Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa. Hazirah fokus menyalin formula yang diberikan oleh cikgu Salim. Memandangkan markah matematiknya tidaklah begitu cemerlang. Dia akan pastikan keputusan SPM nya baik.
Manakala Uwais asyik memandang wajah gadis disisinya itu. Baru sahaja dia bertemu gadis itu, jantungnya mengepam darah. Adakah dia sudah jatuh cinta? Dia menggelengkan kepalanya.
"Aku buat ni atas amanah Adib, aku tak boleh suka Hazirah", desis hati Uwais.
Hazirah perasan Uwais asyik memerhati segenap inci wajahnya itu. Cara Uwais menyerupai Adib. Dia sangat rindukan kekasih hatinya itu. Andai saja Adib tidak meninggalkannya, pasti ayat manis yang selalu meniti keluar dari bibir lelaki itu.
"Saya rindukan awak Adib. Walau bertahun lamanya awak pergi, saya tetap tunggu awak",omel Hazirah.
Loceng rehat berbunyi menandakan sudah masuknya waktu rehat.
Hazirah mengeluarkan dompet miliknya lalu duit RM5 dicapai. Sebenarnya dia tidak ada selera sama sekali sejak Adib pergi.Tetapi dia kesian melihatkan wajah Farisha yang begitu bimbang tentang kondisinya. Dia akur.Lagipun Farisha tidak boleh menemaninya hari ini kerana ada urusan di perpustakaan. Berehat seorang diri je lah hari ni.
Semasa dalam perjalanan ke kantin...
"Hazirahh". Mendengar akan suara yang memanggilnya. Dia memalingkan kepalanya ke belakang.
Hazirah hanya melemparkan senyuman manis kepada jejaka tersebut.
"Hazirah, jom rehat dengan aku.. aku belanja kau", ajak Faris kepada Hazirah. Sejak Adib pergi, Faris yang selalu menemani Hazirah jika gadis itu keseorangan. Dia yang selalu ada memberi semangat kepada Hazirah.
"Aku takkan sia-siakan peluang yang ada. Aku kena pikat hati Hazirah memandangkan Adib sudah pergi. Makin banyak lah peluang aku",omel Faris di dalam hati.
"Eyh Faris, janganlah belanja saya. Hampir setiap hari awak belanja saya. Saya rasa saya membebankan awak",balas Hazirah. Faris cepat-cepat menggeleng. Dia tidak peduli akan apa yang dikatakan Hazirah.
"Aku tak kira, aku tetap nak belanja kau juga. Jom ikut aku.Biar aku yang orderkan makanan untuk kau. Hmmm kau nak nasi ayam dengan air milo kan?". Dia sudah menghafal semua yang disukai gadis itu.
"Ye.. awak nih, saya rasa bersalah pula". Faris mengeluh.
"Ya Allah kau ni, tak apa lah. Kalau ikutkan hati aku, setiap hari, setiap jam, setiap minit,setiap saat aku nak kau ada dengan aku. Aku nak belanja kau. Aku tak kesah pasal duit ke apa. Asalkan kau happy Hazirah. Dah-dah, jangan banyak cakap.. sekarang nih kau pergi duduk dekat meja depan sana. Aku nak orderkan makanan". Hazirah akur.
"Faris". Seorang lelaki yang kacak, popular, baikk dan selalu mengambil berat tentang dirinya. Lama kelamaan, dia berasa selesa dengan kehadiran Faris. Tetapi dalam tak sedar, dia masih tidak boleh melupakan Adib. Entah apa yang dilakukan Adib sekarang. Makan ke belum?, Sihat ke?. Dia hanya mampu mengirim doa supaya Adib sihat di sana.
Rantai yang diberikan Adib dipandang sekilas. Jujur, dia masih merindukan lelaki pertama yang sudah mencuri hatinya. Setitik demi setitik air matanya jatuh. Entah ke berapa ratus kali dia menangis.
Faris dan Hazirah sedang asyik bergelak tawa sambil menjamu selera. Entah apa yang diborakkan pun tak tahu lah.
