SM 24

171 7 0
                                    

Pemandangan di kota London agak lenggang sedikit. Biaselahh musim cuti kan. Ramai penduduk dari Malaysia bertolak balik ke kampung halaman masing-masing. Uwais yang asyik membelek dokumen-dokumen untuk Syarikat Ridam Holdings mulai serabut.

"Arghhh! Banyak tawaran dari syarikat luar masuk. Macam mana aku nak buat pilihan ni",kata Uwais sambil mengeluh.

Semua prestasi yang ditunjukkan oleh syarikat-syarikat luar semuanya amat memberangsangkan. Idea yang dikeluarkan semunya menarik perhatiannya. Tapi satu jer yang susah. Membuat pilihan.

Uwais mengemas segala dokumen-dokumennya lalu disusun rapi di dalam rak. Pening kepalanya untuk membuat keputusan. Rehat pun tak cukup. Ye lah, kertas kerja melambung.

Dia duduk di kerusi pejabatnya sambil menikmati pemandangan kota London yang tersergam indah di hadapannya sekarang ini. Rindunya dia akan kampung halamannya di Malaysia. Tubuhnya menggeliat sedikit.

Iphonenya dibuka lalu gambar perkahwinan Adib dan Hazirah ditatap penuh kekecewaan. Tetapi senyuman manis tetap terlakar di bibirnya.

"Semoga korang bahagia hingga ke jannah",omel Uwais sendirian.

Bunyi ketukan pintu menyentakkan Uwais. Lalu cepat-cepat iphonennya ditutup. Uwais hanya memandang gerangan itu dengan pandangan menyampah.

"Sorry boss. Saya dah halang dia tapi dia degil",kata Qistina a.k.a PA Uwais.

"Tak apa Qistina. Awak boleh sambung kerja awak balik". Qistina hanya mengangguk lalu duduk di tempatnya.

Qistina sempat memberikan jelingan maut kepada Jasmine. Tetapi Jasmine hanya melemparkan senyuman sinis.

"Sayang! Jom keluar lunch. I miss you so bad",kata Jasmine lalu memeluk tubuh sasa Uwais dari belakang. Uwais menggengam tangganya.

"Eyyy kau ni kenapa ha?! Sentuh-sentuh aku. Kau lah perempuan jijik pernah aku jumpa. Sekarang ni bila aku dah kaya kau datang balik eyh kat aku. Wah im impressed",kata Uwais panjang lebar sambil memberikan tepukan disertai dengan senyumannya yang sinis itu.

Kata-kata Uwais menyebabkan mulut Jasmine memuncung. Lelaki di hadapannya ini kalau tak buat dia sakit hati memang tak sah. Kalau ikutkan mahu sahaja dia rampas semua harta yang Uwais ada. Tapi tak boleh, dia kena dapatkan Uwais dulu.

Werkkk...
Uwais memandang Jasmine dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Kenapa pula perempuan tu muntah.

"Eyhh kau kenapa Jasmine",tanya Uwais. Tapi Jasmine hanya menggelengkan kepalanya.

"Tak ada apa-apa pun. Biasalah alahan orang mengandung",kata-kata Jasmine mengejutkan Uwais.

"I mengandung anak you Uwais". Uwais menggengam penumbuknya. Bila masa aku tiduri dia. Nak menipu pun agak-agaklah.

Pang...
Pipi Jasmine di tampar kuat. Jasmine memegang pipinya yang berpijar itu sambil memandang Uwais dengan riak wajah yang terkejut.

"Sampai hati you buat I macam ni kan Uwais. Atas apa yang you buat kat I, macam tu jer you lepas tangan. I nak you bertanggungjawab",kata-kata Jasmine membuatkan Uwais tertawa. Bodohnya kau ni Jasmine.

"Bukti".

Satu perkataan itu jelas membuatkan Jasmine menelan air liurnya. Tu lah padahnya bila menipu.

"Errrr kalau you tak percaya.. esok i akan tunjuk bukti tu",kata Jasmine. Harap-harap Uwais percaya.

Tapi sangkaannya meleset.
"Kenapa kau tak bagitahu jer hari ni. Ouhh aku tahu! Kau mesti nk amik gambar dengan jantan lain lepastu kau nak edit kan? How stupid you are",kata Uwais. Jasmine mengetap bibirnya. Kenapa Uwais boleh membaca fikirannya.

"Takpe Uwais. Aku tahu kau takkan percayakan aku. Tapi aku akan buat family kau percaya dekat aku. Just wait n see Mr Uwais",desis hati Jasmine.

"I akan buat hidup you kucar kacir lepasni Uwais",kata Jasmine.Tanpa berbasa-basi, Jasmine mengambil handbagnya lalu berjalan keluar daripada pejabat Uwais.

Uwais hanya tersenyum sinis. Dia dah lama tahu rancangan Jasmine ni. Tak habis-habis nak dapatkan harta dia.
🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭
"Sayang, open your eyes",kata Adib. Hazirah perlahan-lahan membuka matanya.

