Pemandangan sawah padi menjadi santapan pagi Hazirah. Tenangnya rasanya!
"Zirah! Awak nak tak jalan-jalan ngan saya? Saya bawak awak ronda satu kampung ni",ajak Uwais.
Ya, Uwais mengajak Hazirah pulang ke kampungnya di Kedah,lagipun mereka baru jer habis SPM. Nak lah jugak tenangkan fikiran dan Hazirah setuju. Dia pun nak tahu jugak macam mana suasana di kampung.
Back to our story..
Hazirah tersenyum. Dia mula membuka hatinya sedikit demi sedikit untuk menerima Uwais dalam hidupnya."Awak dengar tak apa saya cakap ni? Alah, termenung pulak! Tak apa lah kalau camtu, biar saya sorang jer jalan-jalan",kata Uwais. Dia mencebik. Gadis di depannya itu, kalau sehari tak mengelamun memang tak sah.
"Ooi Uwais. Alololo, sorry lah! Dah-dah jom dating",kata Hazirah. Uwais tersenyum lebar.
"Dating?! Erghhhh kalau aku nak pengsan kat sini boleh tak?",desis hati Uwais.
Uwais mengeluarkan dua buah basikal yang berada di belakang rumah Tokwan.
"Uwais jaga Hazirah tu elok-elok, dia masih tak biase dengan jalan kampung ni. Bahaya!",pesan Tokwan.
"Baik bos!".
Hazirah menggelengkan kepala. Uwais yang berada di depan matanya ni dah serupa budak-budak lima tahun."Hazirah, awak nak tahu tak! Dulu saya ngan Adib selalu pergi dekat air terjun depan sana. Time tu, ada benda yang jadi kat Adib",cerita Uwais kepada Hazirah.
"Ape yang jadi?."
Throwback..
"Uwais, jom lah pi masuk hutan kat sana tu!", kata Adib sambil memandang hutan yang berada tidak jauh dari mereka. Selama dia berada di kampung, tidak pernah sekali pun dia masuk ke dalam hutan tersebut.Uwais yang leka mandi memandang sahabatnya itu.
"Kau biar betul Adib! Bahaya weyh, banyak haiwan berbisa kat dalam tu. Dah-dah, tokwan pesan suh mandi jer. Jangan melencong tempat lain",kata Uwais. Adib mencebik. Bukannya lama pun. Sekejap jer.
"Alah Uwais! Boleh lah? Lagipun bosan lah asyik mandi jer. Aku nak try gak masuk dalam hutan ni. Mana lah tahu dapat kutip buah-buahan ke ape. Boleh eyh?."
"Aah takde-takde! Kau jangan mengade sangat nak masuk dalam tu. Bahaya Adib, kalau jadi apa-apa kat kau macam mana?", bebel Uwais. Adib ni degil betul! Dia tetap tidak membenarkan Adib masuk ke dalam hutan tu.
Adib dah lali dengan perangai Uwais. Buatlah macam mana pun, Uwais tetap berkeras. Kalau dia cakap A, maknanya A lah.
Adib menanggalkan bajunya dan baju tersebut digantung di atas dahan pokok yang berhampiran.
"Woii Uwais! Dalam kiraan. 1,2,3 terjun!"
Uwais yang berada tidak jauh dari Adib terkejut. Ya Allah Adib! Macam-macam lah kau ni."Aikk, asal senyap ni? Mana Adib?". Dia melilau mencari susuk tubuh sahabatnya itu. What?! Mana Adib?!.
"Woi Uwais! Aku masuk sekejap jer",kata Adib. Tanpa menunggu balasan dari Uwais, Adib terus masuk ke dalam hutan tersebut. Uwais panik!.
Dia terus keluar dan memakai baju. Tiba-tiba, dia terdengar ada suara seseorang sedang menjerit. Ya, dia kenal suara tu. Itu suara.. Adib?!.
Tanpa membuang masa, Uwais mencari Adib. Yes, dia jumpa tapi.. Masyallah, Adib!.
"Uwais tolong aku! Aku kena patuk, arghhh sakit",kata Adib. Mukanya sudah mulai pucat.
"Adib, bertahan!", kata Uwais. Air matanya sudah jatuh. Dia khuatir jika berlaku apa-apa yang tidak dingini. Dia tidak sedia untuk kehilangan sahabatnya itu.
End Flashback..
Hazirah terkejut mendengar cerita yang disampaikan Uwais olehnya.
"Habistu, keadaan Adib macam mana?",tanya Hazirah. Uwais tersenyum.
"Adib ok jer. Waduhh risau sangat dia kat Adib eyh! Kiter yang kat depan dia ni pulak yang jeles",kata Uwais. Dia tidak sedar akan keterlajuran katanya itu.
