasa bersalah, menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Ye lah, hari tu Hazirah meminta izinnya untuk keluar lepak dengan Farisha. Tak sangka pula, lepas jer dia balik dari office, dia ternampak isterinya sedang berbual mesra dengan Faris. Siapa jer tak cemburu? 3 hari 2 malam jugak lah Adib merajuk. Jenuh si Hazirah nak memujuk.

Adib menggengam tangan Hazirah erat.
"Sayang... abang minta maaf sebab tuduh sayang macam-macam tanpa bukti. Maafkan abang eyh? Kalau sayang majuk, susah lah abang nak dapat twins", kata Adib sambil tersenyum nakal.

"Gatal punya suami!! Eeeee",kata Hazirah lalu perut Adib menjadi sasaran cubitannya.

"Sayang ni, makin agresif eyh sekarang. Takkan malu kot ngan abang? Bukan setakat pegang tangan astu peluk jer yang abang boleh buat. Lebih dari tu pun abang dah buat". Satu lagi cubitan hinggap di perut Adib.

Adib hanya tersenyum. Seronok mengenakan isterinya yang satu itu. Lalu tangannya ringan menyentuh perut kempis Hazirah. Dia berharap, akan ada benih yang tumbuh di dalam rahim isterinya.

Hazirah terkejut melihat aksi spontan Adib. Dia tersenyum tawar. Diorang bukan tak usaha, tapi rezeki belum sampai lagi. Kalau diikutkan perkahwinannya masih baru. Kebanyakan psangan mempunyai anak setelah setahun perkahwinan. Katanya nak spend time dengan pasangan masing-masing sebelum mempunyai anak. Perkahwinan yang sudah hampir tujuh bulan itu, tidak pernah mengurangkan perasaan cinta antara  mereka.

Hazirah tahu, walaupun Adib mengatakan dia tidak kisah sama ada mereka dikurniakan anak ataupun belum. Tapi jauh di sudut hati, suaminya itu berharap.

Dia mengusap rambut suaminya itu.Adib memandang isterinya sambil tersenyum penuh makna. Dihadiahkan kucupan hangat di dahi si isteri. Berdoa agar cinta mereka kekal hingga akhir hayat.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕
"Aku rasa dah cukup dah masa yang aku bagi untuk korang rasa bahagia. Sekarang ni, aku akan pastikan rancangan aku berjaya. Aku akan hancurkan rumah tangga korang dan jadikan Adib hak aku. Tak ada sesiapa boleh halang aku",kata Eirine.

Nenda yang mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Eirine terkaku. Keluhan berat di lepaskan. Dia sayang akan rumah tangga cucunya Adib. Dia akui, Hazirah mempunyai personaliti yang jauh lebih elok berbanding Eirine. Sikap Hazirah yang lembut membuatkan orang sekelilingnya selesa. Dia pun dah boleh terima Hazirah sebagai cucu menantunya.

Eirine... satu-satunya cucu kesayangannya merancang untuk musnahkan rumah tangga Adib. Dia pun harus terlibat sama.

Walaupun Eirine cucu kesayangannya, dia tahu dalam menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Dia tidak akan sama sekali berniat untuk memusnahkan masjid yang dibina Adib dan Hazirah. Tidak sama sekali!. Ingat Eirine sahaja yang ada rancangan? Nenda pun dah aturkan plannya sendiri.

She's Mine!Where stories live. Discover now