Maka pada hari ini bermulalah persaingan antara Faris dan Ayden untuk merebut hati Ayra
Faris P.O.V
"Nampaknya Ayra tak datang lagi ni. Boleh lah aku letakkan sejambak bunga dengan surat ni. Corfirm dia suka.""Kau akan kalah Ayden sebab tiada sesiapa dapat tandingi keromantikan aku."kata Faris sambil tersenyum sinis. Aku memasuki kelas 5 Emerald lantas meletakkan sejambak bunga dan surat yang ditulis olehku ke atas meja milik Ayra.
Tiba-tiba aku kelihatan Ayra sedang berjalan masuk ke perkarangan sekolah, tanpa membuang masa, aku terus mencari tempat untuk menyorok iaitu berhampiran dinding bersebelahan kelas Ayra.
Dari jauh aku memerhatikan Ayra sambil tersenyum lebar.
End P.O.V
"Haishh hari ni aku terlambat pula. Tu lah asyik layan drama korea jer kan dah lambat."bebel Ayra sambil menepuk dahinya. Ayra bernasib baik kerana masih ada beberapa minit lagi sebelum pagar ditutup.
"Aikk mana Ayden? Selalunya dia bertugas dekat pagar ni. Aikk apasal aku fikir dekat dia ni. Kalau aku suka dia pun, dia suka dekat aku ke?. Ooh lupakan."omel Ayra dalam hati.
Setelah Ayra masuk ke dalam kelas, dia mendapati ada sejambak bunga dan surat berada di atas mejanya.
Perkara pertama yang menarik perhatiannya adalah sepucuk surat yang tersusun elok di celah-celah bunga tersebut. Dia membuka surat tersebut dan tersenyum manis sehingga menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya.
Assalamualaikh' cinta hatiku..
Surat ni bertujuan untuk saya meluahkan segala perasaan yang lama saya pendam dekat awak. Saya tahu kita pernah jumpa tapi tentang biodata saya tu, biarlah rahsia sebab saya yakin pasti awak tahu siapa saya.
Ok saya just straight to the point. Awak... dari pertama saya jumpa awak, saya terpaku. Nak tahu tak kenapa? kerana sifat awak yang lemah lembut buatkan saya jatuh cinta.
Senyuman awak selalu buat saya angau. Lagi-lagi bila menampakkan kedua-dua lesung pipit tu.Mungkin kami sebagai kaum Adam akan terpesona melihat keindahan ciptaan Allah yang dihadiahkan istimewa untuk awak.Saya yakin saya tak tersalah langkah untuk mencintai awak dan yang paling saya suka sifat tabah yang dimiliki oleh awak. Selama ni saya just perhatikan awak dari jauh.
Walaupun awak dihina, dikeji dan dibenci, awak tetap tabah dan tidak pernah sekalipun menghiraukan kata-kata orang lain. Dari situ saya dapat rasa keunikan yang ada pada awak tapi bukan bagi perempuan lain. I Love u Ayra Humaira binti Rushdan💞sincerely from my heart.
Your secret admirer🙈❤️
Ayra ketawa melihat isi kandungan surat tersebut. Dia yakin bahawa surat tersebut adalah dari Ayden. Siapa lagi lelaki yang rapat dengannya melainkan Ayden.
Tanpa dia perasan, Faris sedang menyorak kemenangan. Tiba-tiba Adib melintasi Faris dengan riak wajah yang pelik.
Faris melemparkan senyuman manis lalu..
"Weyh Ayden 1-0!"kata Faris sambil tersenyum riang lalu menghalakan jari manisnya kepada Ayra.
Ayden langsung tidak ingat akan perjanjian dia dan Faris. Dia terkejut melihat Ayra sedang tersenyum membaca surat dan menyium wangian daripada sejambak bunga.
Dia menghadiahkan jelingan maut kepada Faris. Faris hanya tersenyum sinis melihat wajah Ayden yang jelas kelihatan sedang marah.
YOU ARE READING
She's Mine!
RomanceTidak semua kisah terlahir dengan sebuah keindahan. Segala pahit getir sebuah perhubungan tidak akan lari dari halangan dan cabaran yang menanti. Masih adakah hati yang terluka? Atau pengakhiran kisah mereka berakhir dengan kemusnahan? Adakah masih...