Sudah hampir 3 bulan Adib meninggalkannya tanpa sebarang khabar dan berkali-kali juga dia mesej Adib tapi satu pun tidak terbalas.
Dia termenung seorang diri di brander biliknya. Satu keluhan berat dilepaskan.
"Adib, mana awak pergi? Awak tahu kan yang saya rindukan awak. Kenapa awak tak reply mesej saya?",omel Hazirah sendirian sambil memandang ke arah rantai yang diberi oleh Adib.
Sedang asyik dia termenung..
"Cik, ada orang nak jumpa. Katanya dia kawan sekelas cik. Dia dah ada dekat bawah",kata salah seorang pembantu di rumahnya. Ya,sejak ketiadaan Adib, Hazirah jarang melawat ibu dan abah disana. Dia tak mahu biodatanya terbongkar.
Hazirah hanya mengangguk. "Baiklah bik, nanti saya turun. Bik, tetamu tu lelaki ke perempuan?",tanya Hazirah.
"Lelaki cik".Hazirah menyarungkan tudung yang bewarna grey dan menuju ke ruang tamu.
"Siapa yang tahu alamat rumah ni? Farisha pun tak tahu.. jangan-jangan Faris. Aku rasa tak. Haishhh",desis hati Hazirah.
Uwais P.O.V
"Aku nak buat ape ni.. boringnya."Tiba-tiba deringan telefon miliknya berbunyi. Butang hijau ditekan."Hello bro, so macam mana sekolah? Ok ke tak?",tanya Adib. Uwais menggelengkan kepala. Teruk sangat kawan aku ni. Bagi salam pun tak.
"Assalamualaikum. Kau ni nak kena dengan aku ke ha? Salam tak ade! Ingat sikit kau tu islam. Eyy kalau kau ada dengan aku sekarang, lama dah aku ketuk-ketuk kepala kau tuh",bebel Uwais. Adib hanya ketawa.
"Waalaikumusalam. Alah bro, relaks lah. Jawablah soalan aku tuh. Aku rindu gila dekat dia, macam mana keadaan dia?",tanya Adib sekilas.
"Awek kau tu kuat termenung, kurang bercakap. Tapi serius aku cakap, awek kau perghhh cantik weyh. Terpukau aku tengok. Hahahaha",usik Uwais.
"Kau jangan macam-macam eyh! Aku tumbuk kau kang. By the way, Faris ada kacau dia tak?".
"Ada! Tapi nasib baik kawan kau ni bijak. Aku pergi lah halang diorang",terang Uwais. Tergelak Uwais mengingatkan kejadian itu. Muka Faris yang bengang sumpah kelakar.
"Nanti aku send location rumah Hazirah dekat kau! Apa-apa perkembangan kau bagitahu aku. Aku ada appoiment doktor. Nanti aku call kau balik."
Uwais terus bersiap untuk pergi ke rumah Hazirah.
Dia bercadang mahu mengajak Hazirah untuk membeli buku latihan dan nota ringkas.End P.O.V
Terkejut Hazirah melihat seseorang yang dikenalinya itu. Uwais!"Macam mana dia tahu alamat aku ni! Habis lah aku, terpaksa lah jugak bagitahu dia hmmm."
Uwais yang perasan akan kelibat Hazirah terpana.
Cantiknya!."Setiap hari pandang pun takpa. Tapi, omg! Mata dia warna biru. Kenapa kat sekolah aku tak nampak? And kenapa Adib tak pernah bagitahu aku sebelum ni",desis hati Uwais.
Iya, Hazirah tahu dia lupa memakai contact lens untuk menutupi matanya.Tapi apa dia kesah. Lagipun rahsia ni akan terbongkar jugak satu hari nanti.
"Uwais, awak buat apa dekat sini?",tanya Hazirah.
Tergelak Hazirah melihat muka Uwais yang merona merah. Malu mungkin. Tapi cute!"Err.. saya nak ajak awak pergi mall. Cari buku latihan dan nota ringkas. Boleh kan? Lagipun saya tak ada kawan dekat sini".
"Haaa, tunggu kejap eyh. Saya nak bersiap". Uwais hanya mengangguk. Matanya memerhati segenap inci rumah Hazirah. Susunan perabot yang diukir sangat cantik dipandang mata.
YOU ARE READING
She's Mine!
عاطفيةTidak semua kisah terlahir dengan sebuah keindahan. Segala pahit getir sebuah perhubungan tidak akan lari dari halangan dan cabaran yang menanti. Masih adakah hati yang terluka? Atau pengakhiran kisah mereka berakhir dengan kemusnahan? Adakah masih...