"Kepada semua pelajar, cikgu dah sedia maklum bahawa aktiviti pertama pada hari ini adalah ToD(True or Dare). Cikgu akan menerangkan serba sedikit tentang cara permainan. Ketua kumpulan haruslah mengambil botol mineral kosong yang telah
disediakan oleh para guru dan memusingkan botol tersebut and bla....""Adib, kau pergi ambilkan botol mineral cepat", arah Irsyad kepada sahabatnya itu.
"Ye-ye sabar lah aku nak ambil dah ni. Kau ni tak menyempat betul",omel Adib.
Hazirah dan Farisya menggelengkan kepala melihat aksi yang berlaku di depan mereka. Macam budak-budak.
Semasa Adib ingin menyerahkan botol mineral tersebut kepada Irsyad, kepalanya mula berpinar-pinar."Ya allah Adib! Pucatnya muka kau.",kata Irsyad sambil memegang kedua-dua belah bahu Adib yang hampir jatuh.
Setelah Irsyad membawa Adib ke khemah, dia terus memanggil Hazirah.
"Hazirah... Adib hampir pengsan tadi. Aku tengok muka dia pucat gila.",kata Irsyad tercungap-cungap mengambil nafas. Hazirah yang asyik berborak dengan Farisha terus berpaling ke arah Irsyad. Air matanya hampir jatuh.
Tanpa membalas kata-kata Irsyad, dia terus berlari menuju ke khemah dimana Adib ditempatkan.
"Awak...". Sayu Hazirah melihatkan keadaan Adib yang pucat dan tidak bermaya. Dia menghampiri Adib. Kepala Adib diusap lembut sehingga Hazirah terbuai dalam mimpi.
Beberapa minit kemudian...
"Huk-huk". Hazirah yang tertidur di sebelah Adib terbangun.
"Awak, awak dah ok. Kalau awak demam, kenapa awak masih nak teruskan aktiviti perkhemahan ha?",bebel Hazirah. Tanpa disedari pipinya sudah dibasahi oleh air mata. Adib memandang gadis yg dicintainya dengan pandangan sayu.
"Aku baru pengsan sikit dia dah nangis. Kalau aku dah tak ada nanti macam mana? Ya Allah kau permudahkanlah urusanku ya Allah. Kau pertemukan kami seandainya aku masih diberi peluang untuk hidup ya Allah".
"Awak jangan nangis macam ni. Saya tak suka tengok awak nangis",kata Adib. Dia tidak sanggup melihat air mata gadis itu jatuh walaupun setitik.
"Macam mana saya tak nangis bila tengok keadaan awak macam ni? Awak sakit ke Adib? Semenjak dua menjak ni saya asyik tengok awak batuk, muka awak pucat. Kalau ada apa-apa jangan rahsiakan dekat saya Adib",rayu Hazirah. Adib mengeluh, macam mana dia nak bagitahu Hazirah hal yang sebenar.
"Awak jangan risaukan saya. Saya ok lah. Awak.. pandang saya sekarang. Tengok mata saya dalam-dalam". Tanpa berlengah Hazirah memandang tepat ke arah anak mata Adib. Wajah Adib dipandang sayu.
"Kalau saya dah tak ada nanti. Janji dengan saya, awak akan jaga diri awak elok-elok. Kalau kita berpisah, saya dah tak boleh tengok-tengokkan awak lagi. Saya tak boleh lindungi awak lagi. Saya tak sanggup tengok awak nangis macam ni.",kata Adib sambil menundukkan kepalanya. Dia tidak sanggup melihat Hazirah yang menangis teresak-esak di hadapannya.
"Kenapa awak cakap macam ni Adib. Awak nak tinggalkan saya ke? Saya pandai jaga diri saya sendiri tanpa bantuan awak. Tapi awak kena tahu satu perkara. Saya tak akan berpisah dengan awak. Saya sayangkan awak. Hati saya hanya untuk awak Adib, saya tak akan bukakan hati saya untuk sesiapa. Saya tetap akan tunggu awak. Janji dengan saya jangan tinggalkan saya?". Adib mengeluh.
"Ya allah! Macam mana aku nak janji sedangkan aku tetap akan tinggalkan dia?"
Adib hanya diam membisu. Dia tidak membalas apa yang diperkatakan oleh Hazirah.
"Hmm awak.. tolong ambilkan air. Saya dahaga",pinta Adib kepada Hazirah. Hazirah akur.
**************************************************
3 bulan kemudian...
Farisya risau melihat keadaan sahabatnya yang asyik termenung sejak kebelakangan ini. Dia mengatur langkah untuk mendekati Hazirah.
YOU ARE READING
She's Mine!
RomanceTidak semua kisah terlahir dengan sebuah keindahan. Segala pahit getir sebuah perhubungan tidak akan lari dari halangan dan cabaran yang menanti. Masih adakah hati yang terluka? Atau pengakhiran kisah mereka berakhir dengan kemusnahan? Adakah masih...