Setelah Hazirah pulang ke rumah,dia terus menanggalkan contact lens yang menutupi mata biru lautnya lalu diletakkan di atas meja solek. Selepas itu, dia bergegas menuju ke bilik air untuk mandi dan ambil air wuduk.
Sejurus selesai solat asar, Hazirah merebahkan dirinya ke atas katil Queen yang berada di tengah-tengah ruangan biliknya.
"Akhirnya aku boleh tidur di atas tilam empuk ni! Penat betul hari ni, siap sekali dengan pakej bebelan percuma dari Cikgu Huzaimi lagi. Harap muka jer hensem tapi dia punya garangnya macam singa hilang anak!. Haishh, tak baik mengutuk cikgu nanti tak berkat belajar. Astaughfirullah.",bebel Hazirah seorang diri. Dah macam orang gila pula Hazirah ni. Jangan ditiru sikap Hazirah tu!
"Kalaulah Adib tahu identiti aku yang sebenar, apa riaksi dia eh?,"omel Hazirah perlahan.
Nama sebenar Hazirah adalah Hazirah Umairah binti Dato Rushdan. Ya, dia adalah anak kepada pengurus syarikat yang terbesar di Malaysia. Dia tidak suka apabila selalu diterjah oleh wartawan kehulur kehilir. Baginya, wartawan itu akan memberi bala yang besar kepadanya.Oleh sebab itu, dia menyorokkan identitinya supaya tidak dikenali.
Dia menutup mata biru lautnya menggunakan contact lens, memakai cermin mata yang besar dan menampal tahi lalat palsu di mukanya sama seperti budak nerd. Mesti korang pelikkan macam mana pula dengan rumah Hazirah yang Adib selalu ambil dia pergi dan pulang sekolah? Sebenarnya, itu adalah rumah atuk dan nenek Hazirah. Hampir setiap hari Hazirah akan pergi ke rumah neneknya untuk menghantar bekalan makanan.
Dia juga sudah biasa memanggil atuk dan neneknya sebagai ibu dan abah. Ok sambung.
Sedang asyik Hazirah mengelamun, dia mendapati ada notification Whatsapp yang masuk.
Ting..
Hazirah mengambil oppo A7 miliknya lalu tersenyum melihat gerangan yang mengechatnya.Adib🙈
Errrrrmm awak...Me💞
Assalamualaikum, ada apa awak chat saya?Adib🙈
Hehe waalaikumusalam. Sindir nampak🙃. Saya chat awak sebab nak bagitahu something...Me💞
Errr apa yang awak nak bagitahu?Adib🙈
Date dengan saya.Belum sempat Hazirah membalas mesej tersebut, serta merta mesej tadi di delete oleh Adib. Dia tersenyum nakal.
Me💞
Eleh terus terang je lah yang awak nak keluar date dengan saya😂Adib🙈
Awak tak marah ke? Actually saya nak awak temankan saya belikan barang untuk perkhemahan lusa. Boleh tak?Me💞
Kita dah banyak kali keluar date. So saya dah terbiasa. Eleh sebabtu jer? No hal lah. Lagipun saya nak beli juga.Adib🙈
Ok kalau macam tu, lepas zohor saya ambil awak dekat rumah awak.Me💞
Aii aii kapten.Hazirah menutup telefonnya, lalu memandang sekilas jam yang tergantung di dinding menunjukkan jam 12:30 pagi. Dia harus bersiap awal untuk pergi ke rumah neneknya.
Tok..
"Siapa tu?.""Cik, datuk dan datin panggil makan tengahari dekat bawah."
"Baik lah Mak Jah. Nanti saya turun."
Setelah selesai mandi, Hazirah turun ke ruangan makan keluarga lalu mengambil tempat di sebelah bondanya."Sedapnye ayam masak merah!! My favourite.",kata Hazirah teruja.
"Sayang, cepat duduk, kita makan sama-sama.",kata Datin Husna iaitu ibu kandung Hazirah.
YOU ARE READING
She's Mine!
RomanceTidak semua kisah terlahir dengan sebuah keindahan. Segala pahit getir sebuah perhubungan tidak akan lari dari halangan dan cabaran yang menanti. Masih adakah hati yang terluka? Atau pengakhiran kisah mereka berakhir dengan kemusnahan? Adakah masih...