"Princess! Lambat lagi ke tu? Pengantin lelaki dah sampai",jerit mummy dari luar. Gulp! Hazirah menelan air liurnya.
"Aku tak sedia lagi lah! Urmm kalau nak lari sekarang boleh tak? Eyhh kau gila ke Hazirah. Jangan malukan keluarga kau",omel hati Hazirah.
Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Farisha yang berada di sebelah Hazirah tergelak. Kelakar betul muka panik Hazirah.
"Dah-dah. Biasa lah tu, semua orang yang nak nikah berdebar, takut, macam-macam perasaan ada. Kau tenang jer. Semuanya akan okay. Aku tahu kau mesti bahagia dengan suami kau nanti",kata Farisha.
Farisha menggengam tangan Hazirah lalu perlahan-lahan membawa Hazirah turun ke bawah. Kang kalau bawak laju-laju, jatuh pulak pengantin kita ni. Hahaha.
Hazirah hanya sempat melihat bakal suaminya itu dari belakang. Entah macam mana rupanya pun dia tak tahu. Nampak macam hensem. Takkan lah parents dia nak jodohkan dia dengan lelaki hodoh pula. Kang habis anak cicik dia hodoh. Eyhh celupar gak mulut Hazirah ni.
Farisha membawa Hazirah ke tempat yang dikhaskan untuk pengantin perempuan. Hazirah perasan akan senyuman bakal suaminya itu dari sisi. Ada lesung pipit! Macam Adib.
Teringat pula akan pertemuannya yang terakhir bersama Adib sebelum hari perkahwinannya. Siapa jer yang tak sedih bila dipermainkan. Kita punyalah sayang kat dia. End up, dia mainkan perasaan kita. Senang jer.
Flashback
"Hazirah! Kau nak tahu tak? Bapak cantik kau dalam pakaian pengantin tadi. Kalau bakal suami kau tengok. Corfirm tak lepas". Kata-kata Irdan itu tidak didengari oleh Hazirah. Irdan merengus geram lalu memandang wajah sepupu kesayangannya itu. Sah! Hazirah termenung lagi."Eyh minah ni. Aku punya cakap ngan dia. Dia buat tak tahu jer. Sabar jer lah",desis hati Irdan.
"Irdan, aku nak masuk tandas kejap. Kau tunggu sini tau",kata Hazirah. Irdan hanya mengangguk.
Semasa dalam perjalanan masuk ke tandas, Hazirah terserempak dengan Adib bersama seorang perempuan yang cantik. Perempuan itu mempunyai badan ala-ala model, kulit yang putih kemerahan dan rambut ikal mayang. Sesuai dengan Adib. Hadir perasaan kecewa dalam hatinya. Tetapi dia cuba berfikiran positif. Mungkin itu adik Adib. Who knows kan?
Lalu dia terus melangkah tanpa menghiraukan Adib. Adib yang sedar akan kelibat Hazirah. Terus mendakap tubuh kecil adik perempuannya itu.
"Sayang, nape comel sangat ni",kata Adib. Dia sengaja ingin menaikkan api kemarahan Hazirah. Jelas kelihatan muka Hazirah yang merah itu. Terbit rasa bersalah dalam dirinya.
"Tak apa the game dah nak sampai ke penghujung dah sayang",desis hati Adib.
"Abang! Ape peluk-peluk adik ni",rengus Hani lalu melepaskan pelukan abangnya itu. Macam-macam betul abang aku ni.
"Eyyy, perlahankan sikit suara kau tu!",kata Adib. Kang kantoii, buat malu jer.
Hazirah hanya melangkah masuk ke dalam tandas dan terus menghamburkan tangisannya. Nasib tiada orang di situ. Betapa sakit hatinya bila Adib buat dia macam tu. Dia tahu yang Adib perasan akan kehadirannya disitu dan dia juga tahu yang Adib sengaja mahu menyakitkan hatinya. Ya, dia harus kuat.
Dia memandang wajahnya itu. Habis makeup yang dipakainya luntur. Macam orang tak terurus dah. Dia membersihkan wajahnya lalu berlalu keluar.
End flashback
Air mata Hazirah menitik. Beberapa minit yang lepas, dia dah sah menjadi hak milik Muhammad. Nama penuh Muhammad pun dia tak dengar ketika akad nikah tadi. Yelah, asyik fikirkan Adib jer.
Lalu, bermula lah majlis pembatalan air sembahyang. Hadir perasaan takut dalam diri Hazirah. Ini adalah kali pertama dia melihat wajah suaminya itu. Dia hanya menundukkan kepalanya.
"Hazirah, pandang wajah suami kamu tu",tegur mama. Hazirah menarik nafasnya, lalu
Perlahan-lahan memandang wajah yang sudah sah menjadi suaminya."A...adib? Ya allah! Dia ke suami aku?",desis hati Hazirah. Air matanya jatuh tanpa henti.
"Sayang, dah-dah tak mahu nangis-nangis macam ni. Nanti abang cerita apa yang jadi",bisik Adib di telinga Hazirah. Comelnya lah isteri aku menangis camni.
Setelah Hazirah menyarungkan cincin di jari manis suaminya, dia berasa sebak. Dia tidak sangka jodohnya itu adalah Adib. Ya Allah, indahnya aturanmu.
Adib tidak sanggup melihat tangisan isterinya itu. Lalu dia mencium dahi Hazirah dengan lembut. Ketika itu juga, dia berdoa agar hubungan perkahwinan mereka utuh hingga ke jannah.
Eirine yang melihat keakraban Hazirah dan Adib mulai panas hati. Senyuman sinis terbit dari bibirnya. The game has start!
Lalu dia menghidupkan enjin kereta dan beredar dari kawasan perumahan tersebut.
"Tak apa korang bahagia lah dulu. Take time. Nanti aku datang balik. Aku akan makesure hubungan korang musnah. See you",kata Eirine bersama gelakan yang kuat.
YOU ARE READING
She's Mine!
RomanceTidak semua kisah terlahir dengan sebuah keindahan. Segala pahit getir sebuah perhubungan tidak akan lari dari halangan dan cabaran yang menanti. Masih adakah hati yang terluka? Atau pengakhiran kisah mereka berakhir dengan kemusnahan? Adakah masih...