Hazirah terbangun dari mimpinya itu. Dia dah tahu jawapan yang harus dia berikan kepada daddy.
Sejurus selesai menyediakan sarapan, Hazirah memberitahu daddy dan mummynya untuk berkumpul di ruang tamu.
"Anak daddy, dah ada jawapan untuk tu?",tanya daddy. Hazirah hanya mengganguk. Dia tahu itu adalah keputusan yang terbaik.
"Zirah dah solat istikharah semalam dan Allah dah bagi Zirah jawapan tu daddy..". Hati daddy berdegup kencang. Dia redho andai wasiat itu bukan jawapan solat istikharah anaknya.Siapa dapat menghalang takdir yang ditetapkan Allah? Kalau dia terima wasiat itu sekalipun, takdir tetap tidak menyebelahkannya.
"Zirah setuju". Hanya dua patah perkataan itu mampu menceriakan hati tua daddy dan mummynya.
"Alhamdulillah",kata daddy dan mummy lantas memeluk satu-satunya anak perempuan mereka. Hazirah tahu pasti kedua-dua ibu bapanya gembira sekarang. Mereka adalah orang yang paling penting dalam hidupnya. Tanpa mummy and daddy, dia tidak akan membesar sebegini. Apalah sangat pengorbanannya ini berbanding kedua ibu bapanya.
Cuma ada satu lagi perkara yang bermain difikirannya. Macam mana dia nak bagitahu Adib nanti? Dia tidak mahu menyakitkan hati Adib. Lelaki yang dia cintai sepenuh hatinya. Fikirannya kusut. Macam mana riaksi Adib nanti bila dapat tahu yang dia akan berkahwin? Ya Allah, sungguh dia tak sanggup. Tapi apakan daya, jawapan dari solat istikharahnya itu adalah yang terbaik.
Walau macam mana sekalipun, dia harus memberitahu Adib. Dia tekad.
"Awak, saya nak jumpa awak dekat kafe yang selalu kita pergi". Punat send ditekan.
"Ok.. saya otw",balas Adib.
Dia memakai blouse hitam dengan tudung bawal putih dan mencalit sedikit lipbalm pada bibirnya yang sedia merah itu.
Lalu, dia terus mencapai handbag yang tergantung lantas menghidupkan enjin keretanya.
Hampir 10 minit dia menunggu, tetapi kelibat Adib masih tidak terlihat. Sedang dia asyik mengelamun...
"Sayang",sapa Adib. Hazirah mengalihkan pandangannya menghadap Adib. Ya Allah, adakah masih ada senyumannya nanti? Adakah Adib akan menjauhkan diri daripadanya setelah dapat tahu perkara yang sebenar? Hazirah hanya memejamkan mata. Walaubagaimana sekalipun, dia harus menerimanya.
Panggilan Adib tidak disahut oleh Hazirah. Ya, dia tahu apa yang difikirkan Hazirah. Lantas dia duduk di kerusi berhadapan gadis itu.
"Just tell me what are you thinking about",kata Adib. Hazirah menarik nafasnya sedalam yang mungkin.
"Adib, saya nak kita putus",kata Hazirah. Adib hanya tersenyum. Dia tahu amat berat bagi Hazirah. Tapi dalam satu masa yang sama dia bangga.
"Kalau macam tu, saya redha! Mungkin awak bukan jodoh saya. Lagipun tak lama lagi saya akan berkahwin dengan pilihan keluarga saya". Kata Adib mengundang kemarahan Hazirah. Jika lelaki itu sudah ingin berkahwin, mengapa Adib tetap bersama denggannya? Ataupun dia sekarang sedang dipermainkan?
"Kenapa awak tak bagitahu saya Adib? Awak.. awak permainkan saya selama ni?",tanya Hazirah. Adib memandang wajah gadis itu. Air mata Hazirah tumpah lagi. Sakit hatinya melihat Hazirah menangis.
"Saya janji saya akan bahagiakan awak Hazirah Umairah",desis hati Adib.
Tanpa menjawab soalan yang di ajukan Hazirah, Adib terus bangun lalu melangkah keluar dari kafe tersebut.
Hazirah terpinga seorang diri di situ. Air matanya tidak berhenti mengalir. Ya Allah, andai ini takdirku. Aku terima dengan hati yang terbuka.
Jawapan istikharah itu menyedarkan dia. Adib tidak ditakdirkan untuknya. Kalau dia tidak membuat keputusan untuk solat istikharah, pasti kelak hatinya akan semakin terluka kerana Adib juga akan berkahwin tak lama lagi. Betapa perit dugaannya ini. Bertuah siapa yang jadi isteri Adib.
Adib yang baru pulang ke rumah, mengambil keputusan untuk berehat di dalam bilik. Fikirannya bercelaru. Ya Allah, kenapa aku buat Hazirah macam tu?
"Tapi takpe sayang, nanti suatu hari sayang akan dapat jawapannya. Disaat itu juga, abang janji abang akan bahagiakan sayang dan melindungi masjid yang kita bina bersama-sama",omel Adib sendirian. Biarlah ini jadi satu teka teki kepada Hazirah. Tidak sabar dia menunggu hari perkahwinan mereka.
YOU ARE READING
She's Mine!
RomanceTidak semua kisah terlahir dengan sebuah keindahan. Segala pahit getir sebuah perhubungan tidak akan lari dari halangan dan cabaran yang menanti. Masih adakah hati yang terluka? Atau pengakhiran kisah mereka berakhir dengan kemusnahan? Adakah masih...