"Erghhhhh!",jerit Adib. Dia tidak hiraukan pandangan orang awam yang berada di pantai itu. Sekarang ini, dia mahu menenangkan fikirannya. Tapi dia tak boleh. Setiap saat,minit,jam.. bayangan Hazirah sentiasa ada di fikirannya.
Dia rindukan gadis itu dan satu-satunya masa yang sesuai untuk bertemu adalah ketika hari perkahwinan mereka nanti. Kalau boleh, dia nak minta restu papa dan mama untuk mempercepatkan tarikh pernikahan mereka tanpa bertunang. Ya, dia harus lakukan itu. Nanti makin sarat lah rasa rindu dia dekat gadisnya yang seorang itu.
Datin Husna dan Dato Rushdan khuatir akan kondisi anak tunggal mereka . Selepas sahaja pulang ke rumah semalam, Datin Husna mendapati mata anak gadisnya itu sembap. Mungkin asyik menangis. Hidung gadis itu juga merah. Anak kesayangannya itu asyik berkurung dalam bilik sejak kelmarin. Sudah puas dipujuknya untuk makan. Tapi satu pun tak jalan.
"Kenapa awak buat saya macam ni Adib? Kenapa awak mempermainkan saya? Saya benci awak!!",teriak Hazirah. Keadaannya sekarang sudah tak terurus. Dia tak kesah. Apa nak jadi sekalipun. Dia akan cuba melupakan Adib. Mana mungkin dia boleh melupakan kenangan mereka. Tapi, dia tidak seharusnya menyimpan perasaan ke atas bakal suami orang.
Tiba-tiba deringan telefon Hazirah berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Dia mencapai telefonnya. Dahinya berkerut.
"Aikk, siapa dia ni? Tiba-tiba jer mesej aku",omel Hazirah sendirian.
Unknown
Assalamualaikum awak...Me
Urmm waalaikumusalam. Awak ni siapa? Macam mana dapat nombor telefon saya?Unknown
Saya, tunang awak. Muhammad. Saya dapat dari uncle Rushdan.Me
OuhhFuture husband💍
Pasal baju perkahwinan kita nanti.. mama saya dah uruskan semuanya. Esok awak kena pergi fitting baju.Me
Ouhhh thanks Muhammad. Errr awak ikut saya juga ke esok?Future Husband💍
Sorry again dear. Saya tak boleh teman awak esok sebab ada banyak perkara nak diuruskan. Sayang, please call me abang. Kita practice dulu slow-slow. Nanti kahwin senang.Adib tergelak. Mesti Hazirah sedang mengutuknya sekarang ini.
"Ishh mamat ni! Tak kahwin lagi kan?! Buat apa aku nak panggil kau abang. Menyampah betul aku",omel Hazirah.
Me
Its ok. I've got to go bye.
Hazirah mengoffkan data telefonnya itu. Sekarang, dia tidak mahu sesiapa menganggunya.Selepas mendapat mesej dari bakal suaminya itu. Hadir perasaan aneh pada Hazirah. Mengapa dia rasa selesa dengan lelaki itu walaupun hanya sekejap mereka berbual. Erghh dia buntu.
Pada malam itu, Hazirah turun ke bawah untuk makan. Perutnya dari tadi berbunyi meminta diisi. Dari kelmarin lagi dia tak makan.
Dia membuka kabinet dapur. Malangnya barang dapur dah habis. Just tinggal sebungkus maggie kari jer. Ambil jer lah. Lagipun dah lapar sangat ni.
Hazirah menghidupkan dapur, dia memotong bawang putih, bawang besar beserta bawang merah untuk ditumis. Setelah itu dia masukkan sebiji telur diikuti dengan mi dan perencah.
Hazirah menuangkan maggie tersebut ke dalam mangkuk dan air mineral sejuk dikeluarkan dari dalam peti.
Mata Hazirah terpejam menikmati makanan yang dimasaknya tadi. Sedapnyaa!
Sedang asyik dia menikmati makanan kegemarannya. Dia disergah oleh seseorang.
"Woiii! Baru sekarang kau nak turun ha?". Mendengar akan suara yang dikenalinya, Hazirah terus mengalihkan pandangannya ke arah lelaki tersebut.
"Irdan Rindunya aku kat kau! Lama dah tak jumpa. Bila kau balik",sapa Hazirah ceria. Dia rindu akan sepupunya itu. Irdan hanya tersenyum. Alahai makin cantik kau Hazirah.
"Tu lah! Kau asyik berkurung jer dalam bilik. Aku datang pun kau tak tahu. Aku baru balik tadi. Lepas je majlis nikah kau, aku kena uruskan company baru dekat Bali tu. Kau ni muram je.Patutnya bakal pengantin kita ni kena lah happy-happy. Minggu depan kau dah nak kawin tau! So, senyum lah sikit",pujuk Irdan. Ya, dia tahu sepupu kesayangannya itu sedang bersedih.
