SM 13

50 6 0
                                    

Suasana di UK amat sesak. Biaselah hujung minggu. Ramai yang nak spend time dengan keluarga masing-masing.

Adib mengalihkan pandangannya keluar tingkap. Sejak hari terakhir dia meninggalkan Malaysia, fikirannya asyik menerawang tentang Hazirah. Nasib baik dia ada Uwais yang sudi menolongnya untuk tengok-tengokkan Hazirah. Adib tersenyum penuh makna.

Hari ni adalah hari pembedahannya. Dia berdoa agar semuanya dipermudahkan. Kalau cepat lagi bagus sebab dia dah tak sabar nak jumpa Hazirah. Dia bertekad, jikalau pembedahan ini berjalan dengan lancar, dia akan jadikan Hazirah sebahagian daripada hidupnya.

Polaroid yang dipegang Adib ditenung lama. Seraut wajah Hazirah yang tersenyum manis dipandang dengan segaris senyuman di bibir. Tidak sabar rasanya untuk tamatkan semua ni. Dia bertekad akan bahagiakan Hazirah.

"Excuse me Tengku, ni baju yang perlu Tengku salin untuk pembedahan nanti", kata salah satu jururawat yang berkhidmat di sana. Adib mengambil pakaian tersebut. Dia berdebar! Adakah peluangnya masih cerah untuk kembali pulih? Dia tahu banyak risiko jika dia mengambil pembedahan. Tapi kalau tak cuba tak tahu kan?

"Ya Allah kau permudahkanlah urusan ku ya Allah",doa Adib sebelum ubat bius di berikan.

**************************************************
2 tahun kemudian...

"Yeayy! Akhirnya, tamat juga SPM ni kan",sorak Farisha dan Hazirah serentak.

Uwais dan Irsyad menggelengkan kepala melihat telatah mereka yang mencuit hati.
Perasaan sayang dan cinta Uwais sudah berputik. Ya dalam tidak sedar, dia sudah jatuh cinta kepada gadis tersebut. Cuma dia tidak pasti sama ada ingin meluahkannya atau memendam sahaja. Dia takut perkara ini akan menjejaskan persahabatan dia dan  Hazirah. Buat masa ini, memendam adalah jalan yang terbaik.

Adib? Sudah dua tahun Uwais tidak mendengar sebarang khabar dari sahabatnya itu. Sihatkah dia? Uwais berdoa agar Adib sihat-sihat saja di sana.

"Awak, awak kata nak belanja aiskrim dan tengok wayang! Jomlah",kata Hazirah. Uwais tersedar dari lamunannya.

"Haa jom-jom. Btw, mana Faris? Tadi aku ada nampak dia. Dah hilang dah?",tanya Uwais.

Hubungan Uwais dengan Faris juga semakin rapat. Buat apa diaorang jadi musuh? Membuang masa sahaja.Faris tak lah seteruk yang disangka. Dia seorang yang baik.

"Ooii korang! Sorry lambat, aku pergi lepas hajat tadi", kata Faris dalam keadaan tercungap-cungap mengambil nafas.

"Geli siaa kau ni! Eyyy perlu ke sebut kau buat ape dalam tandas tu?", bebel Irsyad. Tak senonoh betul kawannya seorang tu. Macam yang korang tahu, Irsyad ni kalau dah membebel kalah mak nenek!

Faris hanya tersenyum sehingga menampakkan  sebaris giginya yang tersusun elok.

"Dah-dah kita dah lambat ni."
Mereka menaiki tiga kereta berasingan.

Memandangkan sudah masuk waktu Asar, Uwais dan Hazirah meminta diri untuk pulang ke rumah. Itupun atas permintaan Hazirah.

Uwais memberhentikan keretanya di hadapan rumah Hazirah.

"Uwais, thanks tau! Saya happy sangat dapat spend time dengan awak. Hehe. Nanti jumpa lagi eyh, bye", kata Hazirah sambil melambaikan tangannya.

"Its ok. Jumpa lagi Hazirah".

"Saya tak sukakan awak Hazirah. Tapi saya cintakan awak! Jantung saya tak berhenti mengepam darah bila awak ada dekat dengan saya. Saya harap awak rasakan benda yang sama",desis hati Uwais lalu kereta miliknya meluncur meninggalkan kawasan perumahan tersebut.

She's Mine!Where stories live. Discover now