SM 19

34 5 0
                                    

Berita yang baru diterimanya membuatkan Hazirah terkedu. Mengapa harus dia? Dia berhak mengatur hidupnya sendiri.

"Daddy, kenapa Hazirah juga yang kena dijodohkan dengan orang yang Zirah tak kenal? Hazirah berhak memilih siapa yang layak jadi suami Zirah. Zirah tak nak lelaki yang Zirah langsung tak cintai. Zirah dah ada pilihan hati Zirah daddy",kata Hazirah sambil menundukkan wajahnya.

Dia tersepit. Perlukah dia menuruti perjanjian itu? No, no! Dia tak akan. Hanya Adib yang selayaknya jadi suami dia bukan orang lain.

"Please princess! Ini semua atas wasiat nenek moyang kita. Dia mahu satukan kamu dengan Muhammad. Daddy dah tengok Muhammad tu. Dia baik, hensem, sopan. Daddy yakin, Hazirah akan cintakan dia. Cinta kan boleh dipupuk selepas nikah. Trust me! Daddy buat semua ini untuk kebaikan Hazirah",terang daddy. Keluhan berat dilepaskan. Memang susah nak memujuk anak daranya itu. Bukan dia tak tahu Hazirah sudah ada pilihan hati. Tapi apa yang dia perlu buat? Wasiat ni harus jugak diteruskan memandangkan pihak lelaki dah setuju.

Hazirah memeluk mummynya erat. Sungguh berat ujiannya kali ini. Dulu, dia hampir kehilangan Adib selama dua tahun. Sekarang? Dia dijodohkan dengan lelaki yang bernama Muhammad. Orang yang dia langsung tak kenali. Hanya Adib sahaja yang ada dalam hatinya. Tapi dalam satu masa, dia tidak mahu menjadi anak yang derhaka dan mementingkan diri sendiri.

Mummy hanya memandang wajah polos milik Hazirah. Dia juga sedih melihat keadaan anaknya itu. Kalau boleh, pernikahan ini mahu dibantah olehnya. Tapi apakan daya, bantahannya tidak akan dapat merubah apa-apa. Mummy menggosok belakang Hazirah sebagai penyalur semangat buat anaknya itu.

"Daddy, Bagi Hazirah masa. Boleh? Esok, Zirah akan bagitahu",putus Hazirah. Hanya ada satu sahaja cara yang dia perlu buat sekarang. Solat istikharah.

"Ok sweetie. Take ur time. Daddy sayang princess",kata Daddy. Lalu sekujur tubuh itu dipeluknya erat.

"Daddy tahu, Zirah mesti setuju bila tengok pilihan papa nanti",desis hati Daddy.

Hazirah melangkah masuk ke biliknya. Lalu, pintu beranda di buka. Di situ sahaja tempat yang menenangkannya di saat dia ada masalah. Keluhan berat dilepaskan.

Apa keputusannya nanti? Itu sahaja yang difikirkan oleh Hazirah.

Deringan telefon menyetakkan lamunannya. Dia mencapai telefonnya lalu punat hijau ditekan.

"Assalamualaikum Farisha. Kenapa awak call saya?",sapa Hazirah terlebih dahulu.

"Waalaikumusalam. Hazirah kau ada masalah ke?",tanya Farisha. Hampir 8 tahun dia berkawan dengan Hazirah. Dia tahu Hazirah sekarang ada masalah.

Pertanyaannya tidak dijawab oleh Hazirah.

"Babe! Are you ok?".Terkejut Farisha bila terdengar esakan milik Hazirah yang semakin kuat.

Hazirah mengumpulkan kekuatannya untuk menceritakan masalah yang sedang dia hadapi sekarang. Hanya Farisha sahaja yang selalu ada untuknya. Hazirah menceritakan perihal tersebut dari A hingga Z. Ya Allah beratnya ujian kau Hazirah.

Mereka berborak sehingga matahari terbenam. Farisha cuba memujuk Hazirah. Dia tahu Hazirah seorang yang kuat.

Setelah panggilan telefon tamat, Farisha segera menelefon Irsyad.

"Biy!! Sayang kesiankan Hazirah",sergah Farisha. Manakala Irsyad yang sedang mengunyah jajan tersedak.

Adib yang duduk di sebelah Irsyad tergelak lalu menghulurkan air kosong kepada sahabatnya itu. Entah apa yang dibualkan pun dia tak tahu. Nampak macam serius. Adib mengatur langkah masuk ke bilik tetamu. Ya, dia berada di rumah Irsyad sekarang. Kalau bukan sebab janjinya dengan Irsyad nak tengok perlawanan bola. Memang dia dah lama ajak Hazirah dating. Tapi, disebabkan kesian akan sahabatnya itu. Dia hanya turuti sahaja.

"Sayang! Kenapa sergah biy camtu. Kalau biy mati tercekik macam mana",bebel Irsyad. Farisha pun satu. Macamlah dia tak tahu perangai Irsyad yang suka membebel itu.

"Sorry biy. Sayang ada benda nak cerita kat biy pasal Hazirah dan Adib"

"Ok-ok tell me everything". Lalu Farisha mula menceritakan kejadian yang berlaku dari A ke Z. Irsyad hanya tersenyum.

"Baguslah tu sayang",kata Irsyad mengundang kemarahan Farisha.

"Apa biy kata?!...",belum sempat Farisha menghabiskan ayatnya, Irsyad terus memotong. Kangg kalau tak cerita, singa ni marah pula.

"Eyh sayang! Calm down. Biy dah tahu lah pasal wasiat tu. Sebenarnya bakal suami Hazirah tu Adib. Sayang janganlah risau. Lagipun Adib dah ceritakan pasal tu beberapa hari lepas dia balik kat sini",terang Irsyad panjang lebar.

"Biy! Seriuslah?! Adib tu adalah Muhammad, bakal suami Hazirah tu? Kenapa uncle panggil Muhammad tapi bukan Adib?",tanya Farisha. Irsyad hanya menggeleng kepala.

"First, nama Adib kan bermula dengan Muhammad. So, tak salah lah kalau uncle nak panggil Adib macam tu. And the second one is, diorang nak bagi kejutan untuk Hazirah. Biy minta, sayang rahsiakan perkara ni dari Hazirah."

"Ouh macam tu hehe. Ok-ok sayang janji, sayang tak bagitahu Hazirah."Selepas itu, Farisha menamatkan panggilannya. Tenang rasa hatinya bila dapat tahu bakal suami Hazirah tu Adib. Tak sia-sia dia mengambil keputusan untuk menelefon Irsyad tadi.

Selepas selesai solat Isya', Hazirah mengambil keputusan untuk tidur. Mungkin dengan cara tu, dia boleh melepaskan bebanan yang dia hadapi sekarang.

Sekejap dia mengiring ke kiri, sekejap mengiring ke kanan. Matanya masih tidak boleh ditutup.

"Haishhh, macam mana ni?!",omel Hazirah sendirian. Lantas dia masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhuk. Dia harus solat istikharah untuk mendapatkan jawapan yang semakin menghimpit dirinya ketika ini.

She's Mine!Where stories live. Discover now