Selepas bunyi loceng yang menandakan waktu pembelajaran tamat. Semua pelajar berpusu-pusu keluar daripada kawasan sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing. Tapi bukan bagi Ayden. Ayden harus memastikan semua pelajar pulang, barulah tugasnya selesai.
Ketika dia meronda di kawasan sekolah, dia ternampak seorang gadis berada di Taman. Gadis itu pernah membuatkan hatinya bergelora. Siapa lagi kalau bukan Ayra. Gadis yang pernah diselamatkan olehnya di mall beberapa hari yang lepas. Tanpa berlengah, dia berjalan menghampiri Ayra, namun kehadirannya tidak disambut kerana Ayra sibuk menilik bunga ros yang mekar dihadapannya.
Dia tersenyum melihat gadis didepannya. Walaupun dipandang hina oleh rakan dan orang sekeliling, gadis tersebut selalu tabah dan murah dengan senyuman. Aydentidak pernah berjumpa seorang gadis seperti Ayra kerana gadis tersebut mempunyai sifat lemah-lembut, selalu menjaga batas pergaulan dan memakai pakaian yang menutup aurat. Dia akui gadis dihadapannya amat sempurna di mata lelaki sepertinya. Dia bertekad untuk melindungi gadis tersebut sampai di akhir hayatnya.
"Assalamualaikum Ayra, saya ni Ayden .Kenapa awak tak balik lagi?."Setelah mendengar teguran Ayden, Ayra memalingkan wajahnya mengahadap jejaka tersebut. Dia hairan kenapa dirinya amat tertarik dengan mata hazel milik Ayden.
"Erm Waalaikumusalam. Saya tak tahu nak minta tolong siapa. Nak minta tolong Farisha dia kata dia tak dapat tolong sebab ada emergency. Begini, lepas saya keluar daripada kawasan sekolah ,saya nampak kedua-dua tayar basikal saya pancit. Kalau nak berjalan kaki, ambil masa 30 minit baru sampai. Saya penat sebab tu saya ambil kesempatan untuk duduk dekat taman ni kejap. Dapatlah tenangkan hati saya."
"Ooh. Awak nak saya hantarkan? Awak jangan risau bukan saya dan awak jer ada dalam kereta nanti."
"Habistu siapa?."
"Mama dan papa saya ada mengupah seorang driver untuk menghantar saya pergi dan pulang ke sekolah."
"Saya ok jer, cuma saya ni macam menyusahkan awak je. Saya serba salah lah."
"Nak tak nak awak kena ikut juga saya, kalau tak saya tinggalkan awak seorang diri dalam sekolah ni. Awak nak?." Lantas Ayra menggelengkan kepalanya.
"Kalau tak nak cepat ikut saya lagipun cuaca dah nak hujan ni. Kalau awak demam boringlah saya sebab tak ada peneman."
"Macam-macam lah awak ni. Hari ni baru hari first saya dekat sekolah ni. Dah-dah saya nak balik, nanti risau pula ibu dan abah saya. Tapi basikal saya macam mana?." Ayra tidak tahu kenapa hatinya tengah berbunga-bunga ketika ini.
"Ok jom. Btw basikal awak saya minta tolong personal assistant saya uruskan. Esok saya hantar dekat rumah awak. Tapi dengan satu syarat."
"Terima kasih Ayden. Ermmm apa syaratnya?."
"Esok saya yang akan hantarkan awak ke sekolah. So get ready sebab saya tak suka orang yang tak tepati masa. Pukul 6:30 saya datang ambil awak. No excuses." Ayra akur lalu mengganguk tanda setuju dengan cadangan Ayden. Ayden masih dengan lagak coolnya tapi dalam hati terasa ingin menjerit kegembiraan.Tiba-tiba satu senyuman terbit dari bibirnya.
Keesokkan harinya, ketika Ayra sibuk bersiap. Dia disergah oleh panggilan neneknya.
"Ayra ada orang datang ni, katanya mahu hantarkan kamu pergi ke sekolah. Cepat turun sebab dia dah tunggu tu."
"Ye mak. Kejap, Ayra nak betulkan tudung ni."
"Cepat sikit. Kesian bakal cucu menantu mak tunggu kat luar tu." Ayra meneguk air liur kerana terkejut akan kata-kata neneknya tadi. Tanpa menghiraukan neneknya, dia turun kebawah lalu mencapai sekeping roti bakar dan terus menyalami tangan nenek dan atuknya. Sebelum pergi, ibunya berbisik sesuatu yang menyebabkan Ayra terpana.
YOU ARE READING
She's Mine!
RomanceTidak semua kisah terlahir dengan sebuah keindahan. Segala pahit getir sebuah perhubungan tidak akan lari dari halangan dan cabaran yang menanti. Masih adakah hati yang terluka? Atau pengakhiran kisah mereka berakhir dengan kemusnahan? Adakah masih...