"Untuk kali kedua kau dah tersalah cakap! Ape yang tak kena dengan kau ni Uwaiss oii", desis hati Uwais.
Hazirah hanya tersenyum. Dia dengar apa yang dikatakan Uwais. Tapi buat sementara waktu ini, dia hanya mendiamkan diri dahulu. Dia akan cuba mencintai Uwais sama seperti dia mencintai Adib. Cuma dia masih belum bersedia untuk meluahkan semuanya. Biarlah takdir yang menentukan jalan hidupnya.
Setelah sejam mereka meronda kawasan kampung, Uwais membawa Hazirah ke tempat yang selalu dia lepak dengan Adib suatu tika dulu.
Hazirah mengekori setiap langkah yang di atur Uwais. Kenapa Uwais bawa dia masuk hutan ni?!.
Tiba-tiba langkah Uwais terhenti."Kita dah sampai!",kata Uwais. Dia teringat akan kenangannya bersama Adib. Dia tersenyum. Alahai! Adib, aku rindu kau lah lahanat!
Flashbackk...
"Weyh Uwais! Tak sangka kan, kita boleh siapkan rumah pokok ni. Aku dah lama nak ada port lepak camni lagi-lagi ngan kau",kata Adib. Dia tersenyum puas. Finally siap!"Aku bangga aah ngan kau Dib! Aku tak tahu pulak kau pandai bab-bab mengukir ni. Kau kan semua benda bergantung dekat aku haha",perli Uwais. Adib hanya menjeling sahabatnya itu.
Bukan main eyh kau perli aku Uwais. Nasib sayang!"Adib kau tak rasa ke tokwan akan marah kita nanti? Ye lah, habis bantal sofa tokwan kau tibai bawak datang sini. Kalau kena marah habis aah kau, dengan aku sekali yang kena tempias", kata Uwais. Dia khuatir kalau tokwan mengamuk nanti. Habislah jiran-jiran keluar.
Tokwan memang pantang kalau orang sentuh atau ambil barang yang dia sayang. Lagi-lagi dengan sofa yang baru dia beli tu. Si Adib ni pula, suka hati dia jer pi ambil barang-barang kesayangan tokwan. Bukan bantal jer dia rembat tapi dengan kain sarung tokwan. Katanya boleh buat langsir. Adib-adib.
"Alah Uwais, kau rilek jer. Nah amik maggie cup ni astu makan. Aku tahu kau lapar",kata Adib sambil menghulurkannya kepada Uwais. Uwais ape lagi, rembat lah. Siapa jer yang tak suka makan maggie?.
Beberapa minit kemudian, Adib mengajak Uwais pulang ke rumah sebab dah nak dekat waktu senja dah. Kang marah tokwan.
Tiba-tiba...
"Adib! Uwais! Mana kamu semua ahh?! Pergi mana bantal ngan kain sarung tokwan.. eyyy budak-budak bertuah ni memang nak kena lah dengan aku!",marah tokwan. Seperti yang diberitahu sekejap tadi, habis jiran keluar dan menyaksikan tontonan percuma di depan mereka.Uwais dan Adib meneguk air liur. Habislah.
Adib menepuk bahu Uwais."Alah kau ni gelabah sangat apehal? Takpe aku kan ade",pujuk Adib. Salah dia jugak.
Masuk sahaja dalam rumah.
"Tokwan! Alah sakit lahh, Adib pinjam jer", kata Adib. Tokwan ni, main tarik telinga pula."Haah betul tu tokwan.. kitaorg janji, esok kitaorg bawa balik bantal dan kain sarung tokwan. Tokwan, tak mau lah marah-marah camni. Nanti mama kan nak belikan tokwan microwave baru",kata Uwais cuba memujuk Tokwan.
"Eeee tak sabarnya Tokwan. Bila mama kamu nak sampai ni Uwais". Telinga mereka dilepaskan tanpa sengaja oleh Tokwan. Happy nau. Adib menunjukkan thumbs up kepada Uwais👍. Cayyaaa aah Uwais.
End flashback..
Wahhh?! Dia terpegun. Seriuslahh, ade rumah pokok?!. Ini kali pertama dia tengok rumah pokok betul-betul di hadapan matanya. Selalunya dalam televisyen jer.
YOU ARE READING
She's Mine!
RomanceTidak semua kisah terlahir dengan sebuah keindahan. Segala pahit getir sebuah perhubungan tidak akan lari dari halangan dan cabaran yang menanti. Masih adakah hati yang terluka? Atau pengakhiran kisah mereka berakhir dengan kemusnahan? Adakah masih...