SM 23

52 6 0
                                    

Adib sudah buntu. Dari tadi lagi dia cuba memujuk isterinya itu, tapi satu pun tak jalan. Ni kes sebab dia bagitahu apa yang dah jadi lah ni. Aduiiii.

"Sayang, open up the door for me please. Sayang, sorry lah",pujuk Adib di hadapan pintu bilik mereka. Nampaknya takde can lah dia tidur dengan Hazirah malam ni. Nasib kau lah Adib. First night berlalu begitu sahaja.

"Sayang, kalau tak mau abang masuk, tolong bagi bantal dan selimut. Abang nak tidur luar. Sayang rest lah dulu",kata Adib. Tetapi tiada sahutan.

"Urmm memang tidur luar lah aku malam ni",desis hati Adib.

Belum sempat dia ingin mengetuk pintu, muncul lah wajah isterinya yang dah muncung sedepa tu. Eyyyy comel!

"Sayang... mana bantal dan selimut?",soal Adib. Dalam hati dah bersorak gembira. Dia tahu Hazirah takkan biarkan dia tidur luar sorang-sorang.

"Abang, sorry sebab buat abang macam tu tadi. Maafkan sayang",kata Hazirah sambil mencium kedua-dua belah tangan Adib. Isteri jenis apa dia ni, membiarkan suaminya di luar sedangkan dia berseronok kat atas katil.

Dalam islam pun mengajar, untuk menghormati dan menyayangi suami. Lagipun syurga si isteri terletak di telapak kaki suami. Dia bukan lagi di bawah tanggungan daddy dan mummynya. Tetapi sekarang dia di bawah jagaan Adib. Suaminya yang sah.

"Alolololo comel jer isteri abang merajuk. Cepatlah sayang, tak nak ajak abang masuk ke? Malam ni kan first night",kata Adib lalu tersenyum nakal. Hazirah menelan air liurnya kasar dan mukanya juga sudah merona merah menahan malu. Adib ni kan! Memang saja nak tengok dia blushing.

Nasib dia bendera merah hari ni. Fuhhh!

"A...abang masuk lahhh",kata Hazirah. Adib apa lagi terus masuk ke dalam bilik lalu membaringkan dirinya di atas katil. Jelas terlakar keterujaan Adib.Alahaii macam budak-budak. Hazirah menggelengkan kepala. Macam mana lah kalau ada anak nanti. Eyhh jauh nau kau fikir Hazirah!

"Sayang... cepatlah baring sebelah abang". Adib menepuk-nepuk ruangan kosong disebelahnya. Hazirah tersenyum lalu dengan senang hati mengambil kedudukan di sebelah suaminya itu.

Tertutup mata Adib menikmati haruman lavender dari rambut Hazirah. Adib hampir terbuai. Perlahan-lahan di pegang rambut Hazirah lalu diciumnya.

"Sayang tak nak babies ke?",tanya Adib dengan suara menggoda. Dia sahaja mahu mengusik isterinya itu. Isterinya itu, tidak boleh diusik sikit terus blushing. Comel!

Hazirah membiarkan soalan yang diajukan Adib kepadanya. Aduii malu weyh! Tanpa disedari, Adib tersenyum nakal lalu perlahan-lahan bergerak menghampiri Hazirah.

Hazirah menutup matanya serapat yang mungkin. Apa lah yang Adib nak buat kali ini. Ni lah padahnya bila kena kahwin mengejut. Nak-nak pulak dengan orang yang kita sayang dan cinta. Memang ambil kesempatan dalam kesempitan lah gamaknya.

Tiba-tiba Hazirah terdengar gelakan yang kuat daripada Adib. Perlahan-lahan dibuka matanya. Hazirah bercekak pinggang.

"Amboii, sampai berguling eyh kau gelakkan aku. Haishhh nasib suami",desis hati Hazirah.

"Abang ni kan!",jerit Hazirah. Eeee suaminya ni memang nak makan penumbuk agaknya. Dia ingat apa lah tadi. Rupanya Adib sahaja ingin mengusiknya. Bertuah punya suami.

Lalu Hazirah menghadiahkan beberapa cubitan di bahu kanan Adib.

"Aduhhh sayang, maafkan abang",adu Adib sambil menggosok bahunya. Berbisa juga cubitan Hazirah. Kalau macam ni, susah lah nak usik buah hatinya yang seorang itu. Cepat melenting.

Hazirah memberi jelingan maut kepada Adib lalu perlahan-lahan menarik comforter dan melelapkan matanya. Adib menggaru kepalanya yang tidak gatal.Kuat benar isterinya yang satu itu merajuk.

She's Mine!Where stories live. Discover now