Tanpa mereka perasan, ada satu pasang mata memerhati mereka dari jauh.
Uwais mengingat kembali apa yang pernah di katakan oleh Adib kepadanya.Flashback...
"Uwais aku nak pesan dekat kau. Kau tolong jauhkan Hazirah daripada lelaki yang bernama Faris. Aku nak kau lindungi dia daripada lelaki tu.""Baiklah Adib. Tapi kan, kenapa kau nak aku jauhkan Hazirah daripada lelaki tu?",tanya Uwais masih keliru. Adib mengeluh.
"Dulu aku pernah berjanji dengan Faris. The best man will win."
Berkerut dahi Uwais cuma mentafsir apa yang diperkatakan sahabatnya itu.
Adib yang seakan faham dengan riaksi Uwais mengeluh."Sebenarnya aku dengan Faris tu musuh. And satu hari aku dan dia dah berjanji akan dapatkan hati Hazirah. Bila aku dah dapatkan Hazirah, aku dah tak nampak kelibat dia lagi. Manalah tahu seandainya aku pergi kat sana nanti, dia ambil peluang untuk dapatkan balik Hazirah. Kau tolong jauhkan Faris daripada Hazirah eyh",terang Adib panjang lebar.
Uwais hanya mengangguk.
End flashback...
Kata-kata Adib terngiang-ngiang di benak fikirannya. Dia harus mengambil perhatian Faris. Tapi macam mana eyh?
Setelah lama berfikir, akhirnya satu idea bernas muncul.Dia menghampiri mereka berdua dan kerusi kosong dihadapan Hazirah diduduki.
Faris dan Hazirah terkejut. Ye lah, gila ke tak terkejut. Korang bayangkan tengah syok korang berbual tiba-tiba ada makhluk mana entah datang mengacau.
Faris menjeling ke arah Uwais yang asyik memandang wajah Hazirah.
"Uwais, apa awak buat kat sini? Hmm dah makan ke belum?",tanya Hazirah. Ye lah, takkan dia nak duduk diam jer.
"Saya pandang awak pun dah buat saya kenyang. Kalau macam ni, baik saya pandang awak setiap hari. Kenyang pun dapat, menikmati ciptaan Allah di depan mata pun dapat",kata Uwais. Entah mengapa Hazirah merasakan perangai Uwais mirip dengan Adib. Suka melontarkan ayat-ayat manis.
Hazirah hanya tersenyum. Manakala Faris panas hati melihat adegan yang berlaku di depannya.
"Aaah aku dah ada pesaing baru! Tak guna!",desis hati Faris.
Tiba-tiba Faris menyampuk.
"Takpe lah, korang borak lah dulu ye. Aku nak pergi tandas",kata Faris. Daripada dia melihat drama yang menyakitkan hati tu, baik dia bla."Kau tunggu Uwais. Dulu pesaing aku Adib sekarang kau pula! We"ll see siapa yang dapat Hazirah dulu."
Uwais tersenyum sinis lalu menghantar pemergian Faris dengan ekor matanya sahaja. Dia tahu lelaki itu panas hati tapi apa dia kesah?.
"Jahat nau kau nih Uwais",kata author. Eyh author pun nak masuk jugak tau.
"Eyh suka ati aku lah. Kau menyibuk apahal? Dah-dah sambung balik cerita nih."
"Takpe-takpe, tunggu nasib kau."
"Ade aku kesah?."
"Ok jom sambung."
Apa lagi peluang dah ada depan mata. Takkan nak sia-siakan. Uwais terus mencari topik perbualan sehinggalah waktu rehat tamat.
YOU ARE READING
She's Mine!
RomanceTidak semua kisah terlahir dengan sebuah keindahan. Segala pahit getir sebuah perhubungan tidak akan lari dari halangan dan cabaran yang menanti. Masih adakah hati yang terluka? Atau pengakhiran kisah mereka berakhir dengan kemusnahan? Adakah masih...