SM 18

75 7 0
                                    

Mata mereka bertembung?!

Air mata Hazirah mengalir tanpa henti. Nasib ada Farisya yang cuba menenangkan Hazirah. Manakala Uwais yang baru keluar dari tandas terpana melihat aksi di depannya.

"Hazirah". Hanya satu perkataan keluar dari mulut Adib. Melihat air mata Hazirah jatuh membuatkan jantungnya berdetak. Dari dulu lagi, kelemahannya adalah seorang gadis yang bernama Hazirah Umairah.

Lantas Adib mendekati Hazirah. Hazirah yang menangis teresak-esak dalam pelukan Farisya  tidak sedar akan kehadiran Adib.

"Hazirah",panggil Adib. Hazirah memalingkan wajahnya ke arah Adib. Wajah ini yang dirindui dan dinantinya dari dulu. Dua tahun amat memeritkan baginya.

"Hazirah, saya rindukan awak. Awak tahu tak dua tahun saya terseksa dekat sana. Setiap hari, nama awak sahaja yang muncul dalam ingatan saya Hazirah dan finally wajah satu-satunya gadis yang saya cintai ada di depan mata saya",kata Adib sambil menahan air matanya dari keluar.

"Adib... saya rindukan awak juga. Walau sejauh mana pun awak pergi, saya tetap tunggu awak Adib dan akhirnya penantian saya tak sia-sia",kata Hazirah. Adib menyeka air mata gadis itu. Alahai! Menangis pun comel.

Uwais yang mendengar kata-kata Hazirah menunduk. Dia sedih kerana tak lama lagi dia akan hilang Hazirah dalam hidupnya. Tapi dalam pada masa yang sama, dia bahagia melihat Adib dan Hazirah. Semoga berkekalan hingga ke Jannah.

Uwais melangkah keluar dari cafe tersebut. Telefon iphone X miliknya di keluarkan lalu nombor nenda di tekan.

"Assalamualaikum nenda. Bila Uwais akan bertolak ke sana?",tanya Uwais.

"Waalaikumusalam Uwais, minggu depan sayang. Rindunya nenda dekat cucu nenda ni". Uwais hanya tersenyum.

"Uwais pun rindu nenda. Nenda, Uwais nak minta percepatkan boleh? Esok Uwais bertolak pergi sana". Uwais tekad. Dia harus pergi jauh dari sini demi kebahagiaan Hazirah dan Adib. Ini sahaja jalan yang terbaik untuk pulihkan hatinya yang hampir sepenuhnya terluka.

Selepas sahaja panggilan ditamatkan, Uwais menghidupkan enjin keretanya.

Uwais mengemas semua pakaiannya lalu dimasukkan ke dalam laguage. Tak lupa juga gambarnya bersama Hazirah. Segala memorinya bersama Hazirah terlayar kembali. Air mata Uwais tidak lagi dapat di bendung. Dia menangis sepuas-puasnya dan melepaskan segala kesakitan yang dia rasa. Pengorbanan itu sangat menyakitkan.

Tiba-tiba dia mendapat panggilan daripada Adib.

"Woii bro! Kau kat mana?",sergah Adib. Yer lah,habis jer buat drama dengan Hazirah tadi, terus bayangan Uwais hilang. Dia pergi cari Uwais dekat tandas. Tapi tak jumpa.

Uwais berdehem bagi menghilangkan rasa sedihnya.

"Sorry Adib, nenda call aku tadi. Aku kena cepat-cepat pergi sana memandangkan syarikat nenda tak ada siapa yang nak ambil alih. Esok aku bertolak dekat sana",kata Uwais. Adib pelik. Bukan ke nenda cakap, minggu depan Uwais akan bertolak ke sana.

"U.. uwais bukan ke kau kena...". Belum sempat Adib menghabiskan ayatnya, uwais terus menamatkan panggilan.

Hazirah yang melihat riak wajah Adib berasa hairan.
"Awak... macam mana?",tanya Hazirah. Adib tersenyum lalu mengusap kepala Hazirah yang berlapik tudung itu. Cantiknya.