"Muhammad dah bagitahu aku yang dia tak dapat nak teman kau. So, aku merelakan diri aku untuk teman Hazirah Umairah yang cantik ni",kata Irdan mengundang ketawa besar Hazirah.
"Tak pernah-pernah kau puji aku cantik sebelum ni",kata Hazirah. Irdan hanya menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.
"Dah-dah kau habiskan maggie tu. Lepastu naik atas tidur. Esok tepat pukul 8, aku teman kau pergi fitting baju". Hazirah hanya akur. Lagipun dia sudah penat menangis. Matanya pun sudah sembap. Hidungnya juga dah tersumbat akibat kuat sangat menangis.
Keesokkan harinya,
"Hazirah Umairah!! Bangun! Ish kau ni kan, kau nak aku robohkan pintu bilik kau ke ha?",teriak Irdan dari luar bilik Hazirah. Geram betul dia. Banyak kali dia ketuk tapi gadis itu masih lena dibuai mimpi. Tidur mati!
Hazirah menggeliat. Terkejut dia bila mendengar teriakkan Irdan. Aduii habislah aku. Mesti kena bebel nanti. Selepas sahaja solat subuh, terus dia sambung tidur. Badannya lenguh. Macam nak demam pun ada.
Hazirah menyarungkan tuala ke atas kepalanya. Tombol pintu dipulas. Lalu, muncullah wajah Irdan yang kemerah-merahan. Dia tahu, Irdan tengah marahkan dia sekarang ni.Lucu!
"Hahahahaha",gelak Hazirah. Irdan hanya memandang tajam ke arah Hazirah. Eyyy, membazir air liur aku jer membebel tadi. Tanpa menghiraukan Hazirah,Irdan mengatur langkahnya turun ke rumah tamu. Tapi sebelum itu, sempat dia memberikan jelingan padu kepada Hazirah.
Hazirah apa lagi. Bantai gelak lah.
Tanpa melengahkan masa, Hazirah masuk ke bilik air untuk mandi. Dia hanya mengenakan t-shirt lengan panjang bewarna coklat besertakan skirt labuh bewarna coklat muda dan dipadankan juga dengan tudung bawal bewarna hitam.
Irdan menunggu Hazirah di dalam kereta. Lambat betul perempuan ni bersiap.
"Dah siap",kata Hazirah. Lantas seat di sebelah Irdan diduduki.
"Weyhh Zirah! Sempat lagi an kau tidur dalam kereta. Cepat turun, kita dah sampai",kejut Irdan. Apa nak jadilah dengan sepupunya yang seorang ini.
"Ye-ye sabarlah. Aku tertidur sebab letih sangat". Hazirah mengatur keluar dari kereta Irdan lalu melangkah masuk ke dalam butik.
Mata Hazirah seakan terpana melihat kecantikan corak dan hiasan butik tersebut.
"Tumpang tanya, ni cik Hazirah kan?",sapa salah satu pekerja butik tersebut. Hazirah hanya mengangguk. Matanya tidak lepas memerhatikan seluruh butik tersebut. Mesti mahal.
Dia dan Irdan diminta menunggu di ruangan tetamu sementara pekerja tersebut mengambil baju pengantin milik Hazirah yang sepenuhnya di dekorasikan oleh bakal ibu mertuanya.
"Nah, ini baju cik. Bilik persalinan dekat depan sana". Hazirah mengambil baju pengantin tersebut lalu menuju ke arah bilik persalinan.
Setelah memakai pakaian tersebut, Hazirah memandang dirinya yang berada di depan cermin. Cantiknya baju ni! Baju itu terletak elok di badannya. Manik di baju itu juga tidak ketara. Senyuman Hazirah melebar. Inilah baju pengantin idamannya.
Irdan terpaku melihat kecantikan yang dimiliki Hazirah. Cantik gila!
Setelah selesai fitting baju, Irdan mengajak Hazirah untuk menemaninya makan di mall. Apa-apa jer lah Irdan. Asalkan kau bahagia.
Banyak perihal yang dibualkan oleh Hazirah dan Irdan di kedai makan tersebut sehingga kemesraan mereka diperhati seseorang.
"Hazirah, soon you"ll be mine. Cantik awak dalam pakaian pengantin tadi",omel Adib sendirian. Ya, Adib juga ada dibutik tersebut ketika itu. Ingat Hazirah je ke yang kena fitting baju? Dia pun sama. Wajah Hazirah memakai baju pengantin tersebut terngiang di fikirannya. Cantik!
YOU ARE READING
She's Mine!
RomanceTidak semua kisah terlahir dengan sebuah keindahan. Segala pahit getir sebuah perhubungan tidak akan lari dari halangan dan cabaran yang menanti. Masih adakah hati yang terluka? Atau pengakhiran kisah mereka berakhir dengan kemusnahan? Adakah masih...