Buku rujukan yang dibelinya tadi ditenung. Sejak akhir-akhir ini, mood belajarnya sudah hilang entah kemana.
"Erghh, macam mana aku nak belajar kalau asyik fikirkan Adib!",omel Hazirah. Keluhan berat dilepaskan. Sedang asyik dia termenung, dia teringatkan sesuatu. Yes! Nombor telefon Adib!.
Hazirah mengambil beg sandang yang berada di atas meja soleknya dan sehelai kertas putih di keluarkan. Dia tersenyum.
Hazirah membaringkan tubuhnya dan comforter ditarik. Dia mencapai telefonnya lalu nombor Adib disimpan.
"Aku rasa, ni bukan masa yang sesuai nak chat dia.. tapi kan, kalau dia tahu aku yang chat dia macam mana? Agak-agak dia balas tak? Aku kena fikir something ni",desis hati Hazirah.
My syurga❤️
(Last seen 8:15 pagi)"Dah lama dia seen rupanya".
Setelah menyelesaikan tugasan yang diberikan, Hazirah mengscroll aplikasi Instagram. Akaun milik Adib menjadi persinggahan pertamanya. Ye lah, siape jer yang tak leh move on ngan boyfriend sendiri. Nak pulak bila dapat yang hensem.
Hazirah terkejut melihat post terbaru milik Adib. Setahunya, Adib sudah lama tidak menghantar sebarang gambar. Dia tersenyum. Butang like hampir ditekan.
"No, no Hazirah! Kau tak boleh tekan,nanti dia tahu kan susah", desis hatu Hazirah.
Tiba-tiba, dia mendapat satu idea. Hazirah menukarkan nama akaunnya kepada nama samaran. Dengan cara itu, Adib tidak akan mengetahui kehadirannya.
Hazirah tersenyum puas. Hari itu adalah hari yang paling gembira buatnya. Dapat mengetahui khabar dari si pujaan hati sudah cukup menguatkan lagi semangatnya untuk mengharungi hari-hari yang akan datang. Ya! Sebelum ini, Adib yang melindunginya dan Adib juga yang menjaganya. Tapi sekarang walaupun tanpa Adib disisi, dia belajar suatu perkara.
"Walau selemah mana pun seseorang itu pada pandangan manusia, percayalah dia adalah di antara orang-orang yang kuat."
Keesokkan harinya, Hazirah terjaga dari tidur pada jam enam pagi. Dia tersenyum! Ya, dia harus kuat.
Selepas selesai menjamah sarapan yang dihidangkan, Hazirah menyalam kedua-dua ibu bapanya.
"Papa,mama. Hazirah pergi sekolah dulu yer. Bik! Nanti jangan lupa masakan tempoyak ikan patin untuk Zirah. Byee. Jumpa nanti."
Mereka sekadar tersenyum melihat telatah Hazirah. Alhamdulillah, Hazirah yang dulunya kuat termenung, kurang makan dan langsung tidak bercakap sudah menjadi seorang gadis yang periang.
Sampainya di sekolah, Hazirah ternampak bayangan Uwais yang duduk di bangku taman berhampiran pagar sekolah. Dia menghampiri susuk tersebut dan satu idea nakal muncul di benak fikirannya.
"Gaaaa!",sergah Hazirah.
"Opocot mak bilah janda anak lima!",latah Uwais. Hazirah apa lagi. Bantai gelak lah. Kelakar melihat muka cemberut Uwais. Ini kali pertama dia mendengar Uwais melatah. Cute!.
Jelingan maut diberikan Uwais kepada Hazirah. Dah lah terkejutkan dia pastu gelak sampai tak ingat dunia. Geram betul!.
"Nape awak ni! Tahu tak saya terkejut?! Kalau saya ada penyakit jantung, entah-entah mati pengsan saya kat sini.",bebel Uwais. Dia bangun daripada bangku dan berjalan menuju ke kelas sambil menghentakkan kakinya. Tunjuk protes lah katakan.
"Alamak Uwais merajuk lah pulak! Tak padan dengan laki.. merajuk mengalahkan aku yang perempuan ni. Nak tak nak kena pujuk lahh mamat tu",desis hati Hazirah.
YOU ARE READING
She's Mine!
RomanceTidak semua kisah terlahir dengan sebuah keindahan. Segala pahit getir sebuah perhubungan tidak akan lari dari halangan dan cabaran yang menanti. Masih adakah hati yang terluka? Atau pengakhiran kisah mereka berakhir dengan kemusnahan? Adakah masih...