Part ni author fokuskan untuk watak si Faris ni ok. Enjoy it!
🥨🥨🥨🥨🥨🥨🥨🥨🥨🥨🥨🥨🥨🥨🥨Nafas berat dilepaskan. Sejak dia berpindah ke Melaka, fikirannya kian kusut.
"Arghhh kenapa mama aku paksa aku kawin dengan orang yang aku tak kenal! Dah lah janda anak satu pula tu. Entah anak tu anak luar nikah.",omel Faris sendirian.
Flashback!
"Mama tak kira! Mama nak hujung bulan ni, Faris kahwin dengan pilihan mama. Calon isteri kamu tu baik orangnyer. Manis sahaja bertudung",kata Tengku Fatma.Faris hanya tersenyum sinis.
"Mama nak Faris jagakan anak perempuan orang sedangkan diri Faris pun tak terurus lagi ma! Nak-nak pula dia tu janda. Entah-entah saja jer minta simpati mama. Pakai pakaian bertutup likup sebab nak alih perhatian mama",kata Faris besertakan senyuman sinis
"Faris! Mama tak pernah ajar kamu cakap macam orang tak ada agama macam ni. Mama tak kira, Faris kena kahwin juga. Kalau tak mama tak teragak-agak untuk rampas kad kredit, kereta dan rumah kamu! Muktamad".
End flashback
Dia meraup rambutnya kasar. Brander biliknya itu ditutup. Kunci kereta yang berada di atas meja dicapai.
Ketika berada di traficlight, Faris memberhentikan keretanya apabila melihat lampu isyarat bewarna merah. Dia mengalihkan pandangannya keluar tingkap. Hobi Faris sekarang adalah mengelamun. Entah bila wujud hobi barunya ini.
Pep!!
Bunyi hon kereta menyentakkan lamunan Faris. Matanya terus teralih ke arah lampu isyarat yang berada di depannya. Astaughfirullah! Dah lampu hijau.Dia terus menekan pedal minyak.
"Kau ni Faris! Tu lah mengelamun lagi",desis hati Faris.
Taman permainan yang berdekatan kawasan perumahan maksu nya disinggah. Faris keluar daripada perut kereta lalu membetulkan bajunya. Tak lupa juga cermin mata hitam yang selalu dibawanya kemana-mana. Poyo aah!
Tempat duduk yang berada tidak jauh dari gelongsor diduduki. Keluhan berat dilepaskan.
Senyuman dibibirnya terukir apabila memandangkan kanak-kanak yang sedang gembira bermain.
"Kan best kalau aku jadi budak-budak balik. Tak payah fikir apa-apa dah. Asyik main dan berseronok"
Tiba-tiba matanya terarah kepada sosok gadis yang begitu manis bertudung. Dari sisi, dia dapat lihat senyuman gadis itu. Omaigod! Ada lesung pipit. Faris menanggalkan spek mata hitam miliknya untuk melihat wajah gadis itu dengan lebih jelas.
"Aikk! Mana perempuan tu?"
"Ehem-ehem!". Deheman tersebut menyentakkan Faris. Siapa pula yang tegur dia ni.
Kepalanya dialihkan ke arah gerangan yang berdehem tadi. Alangkah terkejutnya dia!
"Encik kenapa dari tadi asyik pandang saya? Saya cungkil juga biji mata encik ni! Mesti dalam fikiran encik.. ada benda mengarut je kan",seloroh gadis itu. Faris hanya menjeling gadis dihadapannya ini. Manis bertudung tapi mulut macam longkang. Nasib cantik!
"Excuse me! Yang cik adik ni perasan sangat kenapa? Ingat kau ni cantik sangat? Not my taste at all". Eleyh Faris, dalam hati cakap lain. Luar cakap lain.
"Eyhh dah jelas-jelas saya nampak encik mengendap saya tadi",kata gadis itu tidak mahu kalah. Ni lah perempuan, masalah kecil pun diorang memperbesarkan.
Faris mengurut pelipisnya. Dia dah lah tengah bermasalah sekarang ni. Tiba-tiba perempuan ni pula bawa lagi satu masalah.
Tanpa berkata apa-apa, Faris bangun dari tempat duduknya lalu masuk ke dalam kereta Porche miliknya. Pandangan tajam gadis itu tidak dihiraukan.
YOU ARE READING
She's Mine!
RomanceTidak semua kisah terlahir dengan sebuah keindahan. Segala pahit getir sebuah perhubungan tidak akan lari dari halangan dan cabaran yang menanti. Masih adakah hati yang terluka? Atau pengakhiran kisah mereka berakhir dengan kemusnahan? Adakah masih...