SM 16

50 6 5
                                    

"Ehem-ehem". Deheman tersebut menyentakkan Adib yang termenung di balkoni biliknya.

"Eyh Eirine, kenapa tak ketuk pintu?",kata Adib. Eirine tersenyum. Alahai, Eirine ni murah betul dengan senyuman.

"Sorry Adib, saya nampak pintu bilik awak terbuka je. Jadi saya masuk lah. Lagipun, nenda panggil awak turun kat bawah. Dia cakap ada benda yang nak dibincangkan",kata Eirine panjang lebar.Apelagi yang nenda suruh dia buat kali ni? Dia mengeluh.

"Ok, thanks Eirine",kata Adib sambil menayangkan senyuman manis ke arah Eirine. Jantung Eirine berdegup laju. Alahai jantung, kau memang tak leh berhenti berdegup ke setiap kali mamat ni senyum.

Adib mengatur langkah ke arah ruang tamu dan Eirine mengikutinya dari belakang. Ketika menuruni tangga, tiba ii kaki Eirine tidak seimbang.

"Arghhhh!",jerit Eirine sambil menutup mata. Apa nak jadi, jadi lah. Tiba-tiba dia terasa seperti ada satu tangan menyambutnya. Dia membuka matanya perlahan.

Jantungnya berdegup kencang. Betul ke ni? Crush dia sambut dia dari jatuh?

"Eirine, lain kali awak kena hati-hati. Kalau saya takde tadi, awak mesti dah masuk hospital",pesan Adib lembut. Eirine hanya terpaku di situ. Tanpa menghiraukan Eirine di belakang, Adib meneruskan langkahnya.

Tengku Eirine Nayla adalah sepupu Adib dan merangkap sebagai cucu kesayangan nenda.Ye lah, sebab dia paling cantik, sopan santun dan mempunyai perwatakan yang lembut. Ayah dan ibu Eirine meninggal ketika dia berusia 13 tahun lagi akibat kemalangan. Cuma Adib tidak suka akan perangainya yang gedik. Menyampah tul!

"Assalamualaikum nenda, kenapa nak jumpa Dib?",kata Adib. Nenda yang asyik membaca surat akhbar memandangnya lalu tersenyum. Tempat bersebelahan nenda, di duduki.

"Waalaikumusalam, Nenda nak cakap sikit pasal company yang kamu uruskan sekarang akan digantikan dengan seseorang",kata nenda.

"Tapi... kenapa pula nenda? Siapa yang akan gantikan Adib nanti? Selepas pembedahan Adib, nenda paksa Adib untuk uruskan company nenda. Lepastu senang-senang jer nenda gantikan dengan orang lain. Banyak usaha Adib untuk menaikkan company tu",kata Adib. Dia jelas kecewa dengan nendanya. Di sebabkan nendanya juga, sampai sekarang dia masih tidak boleh berjumpa dengan Hazirah. Apa yang nenda rancangkan sebenarnya?

Pelipisnya diurut. Arghh stress. Dia dah mulai selesa dengan company tu. Nenda suka hati jer gantikan dengan orang lain.

"Nenda ada sebab kenapa nenda buat macam tu. Adib ingat lagi kan wasiat yang diberi oleh atuk kamu?". Adib mengangguk. Mana mungkin dia lupa. Dia akan dijodohkan dengan satu-satunya puteri Dato Rushdan.

"Eyhh, puteri Dato Rushdan bukan ke Hazirah Umairah? Maksudnya...."

"Nenda benarkan kamu balik ke Malaysia dan cari bakal isteri kamu tu. Nenda hanya berikan kamu masa 5 bulan. Kalau masih tak jumpa, nenda akan nikahkan kamu dengan Tengku Eirine Nayla",terang nenda lagi. Mata Adib membulat manakala Eirine yang mendengar kata-kata nenda tersenyum lebar.

"Tapi nenda.. mustahil Adib boleh jumpa dia dalam masa 5 bulan?". Tak semudah itu untuk dia cari Hazirah dalam masa terdekat camtu. Kuala Lumpur bukannya kecil.

"Ok, kalau macamtu. Nenda bagi masa selama 1 tahun. Maknanya tahun depan, kamu nikah. Takde tunang-tunang ape semua". Adib lega. Akhirnya, dia boleh menjadikan Hazirah sebagai pasangan hidupnya.

"Urmm nenda, sebelum tu Adib nak tanya. Siapa yang akan gantikan Adib nanti?". Nenda tersenyum.

"Uwais". Adib tersentak. Sudah lama dia tidak berhubung dengan Uwais. Ni semua sebab nenda menyuruhnya untuk tukar nombor telefon.

"Kalau macam tu tak apa lah nenda, Adib nak pack baju dulu. Ticket flight untuk esok pagi kan?". Nenda hanya mengangguk. Adib menaiki lift untuk naik ke biliknya. Tadi, dia naik tangga sebab Eirine mengikutinya. Takkanlah nak duduk dalam lift. Macam-macam boleh jadi. Macamlah dia tak tahu apa rancangan Eirine. Nampak jer dia baik tapi perangainya yang sebenar hanya Adib yang tahu.

Setelah kelibat Adib hilang, Eirine mendekati nenda.

"Nenda... kalau Adib jumpa perempuan tu macam mana? Eirine still tak boleh kawin dengan dia nenda. Please nenda, tolong Eirine",pujuk Eirine beserta suara yang gedik. Nenda mengusap kepala Eirine.

"Tak apa Eirine, nanti nenda tolong Eirine dapatkan Adib eyh. Walau macam mana cara sekali pun, nenda akan jadikan Adib milik Eirine",kata nenda. Dia bertekad jika satu hari Adib dikahwinkan dengan perempuan tu. Dia tak teragak-agak untuk memusnahkan rumah tangga mereka. Eirine lebih layak daripada perempuan tak guna tu.

"Hehehe sayang nenda",kata Eirine sambil mencium kedua-dua belah pipi nenda.

"Kalau nenda tak boleh musnahkan kau! Aku akan pastikan kau musnah dalam genggaman aku sendiri Hazirah Umairah",desis hati Eirine.

Pada jam 10 malam, Eirine bersiap-siap untuk ke kelab malam dengan memakai pakaian paras lutut dan rambut yang teurai sehingga paras pinggang. Dia memerhati segenap inci rumah tersebut. Nampaknya semua dah tidur. Good.

Dia mencapai iphone 7 plus lalu punat call ditekan.

"Hello baby! I baru keluar rumah ni. Kita jumpa nanti eyh. I miss u so bad",kata Eirine dengan suara manja.

"Hello sayang, cepat sikit tau! I miss u a lot babe. See you",kata Jemy. Eirine tersenyum lebar. Jemy adalah anak jutawan yang terkenal. Disebabkan itu, Eirine cuba rapat dengannya semata-mata kerana wang dan harta. Dasar pisau cukur!

Adib yang ingin mengatur langkah ke dapur terhenti apabila melihat kelibat seseorang. Siapa lagi kalau bukan Eirine.

"Bila kau nak berubah Eirine? Kalau nenda tahu perangai kau yang sebenar, mesti dia dah tak mengaku yang kau cucu dia. Depan nenda kemain lagi kau, pijak semut pun tak mati. Sampai nenda pun mati-mati percayakan kau."

She's Mine!Where stories live. Discover now