"Tak ada apa lah, esk Uwais dah bertolak ke UK. Dia kena ambil alih syarikat nenda dekat sana",kata Adib. Hazirah terkejut mendengar berita tersebut. Dia tidak sempat berterima kasih kepada Uwais. Hatinya berbagi. Dia sudah mulai suka dan cinta akan Uwais. Tapi semuanya musnah bila Adib ada di depan matanya.

"Sayang, jom balik! Dah lewat ni". Hazirah akur.

"Amboii korang sejak dipertemukan balik. Dah lupa dah kat aku ngan Farisya",kata Irsyad. Mana tak bengang, dia rasa macam dia tak wujud sahaja di situ.

"Haah, betul tu. Biy, jomlah balik. Biarkan diorang ni dating puas-puas". Hazirah dan Adib hanya tergelak.

"Eleyh nak merajuk konon. Dah-dah tadi kau kata nak date dengan Farisya? Kau dah lupa ke Irsyad oii."

"Eyh ye tak ye juga, sayang jom dating. Just two of us",kata Irsyad sambil tersenyum manis. Woii Irsyad, kau tak nampak ke Farisya dah cair tu.

"Dah-dah, aku nak hantar Hazirah dekat rumah dia".

Setelah sampai di rumah, pelbagai soalan muncul di benak fikirannya. Macam mana Adib tahu rumahnya yang sebenar? Setahu dia, identitinya masih belum di ketahui Adib. Daddynya juga memberikan layanan mesra sahaja kepada Adib seolah-olah sudah lama kenal. Apa yang terjadi sebenarnya? Ada apa-apa ke yang disorokkan Adib kepadanya.

Tanpa membuang masa, Hazirah mengambil tuala yang tergantung dan menuju ke bilik mandi.

Setelah selesai mandi, Hazirah turun ke dapur lalu memasak makanan kegemaran daddy. Memandangkan pembantu rumahnya mengambil cuti panjang atas faktor kesihatan, semuanya diuruskan oleh Hazirah. Lagipun dia hanya perlu masak malam sahaja. Mummy dan daddy selalunya balik untuk dinner. Lepastu diorang terus naik ke bilik untuk rehat.

Lauk ayam masak merah dan peria goreng di hidangkan di atas meja.

"Anak mummy masak ape ni sayang?",sergah mummy sambil memeluk Hazirah.

"Masak lauk favourite daddy lah. Mummy, daddy mana?."

"Daddy pergi tandas kejap. Nanti dia turun lah tu". Sedang asyik Hazirah berbual dengan mummy, tiba-tiba daddy muncul. Terkejut diorang dibuatnya.

"Queen dengan Princess daddy ni membawang pasal apa ni?".

"Tak de apa-apa pun. Dah lama Hazirah tak borak dengan mummy. Jom makan". Hazirah mencedokkan nasi putih ke dalam pinggan.

"Sedapnya princess papa masak. Dah boleh kawin dah ni",kata daddy sambil tergelak.

Hazirah hanya menjeling.
"Sayang, abang nak tanya. Macam mana perjanjian nenek moyang kita dulu?",tanya daddy. Hazirah menjongketkan keningnya. Perjanjian apa ni?

"Insyaallah, nenda cakap tahun depan",kata mummy. Daddy hanya menyambung suapannya. Hazirah memandang mereka pelik.

"Daddy, perjanjian apa ni?". Daddy dan mummy memandang wajah anak gadis kesayangan mereka itu silih berganti.

"Nanti princess akan tahu juga",jawab daddy tenang.

Hazirah masuk ke biliknya untuk menunaikan solat maghrib.

"Ya allah ya tuhanku. Kau ampunilah segala dosa-dosaku. Kau ampunilah kedua-dua ibu bapa ku ya allah. Kau rahmatilah hidup kami. Kau kurniakanlah sebaik-baik pembimbing untukku. Sesungguhnya aku adalah hamba yang hina dan keji di sisi mu ya Allah. Aminn",doa Hazirah.

Setelah selesai, Hazirah melipat sejadah dan telekungnya lalu diletakkan di atas meja. Novel yang bertajuk "Hanya kau yang ku cintai" di capai.

Tiba-tiba deringan telefon miliknya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Perlahan-lahan Whatsapp ditekan dan senyuman lebar keluar dari bibirnya.

She's Mine!Where stories live. Discover now