What?!
Alangkah terkejutnya dia apabila memandang rumah banglo besar yang tersergam indah di hadapannya sekarang ini.

Dia terus memeluk Adib. Rumah ini rumah yang diidamkan dia dari dulu. Pernah juga dia curi-curi pandang rumah itu. Dia suka dekorasi halaman rumah tersebut. Sangat cantik baginya.

"Abang beli rumah ni sebab dulu time waktu sekolah, abang selalu tengok sayang usya rumah ni dan abang ambil keputusan untuk beli rumah ni dengan harapan abang akan tinggal dekat rumah ni with you",kata Adib sambil mencuit hidung mancung milik isterinya.

"Abang, thanks buat semua ni untuk sayang". Pelukannya masih belum di lepaskan. Biarlah dia menikmati kebahagiaannya bersama Adib.

"Sayang, jom masuk". Hazirah hanya mengangguk. Adib menyuruh Hazirah untuk masuk terlebih dahulu kerana dia mahu mengangkat barang-barang mereka.

Hazirah terlompat-lompat keterujaan setelah memasuki rumah tersebut. Cantiknya macam istana! Adib hanya menggelengkan kepala melihat gelagat isterinya itu.

"Sayang, kalau gembira pun. Jangan lah sampai terlompat-lompat. Kalau jatuh macam mana",kata Adib lembut. Adib mencapai tangan isterinya lalu membawa Hazirah menuju ke bilik mereka di tingkat 3.

Langkah mereka di atur menuju ke lift. Mulut Hazirah ternganga. Ada lift! Seronok bukan kepalang si Hazirah ni.

"Here we are!", kata Adib sambil tersenyum manis. Dia harap Hazirah suka dengan dekorasi yang dia buat. Hampir seminggu dia ambil masa untuk decorate bilik ni. Selepas jer balik dari kerja, dia terus singgah ke rumah ni untuk menghias apa yang patut. Untuk isterinya juga.

Dinding yang di cat marble itu dipandang tanpa berkelip. Lalu, mata Hazirah terarah pula ke arah katil king yang besar di hadapannya. Ya Allah sungguh cantik. Kakinya pula melangkah ke arah brander bilik mereka. Cantiknya pemandangan!

"Abang yang hias semua ni. Sayang suka tak?",tanya Adib. Pinggang Hazirah dirangkul lalu pipi isterinya itu dicium lembut.

"Suka! Abang, kenapa abang buat semua ni untuk sayang?",tanya Hazirah. Adib tersenyum.

"Siapa kata abang buat semua ni untuk sayang?". Dia sahaja ingin mengusik isterinya itu.

Serta merta riak wajah Hazirah berubah. Tetapi apabila dia menyedari Adib sedang menggelakkannya, bibir Hazirah memuncung lalu kedua-dua tangganya memeluk tubuh. Dijeling suaminya yang suka mengusik itu.

"Abang nak turun bawah, ambil apa yang patut",kata Adib. Hazirah memandang wajah suaminya yang kacak itu. Alahaii kenapa aku dapat suami yang hot ni?

"Sayang nak tolong abang. Please", kata Hazirah sambil mengenyitkan matanya. Adib hanya menggelengkan kepalanya. Bermaksud "tak boleh". Hazirah hanya menjeling suaminya itu.

Dia merebahkan dirinya di atas katil lalu perlahan-lahan matanya terpejam. Adib yang sudah siap mengangkat beg pakaian mereka menghampiri isterinya yang sedang ketiduran. Dielus lembut pipi isterinya itu.

Bahagia. Perkataan itu selalu terucap dalam hatinya. Betapa bahagianya dia memiliki Hazirah. Satu-satunya gadis yang dicintainya bertahun-tahun dulu dan sehingga sekarang tidak pernah kurang rasa cintanya kepada Hazirah. Sleep well sayang.

Dia menuju ke bilik air untuk mandi. Badannya juga sudah melekit.

Hazirah yang enak dibuai mimpi tersentak apabila mendengar suara suaminya itu.

"Sayang abang lupa nak ambil baju dan kain tuala. Tolong ambilkan untuk abang",jerit Adib. Hazirah menggosokkan matanya. Lalu laguage Adib dibuka.

"Abang, buka pintu. Sayang nak bagi baju dan kain tuala ni",kata Hazirah.

"Abang ouhh abang". Panggil Hazirah buat kali ke dua. Dahinya berkerut. Aikkk, betul ke suami aku ni minta ambilkan baju ngan kain tuala. Ke aku mengigau lagi ni.

Terus ditampar-tampar pipinya itu. Sakit!
Tiba-tiba ada tangan menariknya. Siapa lagi kalau bukan suaminya yang tercinta.

"Abang!!",jerit Hazirah kuat. Adib hanya tergelak. Comel betul isterinya ini.

She's Mine!Where stories live. Discover now