SM 2

142 13 1
                                    

Saat yang ditunggu oleh semua pelajar sudah tiba. Setelah sebulan bercuti, bermulalah hari pertama persekolahan.

Ayra P.O.V

Hari ni hari pertama aku di sekolah elit. Atas permintaan kedua-dua orang tua aku, aku terpaksa meninggalkan sekolah lamaku tetapi dalam satu masa, aku juga bersyukur kerana Farisha pun belajar di sekolah tersebut. Tak silap aku nama sekolah tersebut Sekolah The Golden Piece (author bagi nama ikut kepala hotak aje😀). Aku diluluskan masuk ke sekolah tersebut bergantung hanya pada biasiswa.

Aku tersedar dari lena pada jam 6:30. Aku bangun lalu menyiapkan diri dengan memakai baju seragam sekolah.

Setelah selesai, Ayra pergi ke dapur untuk menikmati sarapan yang disediakan. Tiba-tiba idea bernasnya muncul. Dia menghampiri neneknya yang sedang mencuci pinggan lalu...

Baaa...
"Woi anak pak Leman jatuh tangga", latah si nenek.Ayra ketawa terbahak-bahak sambil memegang perutnya dek kerana kuat menahan tawa.

"Ayra apa kamu buat ni, kalau ibu ada sakit jantung macam mana? Eyy kamu ni, ibu pukul dengan senduk atas kepala kamu baru tau." Ayra senyum seperti kerang busuk sambil menggaru tengkuknya yang tidak gatal.

Ayra menghampiri ruangan meja makan yang terdapat Nasi Goreng Kampung sebagai sarapan. "Ibu sedapnya bau. Eh sebelum tu, abah mana ibu?."

"Abah kamu macam biasa lah, pagi-pagi ni dia berborak dengan jiran sebelah."

"Ooh." Tanpa melengahkan masa, Ayra menghabiskan sarapannya. Apabila selesai, dia menyalami tangan neneknya.

"Cucu ibu belajar rajin-rajin eh, banggakan mama dan papa kamu",Kata nenek Ayra sambil mengucup dahi anaknya.

"Bailklah ibu. Ayra janji akan belajar bersungguh-sungguh." Ayra menyarungkan kasut hitamnya lalu mengambil basikal di belakang rumah. Dia mengayuh basikal untuk pergi ke sekolah tersebut.

Selang beberapa minit masa yang diambil untuk sampai ke sekolah tersebut, Ayra terpegun melihat betapa besarnya sekolah tersebut dengan dekorasi yang bertemakan emas. Semua nampak menarik di matanya. Dia memasuki sekolah tersebut lalu pejabat sekolah dituju.

End P.O.V

"Ayra!", Ayra terdengar suara orang memanggil namanya. Dia terus menoleh kebelakang untuk melihat siapakah gerangan tersebut.

"Eh Farisha, boleh tak kau tunjukkan aku dekat mana pejabat. Aku tak biasa lagi lah dengan tempat ni, dah lah besar."

"Ok boleh-boleh jom ikut aku. Sekolah elit memang diantara sekolah terbesar."

"Ok kita dah sampai, kau masuklah nanti aku tunggu!"

"Assalamualaikum cikgu, saya Ayra pelajar baru dekat sekolah ni. Boleh tak saya tahu dekat mana kelas yang saya akan duduki?."

"Waalaikumusalam ooh Ayra. Saya guru kelas kamu, kelas kamu adalah kelas 5 Emerald. Jom ikut saya."

"Weyh Ayra kau kelas apa?."
"Aku kelas 5 Emerald. Kau pula?"
"Yeay kita sekelas."
"Ooh ye ke, mujurlah aku ada kawan."

Ayra mengikuti langkah guru kelasnya.

"Selamat pagi class, hari ni cikgu nak memperkenalkan pelajar baru di kelas ini. Ayra masuk. Sila perkenalkan diri awak."

"Nama saya Ayra Humaira binti Mohd Rushdan. Saya harap korang sudi berkawan dengan saya." Setelah memperkenalkan diri, Ayra terdengar kata-kata rakan sekelasnya.

"Ni mesti budak yang dapat masuk sebab ada biasiswa."

"Euww jijik lah aku dengan perempuan tu. Dah lah pakai cermin mata besar."

She's Mine!Where stories live. Discover now